Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ma.la.ngan] | کمالڠن

Definisi : 1. kecelakaan, kesialan, kerugi­an, kesusahan: abang engkau telah terlibat dlm satu ~ kereta di utara Semenanjung; 2. ter­timpa malang (celaka), mendapat kecelakaan: kalau-kalau ada antara kawan-kawan yg ~ dlm masa ribut besar semalam itu; mendapat ~ mendapat celaka (spt luka-luka atau mati dilanggar kereta, jatuh dr pohon, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ma.la.ngan] | کمالڠن

Definisi : 1 apa-apa bencana yg berlaku dgn tidak disangka-sangka; kejadian yg merosakkan yg berlaku dgn tidak diduga; kecelakaan. 2 ditimpa bencana; ditimpa kecelakaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
malang (adjektif)
Bersinonim dengan tidak bernasib baik, tidak beruntung, bernasib buruk, ditimpa malang, celaka, sial, langkah kiri, lacur, geruh, sueh, sebal, sarau, udi;,
Kata Terbitan : kemalangan,

Peribahasa

Bajak patah,
     banteng terambau.

Bermaksud :

Kemalangan yang datangnya silih berganti. banteng = lembu; terambau = masuk jurang.

 

Lihat selanjutnya...(22)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau.Terhindar daripada suatu kemalangan, masuk ke dalam kemalangan yang lebih besar lagi; lepas daripada suatu ketakutan, datang ketakutan yang lain pula.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bajak patah, banteng terambau.Kemalangan yang datangnya silih berganti. banteng = lembu; terambau = masuk jurang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Geruh tak mencium bau.Kemalangan terjadi tanpa diketahui. (Peribahasa lain yang sama makna: Geruh tak berbunyi, malang tak berbau).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kemudi patah perahu tembuk.Kemalangan yang silih berganti.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Antan patah, lesung hilang.Kemalangan yang bertimpa-timpa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Barang tergenggam jatuh terlepas.Menderita kemalangan sehingga barang yang sudah dimiliki hilang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Destar habis, kopiah luluh.Menderita kemalangan terus-menerus.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Untung melambung, malang menimpa.Mendapat kemalangan silih berganti. (Peribahasa lain yang sama makna: Tuah melambung tinggi, celaka menimpa badan).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Awak alah gelanggang usai.Ditimpa kemalangan yang tak dapat diatasi lagi. usai = lengang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ditindih yang berat, dililit yang panjang.Kemalangan yang tak dapat dielakkan; tak dapat melepaskan diri daripada kekuasaan orang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123

Kembali ke atas