Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.man.ta.pan] | کمنتڤن

Definisi : perihal mantap (tidak berubah, tetap, stabil), kestabilan: satu lagi hakikat yg asas dlm demokrasi di Malaysia ialah wujudnya idea kompromi yg sama menyum-bang ke arah ~ demokrasi itu sendiri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.man.ta.pan] | کمنتڤن

Definisi : keadaan mantap; kestabilan: ~ sistem itu banyak memberi manfaat kpd kita semua. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mantap (adjektif)
Bersinonim dengan stabil, tetap, mapan, malar, kukuh, teguh;,
Kata Terbitan : memantapkan, kemantapan, pemantapan, pemantap,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
persistance forecastramalan kemantapanSainsHidrometeorologiRamalan yang menyatakan bahawa keadaan cuaca pada masa depan adalah sama dengan keadaan sekarang. Ramalan kemantapan selalunya digunakan sebagai piawai perbandingan dalam pengukuran kecekapan ramalan yang menggunakan kaedah lain.
persistence forecastramalan kemantapanMeteorologiMeteorologi PerhubunganRamalan yang menyatakan bahawa keadaan cuaca pada masa depan adalah sama dengan keadaan sekarang. Ramalan kemantapan selalunya digunakan sebagai piawai perbandingan dalam pengukuran kecekapan ramalan yang menggunakan kaedah lain.
strategic issuesisu strategikPentadbiranPentadbiran AwamPerkara atau persoalan utama yang menyumbang kepada kewujudan sesuatu keadaan dalam persekitaran organisasi. Isu strategik merangkumi kemantapan sistem perancangan, pengorganisasian, gaya kepimpinan pengurusan atasan, pemilihan dan pengambilan kakitangan, sistem penyelarasan tenaga kerja dan pengawalan organisasi. Kemantapan dan kelemahan sistem pengurusan organisasi bergantung pada kebijaksanaan pihak pengurusan atasan dalam menangani isu strategiknya. Isu strategik biasanya menjadi lebih mudah ditangani dengan kerjasama yang padu daripada pihak subordinat atau kakitangan bawahan.
realiabilitykemantapanPerubatanTiadaTiada
trait stabilitykemantapan traitPsikologiTiadaTiada
durability of labourkemantapan buruhPentadbiranTiadaTiada
colourfastnessketahanan warnaKesenianTiadaDaya kemantapan warna yang tidak mudah turun atau pudar.
zonality of hydrological phenomenakezonan fenomena hidrologiHidrologiTiadaPerubahan kemantapan ciri-ciri hidrologi dengan perubahan letakan ketinggian dan garis lintang.
perturbation methodkaedah usikanGeografiTiadaIstilah meteorologi yang merujuk sebarang gangguan pada tahap kemantapan sebuah sistem terutamanya pada perubahan atau pecahan pada kitaran zon atmosfera.
stochastic convergencepenumpuan stokastikPentadbiranTiadaKeadaan yang mana output bagi percubaan simulasi mencapai kemantapan.
12

Kembali ke atas