Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kém] | کيم

Definisi : (kém) 1. kawasan perkhemahan atau kumpulan bangsal (rumah pondok dsb) yg dijadikan tempat tinggal sementara utk satu atau beberapa kumpulan orang (spt tentera, pekerja lombong, ahli sukan, dll); ~ pelarian tempat tinggal atau tempat perlindungan sementara bagi orang-orang pelarian khemah, pelarian; 2. bp kumpulan (orang, parti, dsb) yg menyokong atau sependirian demi sesuatu doktrin (fahaman dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kém] | کيم

Definisi : (kém) bahagian yg menganjur pd roda atau aci utk menukar gerakan berpusing men­jadi gerakan ke atas, ke hadapan dan ke belakang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kém] | کيم

Definisi : /kém/ tempat askar, pengakap dll tinggal (dlm khemah dsb) utk beberapa waktu; perkhemahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kem


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEM DAVID

Kem David ialah tempat mencari ketenangan

rasmi presiden Amerika Syarikat. Kem David

terletak di kawasan hutan tebal di Gunung Catoctin

di Maryland, kira-kira 110 kilometer dari

Washington, D.C.

UMUM 
KEM TAHANAN

Kem tahanan ialah tempat musuh politik, sama

ada musuh benar atau yang dituduh, dipenjara,

biasanya tanpa dibicarakan. Istilah ini mula-mula

digunakan oleh Great Britain sebagai penjara

tahanan Perang Boer, di Afrika kira-kira pada tahun

1900. Polis rahsia Soviet pula telah memenjarakan

berjuta-juta orang di kem buruh selepas tahun 1928,

iaitu semasa pemerintahan kuku besi Joseph Stalin.

Semasa Perang Dunia II (1939–1945), kerajaan

Amerika Syarikat dan Kanada menahan beribu-ribu

orang keturunan Jepun di kem (lihat Perang Dunia

II). Kem tahanan yang terkenal ialah kem yang

dibina oleh Nazi di Jerman.

UMUM 
REED, WALTER

Reed, Walter (1851–1902) ialah pegawai

perubatan Tentera Darat Amerika Syarikat,

membantu menunjukkan cara mengawal demam

kepialu dan demam kuning. Semasa Perang

Sepanyol–Amerika pada tahun 1898, dia mengetuai

sebuah suruhanjaya yang mengkaji punca dan

penyebaran demam kepialu di kem-kem Tentera

Darat. Eksperimen menunjukkan bahawa lalat

merupakan pembawa jangkitan yang utama, dan

habuk serta keadaan yang tidak bersih membantu

penyebarkannya.

UMUM 
DACHAU

Dachau ialah salah sebuah kem tumpuan pertama

yang ditubuhkan oleh pihak Nazi di Jerman. Ia

terletak berhampiran dengan bandar Dachau, 16

kilometer dari Munich.

UMUM 
MENGGOLEK BALAK

Menggolek balak bermula pada tahun 1840-an

di kem balak di Kanada dan di utara Amerika

Syarikat. Pembalak menjadi begitu mahir

“menunggang” kayu-kayu balak di sungai, iaitu

dari hutan hingga ke kilang papan dan mereka

mengadakan pertandingan untuk mendapatkan

pada setiap bahagian hujung kayu balak yang

terapung dan cuba menggolek kayu balak dengan

begitu laju sekali dengan kaki mereka, atau

mengundurkan pergerakannya dengan cepat

sekali, sehinggakan lawannya jatuh ke dalam air.

UMUM 
BUCHENWALD

Buchenwald ialah kem tahanan Nazi yang

terletak di Weimar, Jerman. Pihak Nazi membina

kem ini yang digunakan untuk tawanan politik

dan kaum, antara tahun 1935 hingga tahun 1937.

UMUM 
MENGELE, JOSEF

Mengele, Josef (1911–1979) ialah doktor Jerman

yang memilih sendiri 400 000 orang tawanan

perang untuk dibunuh di dalam bilik gas di

Auschwitz, kem tahanan Nazi ketika Perang Dunia

II (1939–1945). Dia juga melakukan ujian yang

zalim ke atas banduan, dengan tujuan

menghasilkan satu bangsa yang mempunyai

rambut perang dan bermata biru. Para banduan

menggelarkannya sebagai “Malaikat Maut”.

UMUM 
TABERNACLE

Tabernacle, juga dikenali sebagai Khemah

Pertemuan ialah pusat ibadat bagi orang Israel

semasa zaman kitab Bible awal. Menurut Buku

Exodus, orang Yahudi membina Tabernacle atau

tempat sembahyang semasa mereka berkelana di

padang pasir. Ia adalah sebagai simbol untuk

kediaman tuhan mereka, di dalam kawasan kem

atau petempatan mereka. Tempat ibadat yang lain

juga ada kalanya dikenali sebagai tabernacle.

UMUM 
SENI BINA ISLAM

Seni bina Islam adalah salah satu bidang

penting yang dikuasai oleh umat Islam. Ini terbukti

dengan keupayaan para arkitek Islam membina

pelbagai jenis bangunan yang mempunyai ciri-ciri

keagamaan dan ilmiah seperti masjid, sekolah dan

pondok. Contoh seni bina bercorak moden

termasuk istana, rumah, hotel, pejabat kerajaan,

agensi, hospital, air pancut dan jambatan; serta

bangunan yang mempunyai ciri pertahanan seperti

kota, kubu, tembok, pintu gerbang dan kem

tentera. Setiap binaan mempunyai ciri dan

peranannya yang tersendiri. Reka bentuknya

berbeza berdasarkan masa dan keadaan setempat.

UMUM 
KERN J.H.KERN J.H. (1833-1917), ahli bahasa Belanda. Dia lahir 1 pada 6 April 1833 di Purworedjo, Indonesia. Nama penuhnya ialah Jan Hendrik Casper Kem. Dia mendapat pendidikan tinggi di University of Utrecht, Leiden dan di Berlin. Dari tahun 1858 hingga tahun 1862, Kern mengajar di College of Maastricht, kemudian mengajar Sanskrit di Queen's College, Benares, India (1863 -1865). Pada tahun 1985, Kern dilantik sebagai Profesor Sanskrit di University of Leiden hingga tahun 1903.BAHASATokoh
12

Kembali ke atas