Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ma.la.ngan] | کمالڠن

Definisi : 1. kecelakaan, kesialan, kerugi­an, kesusahan: abang engkau telah terlibat dlm satu ~ kereta di utara Semenanjung; 2. ter­timpa malang (celaka), mendapat kecelakaan: kalau-kalau ada antara kawan-kawan yg ~ dlm masa ribut besar semalam itu; mendapat ~ mendapat celaka (spt luka-luka atau mati dilanggar kereta, jatuh dr pohon, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ma.la.ngan] | کمالڠن

Definisi : 1 apa-apa bencana yg berlaku dgn tidak disangka-sangka; kejadian yg merosakkan yg berlaku dgn tidak diduga; kecelakaan. 2 ditimpa bencana; ditimpa kecelakaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
malang (adjektif)
Bersinonim dengan tidak bernasib baik, tidak beruntung, bernasib buruk, ditimpa malang, celaka, sial, langkah kiri, lacur, geruh, sueh, sebal, sarau, udi;,
Kata Terbitan : kemalangan,

Peribahasa

Bajak patah,
     banteng terambau.

Bermaksud :

Kemalangan yang datangnya silih berganti. banteng = lembu; terambau = masuk jurang.

 

Lihat selanjutnya...(22)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
cengkoi[tS«N.koj]kata adjektifbengkok atau kesan patah pada tangan kerana kecacatan semulajadi atau kemalanganDah tiga empat kali urot, tangan dia dok cengkoi situ.[dAh ti.gA «m.pAt kA.li u.Òot tA.NAn di.jA do tS«N.koj si.tu]Sudah tiga empat kali urut, tangannya tetap bengkok.
tepeleot II[t«.p«.lE.ot]kata adjektif1. berkenaan dengan muka yang cacat secara semulajadi atau kemalanganMuka dia yang tepeleot dari kecik tu dah elok lepaih kena belah.[mu.kA di.jA jAN t«.p«.lE.ot dA.Òi k«.tSi tu dAh E.l l«.pAC k«.nA b«.lAh]Mukanya yang cacat sejak kecil sudah elok selepas dibedah.
kong[koN]kata namarim basikal atau motosikal.Lepaih eksiden kong baskat dia bengkok.[l«.pAC ek.si.den kN bAs.kAt di.jA beN.ko/]Lepas kemalangan rim basikalnya bengkok.
rengkat[ÒEN.kAt]kata adjektifberkenaan dengan kaki seseorang yang tinggi rendah.Lepaih eksiden kaki dia rengkat sikit.[l«.pAC ek.si.dEn kA.ki di.jA ÒEN.kAt si.kit]Selepas kemalangan kakinya tinggi rendah sedikit.
prewet sapu[pÒE.wEt sA.pu] kereta persendirian yang digunakan sebagai teksi tetapi tidak mempunyai permit yang sahBahaya naek prewet sapu, tambang dia murah tapi kalu jadi apa- apa tak tanggong.[bA.hA.jA nAe pÒE.wEt sA.pu tAm.bAN di.jA mu.ÒAh tA.pi kA.lu dZA.di A.pA.A.pA tA tAN.goN]Bahaya naik prewet sapu, tambangnya murah tetapi kalau terjadi kemalangan tiada tanggungan.

Kembali ke atas