Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ma.rau] | کماراو

Definisi : 1. kering (tidak berair); 2. = musim ~ musim kering (tidak turun hujan utk jangka masa yg lama): musim ~ yg berlanjutan selama beberapa minggu telah menyebabkan hasil padi di kawasan itu merosot; ~ bulan lima Kl, Tr musim kemarau yg paling kering dan panas sekali; ~ keras musim kemarau panjang; salangkan (sedangkan) bah kapar tak hanyut, inikan pula ~ panjang prb a) sedangkan waktu muda sudah malas, apatah lagi waktu tua; b) sedang waktu makmur tidak senang, apa lagi waktu susah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ma.rau] | کماراو

Definisi : 1 tidak berair; kering. 2 = musim ~ musim panas terik dan hujan tidak turun; musim kering: Dlm musim ~, banyak tumbuhan yg mati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kemarau (adjektif)
Bersinonim dengan kering, gersang, tiada berair, tiada hujan;,

Puisi
 

Burung merah terbang ke laut,
     Sampai ke laut mengangkut sarang;
Air bah kapal tak hanyut,
     Inikan pula kemarau panjang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Hilang kemarau setahun oleh hujan sehari.

Bermaksud :

Kebaikan hilang kerana kejahatan sedikit.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEMARAU

Kemarau ialah keadaan yang berlaku apabila

purata hujan bagi sesuatu kawasan turun jauh di

bawah amaun normal bagi tempoh yang lama.

     Anak sungai, kolam, perigi sering kali kering

semasa kemarau. Bekalan air untuk kegunaan

pertanian, perindustrian dan persendirian

berkurangan dengan banyak. Biasanya tanah atas

yang kering dan berderai terbang ditiup angin panas

kering (lihat Ribut debu). Di kawasan yang tidak diairi

kekurangan hujan menyebabkan tanaman ladang

menjadi layu dan haiwan ternakan mati.

UMUM 
KEMARAU DI LEMBAH

KEMARAU DI LEMBAH,  kumpulan puisi dan cerpen karya Kassim Ahmad.  Kumpulan ini hasil tulisan Kassim antara tahun 1955 hingga tahun 1962 dan diterbitkan pertama kali oleh penerbit Saudara Sinaran Berhad, Pulau Pinang pada tahun 1967.  Ia kemudian diterbitkan kembali oleh Teks Publishing, Kuala Lumpur pada tahun 1982.

SASTERAKarya
SALTBUSH

Saltbush ialah nama yang popular bagi lebih

daripada 1400 spesies (jenis) tumbuh-tumbuhan di

Australia. Ia adalah separa pokok renek atau herba

kayu lembut yang tahan kemarau. Kebanyakannya

berwarna kelabu-hijau atau keperakan. Ia

dinamakan saltbush kerana sifatnya yang masin

dan kerana ia tumbuh di rawang masin dan kematu

garam masin dan di pesisir laut. Kebanyakan

saltbush, terutamanya jenis pedalaman, adalah

foder yang sangat baik.

Pengelasan saintifik. Saltbush jenis yang paling

biasa tergolong dalam famili goosefoot,

Chenopodiaceae, genus Atriplex .

UMUM 
SAHEL

Sahel ialah kawasan padang rumput kering di

Afrika. Sahel terletak di bahagian selatan Sahara,

dan merentangi sebahagian besar negara Senegal,

Mauritania, Mali, Burkina Faso, Niger, Nigeria, Chad

dan Sudan. Sesetengah ahli geografi juga mengambil

kira kawasan kering Ethiopia, Kenya dan Somalia

sebagai sebahagian daripada Sahel. Kemarau yang

teruk telah beberapa kali melanda Sahel. Kawasan itu

menjadi terlalu kering semenjak tahun 1968. Berjutajuta

penduduk di Sahel mati kerana tanaman musnah

disebabkan oleh kemarau.

UMUM 
TAKUNG EMBUN

Takung embun ialah kumpulan air yang cetek.

Kebanyakan takung embun terletak di kawasan

tanah tinggi berkapur seperti Downs Selatan di

selatan England (lihat Downs ). Ia menakung air

dalam masa yang lama sekalipun dalam musim

kemarau.

UMUM 
SURAH AL-DUKHAN

Surah al-Dukhan ialah salah satu daripada

surah Makkiyyah, surah yang ke-44 mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

57 ayat. Surah ini dinamakan al-Dukhan (asap)

kerana Allah S.W.T. menurunkan ayat ini untuk

menakutkan (menggerunkan) orang-orang kafir

dengan mengazabkan mereka dengan kemarau

dan kelaparan disebabkan pendustaan mereka

terhadap rasul. Allah S.W.T. telah mengutuskan

mereka asap tebal yang menyebabkan mereka

hampir binasa tetapi Nabi Muhammad s.a.w. telah

menyelamatkan mereka dengan berkat doanya.

UMUM 
PERANG TABUK

Perang Tabuk berlaku pada bulan Rejab tahun

ke-9 H., antara orang Islam di bawah pimpinan Nabi

Muhammad s.a.w. dengan orang Rom di Syam. Raja

Rom bernama Harqal telah mengumpulkan orang

Rom dan kabilah-kabilah Arab yang berada di

bawah pertuanan Rom, untuk memerangi orang

Islam. Rasulullah s.a.w. yang mengetahui perkara ini,

keluar bersama-sama 30 000 orang tentera Islam

untuk menentang mereka pada tahun yang

mengalami kemarau dan cuaca yang sangat panas.

UMUM 
PUPA

Pupa ialah peringkat yang agak tidak aktif dalam

metamorfosis (perkembangan) kebanyakan

serangga. Dalam metamorfosis lengkap , larva

makan sehingga membesar sepenuhnya (lihat

Larva ). Kemudian larva bersalin kulit menjadi pupa,

satu bentuk sementara yang membolehkan

struktur dewasa berkembang. Serangga dewasa

muncul dengan memecahkan “kulit” pupa.

Peringkat pupa mungkin lamanya satu atau dua

hari, atau sehingga satu tahun atau lebih,

bergantung pada spesies. Peringkat ini

membolehkan sesetengah serangga dewasa,

seperti rama-rama, mempunyai ciri-ciri

yang sangat berbeza daripada ciri-ciri larva. Ia

juga membolehkan sesetengah serangga yang

berkembang mengelakkan kepanasan dan

kesejukan yang melampau, kebuluran, dan

kemarau.

UMUM 
RUMPUT SUDANRumput Sudan ialah jenis rumput tahan

kemarau yang biasanya ditanam di Asia dan

Afrika.

UMUMUmum

Kembali ke atas