Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.man.ta.pan] | کمنتڤن

Definisi : perihal mantap (tidak berubah, tetap, stabil), kestabilan: satu lagi hakikat yg asas dlm demokrasi di Malaysia ialah wujudnya idea kompromi yg sama menyum-bang ke arah ~ demokrasi itu sendiri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.man.ta.pan] | کمنتڤن

Definisi : keadaan mantap; kestabilan: ~ sistem itu banyak memberi manfaat kpd kita semua. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mantap (adjektif)
Bersinonim dengan stabil, tetap, mapan, malar, kukuh, teguh;,
Kata Terbitan : memantapkan, kemantapan, pemantapan, pemantap,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera Munsyi Dewan. Terdapat beberapa banyak perkara yang berkontradik antara Kamus Dewan (KD) dan Tatabahasa Dewan (TD). Terdapat juga penjelasan yang kontradik antara Munsyi Dewan (MD) dengan TD. Antaranya termasuklah penggunaan kata sendi nama 'terhadap' dan 'tentang'. (i) TD vs KD: Dalam TD terdapat frasa 'mengambil berat terhadap kebajikan orang-orang kampung' seharusnya 'mengambil berat tentang kebajikan orang-orang kampung'. Dalam KD pula, terdapat frasa 'mengambil berat terhadap sesuatu (abstrak/mujarad), misalnya mengambil berat terhadap nasihat orang lain. (ii) MD vs TD Frasa 'curiga terhadap kesungguhan pekerja' adalah betul dari segi tatabahasa. Tetapi, menurut TD, frasa 'curiga terhadap kejujuran anak buahnya' seharusnya 'curiga tentang kejujuran anak buahnya' adalah betul, bukan 'curiga terhadap kejujuran anak buahnya. Kedua-dua penjelasan yang kontradik ini adalah antara contoh yang jelas menimbulkan kekeliruan antara pengguna bahasa seperti saya, sementelahan menjejaskan kredibiliti TD, KD, dan MD sebagai rujukan perdana pengguna-pengguna bahasa. Sebagai guru bahasa yang memperjuangkan kemantapan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dan bahasa pengantar utama, saya berasa agak kecewa dengan senario tersebut. Sekian.

Pihak kami mengambil maklum pandangan tuan dalam hal ini. Kami berpegang kepada tafsiran bahawa kata sendi nama “terhadap” digunakan digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda. Contoh: i. Seorang ketua harus bersikap adil “terhadap”  anak buahnya. ii.  Tanamilah rasa belas kasihan “terhadap” binatang. Kata sendi nama “tentang” digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Contoh: i. Mereka berbincang “tentang” masalah negara. ii. Kami perlu merujuk ketua kami dahulu “tentang” kelewatan bayaran.

Tatabahasa26.04.2014

Kembali ke atas