Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ma.la.ngan] | کمالڠن

Definisi : 1. kecelakaan, kesialan, kerugi­an, kesusahan: abang engkau telah terlibat dlm satu ~ kereta di utara Semenanjung; 2. ter­timpa malang (celaka), mendapat kecelakaan: kalau-kalau ada antara kawan-kawan yg ~ dlm masa ribut besar semalam itu; mendapat ~ mendapat celaka (spt luka-luka atau mati dilanggar kereta, jatuh dr pohon, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ma.la.ngan] | کمالڠن

Definisi : 1 apa-apa bencana yg berlaku dgn tidak disangka-sangka; kejadian yg merosakkan yg berlaku dgn tidak diduga; kecelakaan. 2 ditimpa bencana; ditimpa kecelakaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
malang (adjektif)
Bersinonim dengan tidak bernasib baik, tidak beruntung, bernasib buruk, ditimpa malang, celaka, sial, langkah kiri, lacur, geruh, sueh, sebal, sarau, udi;,
Kata Terbitan : kemalangan,

Peribahasa

Bajak patah,
     banteng terambau.

Bermaksud :

Kemalangan yang datangnya silih berganti. banteng = lembu; terambau = masuk jurang.

 

Lihat selanjutnya...(22)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Webinar Lesson Learnt from AccidentWebinar Pengajaran Kemalangan/Webinar Iktibar KemalanganPengurusanTiadaWebinar bagi berkongsi maklumat berkaitan dengan kemalangan untuk dijadikan teladan kepada industri dan pengamal keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
accident ratekadar kemalanganPentadbiran PerniagaanTiadaJumlah kemalangan yang berlaku berpunca daripada kecenderungan kemalangan.
accident (aircraft)kemalangan (pesawat udara)AeroangkasaTiadaKemalangan pesawat udara yang melibatkan kerosakan besar kepada struktur, enjin atau melibatkan cedera parah kepada penumpang.,Kemalangan pesawat udara yang melibatkan kerosakan besar kepada struktur, enjin atau melibatkan cedera parah kepada penumpang.
accident frequencykekerapan kemalanganinsuransTiadaKadar terjadinya kemalangan yang biasanya dinyatakan dalam tempoh yang ditentukan. Kadar ini digunakan untuk mengukur keberkesanan perkhidmatan pencegahan kemalangan.
accident frequencykekerapan kemalanganPentadbiran PerniagaanTiadaKadar terjadinya kemalangan yang biasanya dinyatakan dalam tempoh yang ditentukan. Kadar ini digunakan untuk mengukur keberkesanan perkhidmatan pencegahan kemalangan.
conflict studykajian konflikKejuruteraan AutomotifTiadaKaedah untuk menilai keadaan hampir kemalangan dan meramal potensi kemalangan.
accidentkemalanganPentadbiran PerniagaanTiada1. Sesuatu yang tidak menyenangkan yang berlaku akibat kelalaian. 2. Catatan tentang kekerapan dan keparahan sesuatu kemalangan yang berlaku didalam sesebuah organisasi, untuk mengenal pasti pekerja yang selalu terlibat di dalam kemalangan tersebut.
accident takafultakaful kemalangan diriEkonomiEkonomi IslamSkim perlindungan yang menyediakan pampasan sekiranya berlaku kematian, hilang upaya atau kecederaan peserta yang disebabkan oleh kemalangan. Tempoh perlindungan yang diberi adalah berjangka pendek, iaitu bagi suatu tempoh perjalanan. Perlindungan yang diberikan oleh takaful ini boleh merangkumi kemalangan yang berlaku di semua tempat pada setiap masa, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan dalam sijil.
personal accident and all sickness policypolisi semua penyakit dan kemalangan diriinsuransTiadaPolisi yang membayar amaun insurans yang telah ditetapkan bagi kematian atau kecederaan anggota badan atau penglihatan akibat sesuatu kemalangan dan/atau hilang anggota akibat kemalangan atau penyakit.
occupational accidentkemalangan pekerjaaninsuransTiadaKemalangan yang timbul atau berlaku semasa perkhidmatan seseorang disebabkan oleh bahaya yang terdapat di dalam atau yang berkaitan dengan pekerjaan.
12345678910...

Kembali ke atas