Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ma.ra.han] | کماراهن

Definisi : perihal marah, keberangan, ke­gusaran: perkara ini mungkin menimbulkan ~ orang kampung; pd saat itu, hilang ~, lemah segala sendi anggota; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ma.ra.han] | کماراهن

Definisi : sj tumbuhan (pokok), cendarah hitam, derahan, kerantu, penarahan hitam (samak), pisang-pisang bulu, tenol, Knema laurona. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ma.ra.han] | کماراهن

Definisi : perasaan marah; kegusaran (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.ma.ra.han] | کماراهن

Definisi : perasaan panas hati atau perasaan tidak senang hati kerana dihina (dikeji, diperlakukan kurang baik dll); perasaan yg menyebabkan seseorang mahu berkelahi: ~nya kpd pemuda yg kurang ajar itu masih belum hilang lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
perbuatan membangkitkan kemarahanPerbuatan yang boleh membangkitkan kemarahan sebenarnya bergantung pada situasi, tindakan dan perbuatan seseorang yang melampau dan boleh menyinggung perasaan pihak lain sehingga pihak tersebut sukar mengawal kemarahan.Lain-lain26.02.2009
Saya sedang membina Modul Pengurusan Kemarahan Remaja menggunakan Art Therapy. Boleh ke frasa Art Therapy tu saya terjemahkan kepada Terapi Seni? Saya telah merujuk kepada beberapa pakar Art Therapy tetapi mereka tidak izinkan kerana menurut mereka Terapi Seni tidak menggambar art therapy. Apakah pandangan tuan/puan?Untuk makluman, belum ada padanan bahasa Melayu yang khusus untuk "Art Therapy" dalam pangkalan data kami. Sekiranya "Terapi Seni" tidak sesuai, sila berikan konsep atau maksud "Art Therapy" supaya kami boleh cadangkan padanan bahasa Melayu yang lain.Istilah10.10.2014
Adakah perkataan menyeringai sama maksud dengan perkataan mencebik? atau perkataan menyeringai ini lebih kepada mimik muka yang mengekpresikan kemarahan terhadap seseorang?
Menurut data kami, perkataan menyeringai bermaksud menggerenyotkan bibir atau mulut (untuk mencebik, mengeji, mengejek, dan lain-lain): gadis itu cuma tersenyum ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat). Manakala mencebik merujuk kepada perbuatan menyorongkan bibir bawah ke depan untuk mencemuh atau mengejek; menjebik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua). Sehubungan dengan itu kedua-dua perkataan tersebut membawa maksud hampir sama.
Makna17.12.2019
apakah makna CelakaKamus Dewan menakrifkan celaka sebagai; 1. malang (berkenaan nasib seseorang), atau disebut juga sial, 2. sesuatu yg menyebabkan penderitaan 3. makian dan 4. seruan untuk menyatakan kemarahan, kekecewaan dan sebagainya.Makna12.03.2009
bolehkan perkataan memberangsangkan diguna dalam menyatakan perihal keputusan peperiksaan. Contoh; Keputusan peperiksaan yang tidak memberangsangkan menyebabkan dia gagal memasuki pusat pengajian tinggiMemberangsangkan bermaksud membangkitkan keberanian (semangat, dll) atau membangkitkan kemarahan. (Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat). Dalam contoh ayat yang diberikan, kata 'memberangsangkan' boleh digunakan dengan maksud membangkitkan semangat atau kemajuan yang menggembirakan. Lebih baik kata 'memberangsangkan' dalam ayat ini diganti dengan kata lain seperti keputusan tidak baik, tidak memuaskan, tidak cemerlang, dll. Sila rujuk kamus untuk penjelasan lanjut.Makna10.08.2008
Puan, tolong semak betulkan ayat-ayat berikut (jika terdapat sebarang kesalahan): 1. "Usah dimarahi dia kerana dia hanya mahu bergurau dengan kamu," kata ibu kepada abang. 2. Tumpuan orang ramai terhadapnya setiap kali dia menyampaikan ucapan. 3. Kata-kata yang diungkapkan oleh Amira itu meningkatkan kemarahan Hana. 4. Ulasan itu akan disampaikannya sendiri kepada pihak pengurusan. 5. Akhirnya dia menemukan jejaka pilihan hatinya. 6. Bekas Perdana Menteri Jepun telah mengakhirkan hayatnya baru-baru ini. Terima kasih.1. "Usah dimarahi dia kerana dia hanya mahu bergurau dengan kamu," kata ibu kepada abang.
2. Tumpuan orang ramai diberikan terhadapnya setiap kali dia menyampaikan ucapan.
3. Kata-kata yang diungkapkan oleh Amira itu menaikkan kemarahan Hana.
4. Ulasan itu akan disampaikannya sendiri kepada pihak pengurusan.
5. Akhirnya dia menemukan jejaka pilihan hatinya.
6. Bekas Perdana Menteri Jepun telah mengakhirkan hayatnya baru-baru ini. - Ayat ini salah, sila pilih penggunaan kata yang tepat dalam konteks ayat tersebut
Tatabahasa20.02.2013
saya mohon penyejasan untuk perkataan provokasi dan retorik dan sedikit contoh ayat yang sesuai untuk dua perkataan itu dan satu lagi dimana saya dapat mencari sejarah bahasa melayu kerana saya tertarik dalam pidatio antarabangsaProvokasi ialah perbuatan membangkitkan kemarahan atau minat.Contoh ayat : Barangkali kamu dipukul kerana kamu memprovokasinya. Provokasi juga dikaitkan dengan membangkitkan, menimbulkan atau mencetuskan. Contoh : Biarlah saya mengadakan sedikit renungan terhadap ketiga-tiga unsur tersebut, sekurang-kurangnya utk memprovokasi pemikiran. Retorik pula bermaksud kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara berkesan dlm penulisan atau pertutura. Retorik juga merupakan seni menggunakan atau memakai bahasa yg indah dan menarik utk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar atau seni berpidato. Bagi membantu saudara mendapatkan sejarah bahasa melayu, saudara boleh membuat rujukan pada buku Perancangan Bahasa Melayu, Tatabahasa Dewan atau Buku Susur Galur Bahasa Melayu.Makna22.04.2007
Salam sejahtera, Saya mohon dapatkan perkataan dalam bahasa melayu bagi perkataan inggeris berikut: 1) animosity, 2) perceived egregiousness, 3) perceived efficacy, 4) religiosity, 5) susceptibility to interpersonal influence. Kesemua perkataan tersebut digunakan dalam konteks penyelidikan berkaitan boikot. Terima kasih.1) animosity - kemarahan
2) perceived egregiousness - memperbesarkan anggapan
3) perceived efficacy - keberkesanan anggapan
4) religiosity - kewarakan
5) susceptibility to interpersonal influence - perasaan sensitif terhadap pengaruh hubungan sesame manusia

