Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ma.hi.ran] | کماهيرن

Definisi : kecekapan, kepandaian: ~ Fernando tentang pelayaran telah diketahui oleh mereka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ma.hi.ran] | کماهيرن

Definisi : kecekapan dan kepandaian melakukan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Lancar kaji kerana diulang,
     pasar jalan kerana diturut.

Bermaksud :

Kepandaian atau kemahiran didapat kerana selalu berlatih. (Peribahasa lain yang sama makna: Pasar jalan kerana diturut, lancar kaji kerana diulang). pasar = licin, mati rumput.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
terangkan tentang kemahiran lisan,kemahiran membaca dan kemahiran menulis.Kemahiran lisan ialah kemahiran bertutur menggunakan bahasa Melayu yang betul. Kemahiran membaca ialah kemahiran menyebut kata dengan bunyi dan nada yang betul. Kemahiran menulis ialah kemahiran mengeja, membuat ayat, memilih kata dan seterusnya membuat ayat yang betul. Sila dapatkan maklumat lanjut daripada Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.Makna30.10.2006
Apa yang dimaksudkan "asas kemahiran" dan "kemahiran asas". Bagaimana pula dengan "asas akademik"? Terima kasih.Asas bermaksud 1. alas, dasar, tapak; atau 2. sesuatu yang menjadi sandaran atau pendukung kepada sesuatu yang lain. Oleh itu, asas kemahiran bermaksud dasar kemahiran dan kemahiran asas merujuk kepada kemahiran tahap awal/bahagian sebelah bawah dari sesuatu (tapak).Makna27.06.2011
Boleh berikan definisi 'Kemahiran Belajar'?Kemahiran belajar bermaksud kemahiran dan pengalaman murid atau pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sila rujuk Bahagian pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk maklumat lanjut.Makna12.02.2007
Perkataan "Kemahiran Perindustrian" atau "Kemahiran Industri" yang lebih tepat digunakan untuk membawa maksud "Kemahiran yang diperlukan oleh individu untuk melaksanakan tugas-tugas di industri"?Perkataan yang betul ialah “Kemahiran Industri”Tatabahasa14.10.2020
Saya ingin bertanya apakah berbezaan: 1. antara ujaran dan bertutur 2. kemahiran ujaran dan kemahiran bertuturUjaran memabawa maksud sesuatu yang diucapkan atau disebutkan manakala bertutur pula membawa maksud bercakap atau berbicara. Menurut kamus dewan, kemahiran ialah kecekapan dan kepandaian melakukan sesuatu. Oleh itu, kemahiran ujaran boleh ditakrifkan sebagai kecekapan pengucapan manakala kemahiran bertutur pula ialah kecekapan bercakap atau berbicara.

Lain-lain21.11.2020
bengkel kemahiran hidup atau Bengkel Kemahiran Hidup bilik buku teks atau Bilik Buku TeksEjaan yang betul ialah Bengkel Kemahiran Hidup dan Bilik Buku Teks - kedua-duanya kata nama khas.Ejaan17.01.2011
apa itu kemahiran komunikasi takrif komunikasi interpersonal dan intrapersonalKemahiran komunikasi ialah kemahiran berhubung antara penghantar (sumber) dan penerima (sasaran) melalui medium komunikasi. Komunikasi interpersonal adalah seperti komunikasi antara perorangan, komunikasi perseorangan, komunikasi bersemuka. Komunikasi intrapersonal ialah komunikasi yang berlaku dalam diri seseorang seperti monolog yang ditujukan kepada diri sendiri. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, saudara boleh merujuk mana-mana Jabatan Komunikasi di IPTA dan IPTS.Lain-lain08.01.2008
Assalamualaikum, 1. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) atau kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Kemahiran ini menjadi fokus dalam sistem pendidikan di negara kita sekarang. Soalannya, dari segi ejaan, DBP memutuskan ejaan yang bagaimana? Huruf awalnya berhuruf besar atau semuanya huruf kecil? Terima kasih.KBAT ialah singkatan atau akronim bagi frasa “Kemahiran Berfikir Aras Tinggi“ yang terbentuk melalui cantuman huruf awal perkataan. Oleh itu, huruf awal perkataan hendaklah berhuruf besar. Contoh lain seperti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).Ejaan21.09.2018
Salam sejahtera. Apakah jawapan untuk ayat di bawah? Ayat: Ujian lisan diadakan untuk menguji _________ murid-murid berkomunikasi. (A) kefasihan (B) kemahiranKemahiran.Tatabahasa18.03.2014
Penggunaan Nama Persijilan Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran ingin mendapatkan khidmat nasihat pihak daripada DBP untuk penggunaan nama persijilan seperti di bawah: 1. Malaysian Skills Specialist = Pakar Kemahiran Malaysia 2. Malaysian Skills Senior Specialist = Pakar Kanan Kemahiran Malaysia 3. Malaysian Skills Senior Specialist = Pakar Tertinggi Kemahiran Malaysia Oleh yang demikian pihak kami ingin mendapatkan pandangan dan nasihat pihak DPB sama ada penggunaan Bahasa Melayu di atas adalah betul atau tidak. Kerjasama dan keprihatinan pihak DBP adalah didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. Azizah Md SalehCadangan terjemahan bagi perkataan yang diberikan ialah:
1. Malaysian Skills Specialist = Pakar Kemahiran Malaysia 
2. Malaysian Skills Senior Specialist = Pegawai Kanan Kemahiran Malaysia 

Makna26.08.2021
12345678910...

Kembali ke atas