Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ma.hi.ran] | کماهيرن

Definisi : kecekapan, kepandaian: ~ Fernando tentang pelayaran telah diketahui oleh mereka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ma.hi.ran] | کماهيرن

Definisi : kecekapan dan kepandaian melakukan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Lancar kaji kerana diulang,
     pasar jalan kerana diturut.

Bermaksud :

Kepandaian atau kemahiran didapat kerana selalu berlatih. (Peribahasa lain yang sama makna: Pasar jalan kerana diturut, lancar kaji kerana diulang). pasar = licin, mati rumput.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cognitive stageperingkat kognitifSains SukanBiomekanik1. Peringkat keupayaan motor pada tahap awalan atau tahap kemahiran rendah. Pada peringkat ini, atlet mula mempelajari kemahiran-kemahiran dalam sukan dan akan cuba mengenal pasti secara keseluruhan konsep kemahiran motor. Mereka akan mengumpul sebanyak mungkin maklumat daripada persekitaran latihan atau permainan, kemudiannya diubah suai mengikut kemampuan dan kefahaman masing-masing. 2. Pencapaian kemahiran motor peringkat permulaan berdasarkan Model Pencapaian Kemahiran Motor Fitts dan Posner.
curriculum leadershipkepemimpinan kurikulumPendidikanTiadaPengetahuan kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai serta diamalkan oleh mereka yang menguruskan kurikulum yang merangkumi isi kandungan, kemahiran interpersonal, kemahiran sosial, dan kemahiran profesional seperti epistemologi, pedagogi, penilaian dan kemahiran membuat refleksi.
intertask transferpemindahan interlakuanSains SukanBiomekanikSituasi pembelajaran motor yang melibatkan pengaruh kemahiran yang berlainan terhadap pembelajaran kemahiran yang baharu. Contohnya, kemahiran menjaring bola dalam sukan bola keranjang boleh membantu pembelajaran kemahiran dalam sukan bola jaring.
intermediary heel supportsokong tumit antaraSukanTiadaKemahiran yang dilakukan berturut-turut dengan sokongan tumit; sekurang-kurangnya dua kemahiran perlu dilakukan secara berturut-turut. Misalnya kemahiran kangkang tegak ke kemahiran lentik kangkang.
future proof generationgenerasi kentalPendidikanTiadaGenerasi yang dilengkapi dengan pelbagai ilmu dan kemahiran seperti kemahiran berfikir, kekuatan rohani dan jasmani, keutuhan jati di yang mampu menghadapi masa hadapan yang banyak persaingan dan cabaran.
gymnastic elementunsur gimnastikSukanTiadaCiri pergerakan yang merangkumi kemahiran lompatan, layangan, pusingan dan imbangan. Kemahiran ini bukan merupakan kemahiran akrobatik.
gross motor skillskemahiran motor kasarSains SukanBiomekanikKemahiran motor asas yang menjadi petunjuk kepada perkembangan biologi yang bersesuaian dengan umur kronologi. Kemahiran ini melibatkan pergerakan asas seperti berjalan, berlari, melompat, melonjak, membaling, memukul atau menangkap. Kemahiran ini melibatkan penggunaan otot-otot besar sebagai penggerak utama. Contohnya semasa aktiviti menendang bola, otot-otot besar di bahagian paha yang terlibat ialah kuadriseps dan hamstring.
management skillkemahiran pengurusanPengurusanPerancanganKebolehan yang dimiliki oleh individu dalam organisasi yang dapat membuat sesuatu perkara atau tugasan dengan cekap dan berkesan dalam mencapai matlamat yang ditetapkan. Jenis-jenis kemahiran asas pengurusan ialah: 1. Kemahiran teknikal (kebolehan mengendalikan operasi rutin organisasi seperti pengendalian sistem komputer), 2. Kemahiran kemanusiaan (keupayaan berkomunikasi dan memahami orang lain di sekeliling organisasi), 3. Kemahiran konseptual (kebolehan memahami konteks kerja dalam organisasi secara menyeluruh seperti cabaran operasi, isu semasa dan hala tuju organisasi), 4. Kemahiran pengurusan masa (keupayaan merencana jadual kerja dan pelaksanaan kerja dengan teratur), 5. Kemahiran membuat keputusan (kemampuan menilai dan memilih alternatif terbaik untuk mencapai matlamat organisasi).
motor skillkemahiran motorSains SukanBiomekanikKemahiran dalam pergerakan tubuh badan, yang diperoleh secara semula jadi atau dipelajari supaya boleh dilakukan dengan cekap dan berkesan. Contohnya, kemahiran motor kanak-kanak seperti berjalan atau berlari yang berkembang secara semula jadi, manakala kemahiran dalam sukan seperti servis tenis dan lari berpagar yang memerlukan proses pembelajaran dan latihan.
positively accelerated learning curvelengkok pembelajaran cembungSains SukanBiomekanikLengkok yang menggambarkan tahap peningkatan yang mendadak semasa awal pembelajaran kemahiran motor, disusuli tahap peningkatan yang perlahan setelah kemahiran asas dikuasai. Contohnya, kemahiran asas memukul dalam badminton sangat mudah dipelajari. Namun, kemahiran memukul dengan laju, tepat dan terkawal sukar dipelajari.
12345678910...

Kembali ke atas