Untuk makna yang lebih tepat, mohon tuan untuk merujuk kamus atau agensi penterjemahan seperti Persatuan Penterjemahan Malaysia dan ITBM berkaitan perkara ini.
Makna21.11.2018
tolong huraikan kepada saya tentang penggunaan kata banyakbanyak 1. bukan sedikit, tidak sedikit: ~ orang yg mempunyai cita-cita tinggi; 2. bilangan, jumlah: berapa ~ wang yg kauterima? 3. sangat, sungguh: ~ lagak; ~ aksi membuat-buat supaya nampak elok; ~ bicara = ~ cakap = ~ mulut suka berleter; ~ cantik sr ungkapan utk menyatakan kemarahan, atau digunakan sbg gurauan dll; ~ sedikitnya a) jumlahnya, banyaknya; b) barang sedikit;Makna03.10.2007
Salam. boleh tolong jelaskan maksud 'integriti', 'luwes','delegasi', 'provokasi', 'premis'? Terimakasih.Integriti ialah kejujuran, keadaan yang sempurna atau utuh; luwes ialah tidak terlalu ketat, mudah disesuaikan, dapat diubah suai; delegasi ialah rombongan yang mewakili sesebuah negara dalam perundingan atau tindakan mengamanahkan atau menurunkan hak kepada seseorang lain; provokasi ialah perbuatan membangkitkan kemarahan, minat dan sebagainya; premis ialah sesuatu pernyataan dan sebagainya yang diandaikan sebagai sesuatu yang benar untuk tujuan membuat huraian yang membawa kepada sesuatu kesimpulan kelak; atau bangunan / kawasan tempat diuruskan perniagaan.Makna23.02.2008
12

Kembali ke atas