Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.lu.pa.an] | کلوڤاءن

Definisi : 1. perihal lupa: ia berasa malu kerana ~nya; 2. terlupa, ada yg tidak diingat: digaru-garunya kepalanya spt sedang ~ se­suatu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lu.pa.an] | کلوڤاءن

Definisi : 1 keadaan atau hal lupa. 2 ada yg dilupakan; terlupa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelupaan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
forgettingkelupaanPsikologiPsikologi UmumKegagalan untuk menjejak sesuatu maklumat yang tersimpan dalam ingatan. Kebanyakan maklumat akan dilupai sebaik sahaja dipelajari. Menurut kenyataan Ebbinghaus yang memplotkan graf kelupaan, sesuatu kelupaan maklumat boleh berlaku sebaik sahaja individu itu menerimanya. Walau bagaimanapun, kadar kelupaan ini akan berkurangan sehingga selepas satu tempoh, misalnya 9 jam. Selepas tempoh tersebut, ingatannya akan stabil dan kekal dalam masa yang agak lama. Sekiranya maklumat yang diperoleh individu berkait dengan maklumat yang tersimpan, maklumat itu akan sukar untuk dilupakan.
Ebbinghaus lawhukum EbbinghausPsikologiPsikologi UmumHukum yang menyatakan bahawa kadar kelupaan berlaku sangat cepat pada mulanya tetapi lama-kelamaan kadar tersebut menjadi perlahan. Contohnya, kemampuan untuk mengekalkan bahan bacaan pada minit pertama adalah tinggi tetapi merosot dengan ketara sehinggalah beberapa jam kemudian barulah ingatan tersebut menjadi stabil. Hukum ini dipelopori oleh Hermann Ebbinghaus seorang ahli psikologi yang berasal dari Jerman. Beliau banyak melibatkan diri dalam eksperimen yang menggunakan suku kata tak bererti, contohnya susunan huruf konsonan-vokal-konsonan seperti BAF, XOF dan VIR. Sumbangan Ebbinghaus lebih berkait dengan kajian mengenai kemampuan untuk mengingat atau keluk kelupaan.

Kembali ke atas