Pickering , William (1840–1907) ialah kakitangan
awam British yang menjadi pelindung pertama
orang Cina di Singapura pada tahun 1877. Pada
masa itu, ejen British melakukan pengambilan kuli
(buruh kasar) di China dan menghantar mereka ke
Singapura untuk bekerja. Ramai ejen melayan kuli-
kuli tersebut dengan buruk sekali, membawa
mereka ke Singapura dalam kapal-kapal yang sesak,
malah memaksa mereka pergi ke negara lain yang
di luar kemahuan mereka. Tugas Pickering sebagai
pelindung adalah untuk menghentikan layanan
buruk ini. Dia mempunyai personaliti yang tegas
dan fasih membaca serta bertutur dalam bahasa
Cina. Di bawah kepimpinannya, badan perlindungan
ini menjadi sebuah institusi yang amat disanjung
tinggi. Selain melindungi kuli dan pendatang
wanita, Pickering juga bertindak terhadap persatuan
kongsi gelap Cina dan menguatkuasakan peraturan
ketat sebagai langkah mengawal perjudian.