Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.mam.puan] | کممڤوان

Definisi : 1. kesanggupan (utk melaku­kan sesuatu), kebolehan, kekuatan: Malay-sia akan memperkuat angkatan bersenjata-nya sesuai dgn ~nya; 2. kekayaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.mam.puan] | کممڤوان

Definisi : kesanggupan utk melakukan atau utk mengadakan sesuatu; kebolehan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mampu
1. Bersinonim dengan berada
( berharta, berwang, berduit, )
(kata kerja:)

2. Bersinonim dengan kaya
( senang, mewah, )
(adjektif:)

3. Bersinonim dengan boleh
( dapat, berupaya, sanggup, terdaya, bersedia, terlarat, terbuat, lalu, bisa, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : kemampuan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
self-actualizationsempurna kendiriPsikologiPsikologi UmumDorongan semula jadi individu untuk membentuk sesuatu bakat dan kemampuan. Kemampuan ini melibatkan pemahaman kemampuan individu, menerima diri sendiri dan orang lain sebagai individu yang unik dan mengambil pendekatan yang berpusatkan masalah dalam kehidupan. Contohnya, jika individu menyedari tentang kebolehan atau bakatnya dalam muzik tetapi terpaksa menjadi jurujual, maka individu tersebut gagal memenuhi hakikat dirinya. Individu yang sempurna kendirinya mempunyai ciri kesihatan mental yang baik dan dapat mempersepsikan realiti dengan baik, tahu menilai baik dan buruk, mempunyai rakan terhad tetapi berkualiti, tidak bermusuhan, suka berjenaka, personaliti yang seimbang, prihatin terhadap masalah orang lain, menghormati hak asasi manusia dan menghargai orang lain. Menurut Maslow, tidak ramai individu yang berjaya mencapai tahap seperti ini kecuali orang-orang tertentu seperti Gandhi, Einstein dan Rooselvelt.
output capabilitykemampuan output/kemampuan keluaranKomputerTiadaTiada
output capabilitykemampuan output/kemampuan keluaranKejuruteraanTiadaKeupayaan sesuatu litar menghasilkan kuasa maksimum atau voltan keluaran tanpa sebarang herotan.
negative capabilitykemampuan negatifKesusasteraanTiadaKemampuan penyair untuk menenggelamkan identitinya sebagai seorang intelektual dan menerima ketidakpastian, misteri dan keraguan untuk mencapai kebenaran dan keindahan. Kemampuan inilah yang menghasilkan objektiviti penulis, iaitu sikap bersedia menerima segala-galanya dalam keadaan kesedaran yang tinggi. Dengan cara ini, penyair dapat melupakan personaliti peribadinya dan memasuki alam psiko individu atau masyarakat lain melalui proses empati. Istilah ini mula digunakan oleh penyair Inggeris, John Keats yang tidak bersetuju dengan sifat �wordsworthian or egotistical sublime� yang terlampau meletakkan ego penyair di tempat utama dalam proses penciptaan karya sastera.
combining abilitykemampuan bergabungPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKemampuan gen daripada induk jantan dan betina untuk bergabung semasa proses persenyawaan bagi menghasilkan anak yang bermutu. Kemampuan bergabung menghasilkan anak yang bermutu kesan daripada gen dominan.
administrative capacitykemampuan pentadbiranPentadbiranPentadbiran Awam

Kebolehan atau keupayaan sesebuah organisasi dalam menyempurnakan tugas dan tanggungjawab pentadbiran. Kemampuan pentadbiran melibatkan bekalan sumber yang mencukupi, kecekapan pengurusan, kemahiran kakitangan, penyenggaraan yang terkawal dan pembentukan hubungan kerja yang harmoni. Ukuran kemampuan pentadbiran bukan sahaja tertumpu kepada organisasi tetapi juga melibatkan pihak pengurusan atasan hinggalah kakitangan bawahan. Pada masa yang sama, ia melibatkan kredibiliti organisasi menggunakan sumber secara cekap dengan kos yang rendah dalam mengeluarkan output yang baik.

corporate capabilitykemampuan korporatPengurusanPerancanganKeadaan yang menunjukkan keupayaan organisasi untuk melakukan urus niaga dengan lebih baik berbanding pesaing, daripada persepsi pekerja dan pelanggan. Kemampuan korporat menunjukkan keistimewaan dan kelainan organisasi supaya dapat meyakinkan pelanggan dalaman dan pelanggan luaran. Faktor yang menentukan kemampuan korporat termasuklah jenama produk yang telah terkenal, kekuatan pemimpin, budaya organisasi dan kepakaran pekerja.
channel capacitykemampuan alur; muatan saluran; keupayaan saluranGeologiTiadaKemampuan alur: Aliran maksimum yang alur tertentu dapat mengalir dengan tidak melimpahi tebingnya.
cognitive abilitykemampuan kognitifPsikologiPsikologi UmumKebolehan individu dalam melakukan sebarang aktiviti yang melibatkan fungsi mental. Kemampuan kognitif juga sering dikaitkan dengan kecerdasan mental. Contohnya, individu yang tinggi kecerdasan mentalnya akan lebih berjaya dalam menyelesaikan masalah berbanding mereka yang mempunyai kecerdasan mental yang rendah.
permeabilityketelapanHidrogeologiTiadaKemampuan bahan untuk meneruskan bendalir di bawah tekanan. Secara kuantitatif kemampuan ini dinyatakan dalam berbagai-bagai cara, seperti darcy. [Bd. ketelapan hakiki, kekonduksian hidraulik] Sin.: keadaan telap
12345678910...

Kembali ke atas