Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ma.huan] | کماهوان

Definisi : kehendak, keinginan: macam-macam kehendak dan ~ mereka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ma.huan] | کماهوان

Definisi : 1 kesediaan berbuat atau melakukan sesuatu: Kerana sakit, hilanglah ~ saya utk bekerja. 2 keinginan; kehendak: Anak itu akan menjadi terlalu manja jika segala ~nya diturut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Tentang lubuk lepas tuba,
     tentang ikan akan mati.

Bermaksud :

Kemahuan atau pertanyaan hendaklah tepat pada waktu dan tempatnya.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kemahuan ramaikemahuan umum;Kamus Dewan Edisi Keempat
menghendaki hatikeinginan atau kemahuan yg keras; kemahuan; hajat: Tanyakan apa ~nya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kehendak = ~ hati keinginan atau kemahuan yg keras; kemahuan; hajat: Tanyakan apa ~nya.Kamus Pelajar
kemahuan1 kesediaan berbuat atau melakukan sesuatu: Kerana sakit, hilanglah ~ saya utk bekerja. 2 keinginan; kehendak: Anak itu akan menjadi terlalu manja jika segala ~nya diturut.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kemahuankehendak, keinginan: macam-macam kehendak dan ~ mereka;Kamus Dewan Edisi Keempat
selera/seléra/ 1 kemahuan atau ke­inginan hendak makan; nafsu makan: Dia telah memakan hidangan itu dgn penuh ~. 2 apa-apa yg disukai orang; kemahuan terhadap sesuatu: Siaran radio tidak dpt memenuhi ~ semua pendengar. berselera 1 mempunyai selera: Dia tidak sihat dan tidak ~ utk menjamah makanan. 2 penuh keinginan hendak makan: Adiknya ~ sekali menikmati makanan kegemarannya. menyelerakan menaikkan atau menimbulkan selera: Bau masakan ibunya amat ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tekad(tékad) kemahuan yg sungguh-sungguh (utk mencapai sesuatu), kepercayaan yg sungguh-sungguh, kebulatan hati: bulatlah sudah ~ nya utk ke luar negeri; memasang ~ Id bernazar, berkaul, berniat; membulatkan ~ menetapkan kemahuan (utk berbuat se­suatu); bertekad bermaksud, berazam, berniat; ketekadan kesungguhan (hati): ~ utk ber-satu.Kamus Dewan Edisi Keempat
ramai1. riuh-rendah, hiruk-pikuk (bunyi, suara, dll): orang menyabung terlalu ~, bunyi sorak spt akan sampai ke langit; 2. sangat hebat, dahsyat (peperangan, perkelahian, dll): maka berperanglah Temenggung Seri Udana dgn Peringgi terlalulah ~; 3. sangat gembira, sangat meriah, riang gembira: Encik Ramli pun hanya ~ dlm hati sendiri; 4. aktif, giat, sibuk: sesudah meleset beberapa lama, pasar­an getah ~ kembali; Singapura ialah bandar per­niagaan yg ~; 5. banyak penghuninya (pen­duduknya): pd zaman itu negeri Siak ~; 6. banyak (orang), orang banyak, umum: ~ orang berkumpul; perkara Dang Kenanga jangan­­lah dijadikan soal ~; di muka ~ di depan orang banyak (umum); kemahuan ~ kemahuan umum; khalayak ~ orang banyak, umum; ke­gemaran ~ kesukaan umum; orang ~ a) orang biasa (kebanyakan); b) orang yg banyak (umum); suara (pendapat) ~ suara atau pendapat umum; ~ beragam, rimbun menyelara prb kesukaan (kemahuan) tiap-tiap seorang tidak sama; seramai 1. sama banyak (dgn); 2. sebanyak, sejumlah: penduduk-penduduk yg ~ sejuta orang itu; beramai-ramai 1. berbuat sesuatu dgn riuh-rendah (hiruk-pikuk): mereka ketawa ~; undang-undang tidak dapat digubal dgn ber­tengkar ~; 2. bersama-sama (banyak orang), banyak-banyak (tidak berseorang): se­lepas tembakan itu kami keluar ~ melihat api; mari kita kerjakan ~; meramai-ramai ark beramai-ramai: anak buah Bendahara pun pergilah mengambil peti itu, diramai-ramai­nya dibawanya ke hadapan Benda­hara; beramai-ramaian sl 1. dgn ramainya, dgn banyaknya: sekali persetua ayah hamba raja Tanjung Pura pergi ~ ke pulau; 2. dgn riuh-rendahnya (hiruk-pikuknya): terlalulah suka pula aku melihatkan orang menyabung ~ itu; meramaikan 1. menjadikan ramai, menye­bab­­kan ramai (riuh-rendah, hiruk-pikuk): kereta ini diramaikan dgn bual penumpang-penumpangnya; 2. menjadikan banyak, mem­­­banyakkan: ~ kaum keluarga; 3. men­jadikan gembira, memeriahkan: ia meng­ucapkan terima kasih kpd kawan-kawannya yg datang ~ majlis hari jadinya; memperamai, memperamaikan menye­rang beramai-ramai, membanyaki: malang­nya tok guru diperamaikan dan mati di­tikam; ia menetak dan menikam Peringgi tetapi apakan daya ia diperamai oleh Peringgi; keramaian 1. perihal ramai (riuh-rendah dll): melalui jendela aku lihat ~ lalu lintas; ia suka berkunjung ke negara-negara asing, melihat ~ kota dan pemandangan di per­desaan; 2. perayaan, pesta: ~ menyambut hari perkahwinannya ialah suatu peristiwa besar; satu ~ telah diadakan bagi menyam­but hari kemerdekaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
ghairahkemahuan hati atau nafsu berahi yg kuat; penuh minat atau penuh perasaan: Dgn penuh ~, dia menunggu jawapan drpd gadis itu. mengghairahi sangat mengingini; sangat-sangat berkehendak akan sesuatu: Dia ~ jawatan Ketua Bahagian itu. mengghairahkan menimbulkan kemahuan hati atau rasa berahi yg amat sangat: Filem-filem lucah yg ~ tidak boleh ditayangkan di negara kita. keghairahan keinginan (keberahian, kehendak) yg amat kuat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ghairahkemahuan hati atau nafsu berahi yg kuat; penuh minat atau penuh perasaan: Dgn penuh ~, dia menunggu jawapan drpd gadis itu. mengghairahi sangat mengingini; sangat-sangat berkehendak akan sesuatu: Dia ~ jawatan Ketua Bahagian itu. mengghairahkan menimbulkan kemahuan hati atau rasa berahi yg amat sangat: Filem-filem lucah yg ~ tidak boleh ditayangkan di negara kita. keghairahan keinginan (keberahian, kehendak) yg amat kuat.Kamus Pelajar
12345678910...

Kembali ke atas