Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ma.rau] | کماراو

Definisi : 1. kering (tidak berair); 2. = musim ~ musim kering (tidak turun hujan utk jangka masa yg lama): musim ~ yg berlanjutan selama beberapa minggu telah menyebabkan hasil padi di kawasan itu merosot; ~ bulan lima Kl, Tr musim kemarau yg paling kering dan panas sekali; ~ keras musim kemarau panjang; salangkan (sedangkan) bah kapar tak hanyut, inikan pula ~ panjang prb a) sedangkan waktu muda sudah malas, apatah lagi waktu tua; b) sedang waktu makmur tidak senang, apa lagi waktu susah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ma.rau] | کماراو

Definisi : 1 tidak berair; kering. 2 = musim ~ musim panas terik dan hujan tidak turun; musim kering: Dlm musim ~, banyak tumbuhan yg mati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kemarau (adjektif)
Bersinonim dengan kering, gersang, tiada berair, tiada hujan;,

Puisi
 

Burung merah terbang ke laut,
     Sampai ke laut mengangkut sarang;
Air bah kapal tak hanyut,
     Inikan pula kemarau panjang.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Hilang kemarau setahun oleh hujan sehari.

Bermaksud :

Kebaikan hilang kerana kejahatan sedikit.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
drought avoidancepengelakan kemarauBotaniTiadaKaedah penyesuaian tumbuhan bagi menamatkan edaran hidup atau edaran reproduktifnya yang bertujuan untuk mengelakkan kesan kemarau. Biasanya pengelakan kemarau berlaku pada tumbuhan di kawasan gurun yang melalui edaran hidup yang bermula dari peringkat percambahan hingga ke peringkat kematangan biji benih. Bagi tanaman yang dibiakkan untuk tujuan ketahanan terhadap kemarau, tanaman tersebut biasanya mengeluarkan bunga dengan cepat dan matang lebih awal.
drought indexindeks kemarauHidrologiTiadaNilai yang dikira dan berhubungan dengan beberapa kesan terlonggok ketunaan kelengasan yang berpanjangan dan luar biasa. Suatu indeks kemarau hidrologi adalah berpadanan dengan paras di bawah paras min sungai, tasik, waduk dan seumpamanya. Walau bagaimanapun suatu indeks kemarau pertanian mesti berhubungan dengan kesan melonggok ketunaan perpeluhan luar biasa atau ketunaan perpeluhan mutlak.
physiological droughtkemarau fisiologiPertanianAgronomi

Kemarau yang bukan disebabkan oleh kekurangan air, tetapi kekurangan keupayaan akar tumbuhan untuk menyerap air. Contohnya, dalam keadaan banjir, akar tidak mendapat oksigen dan mengakibatkannya hilang keupayaan untuk menyerap air. Dalam keadaan air masin, tekanan osmosis yang lebih rendah di luar akar menyebabkan akar tidak berupaya menyerap air. Keadaan ini boleh berlaku setiap hari sekiranya kadar transpirasi melebihi kadar penyerapan air melalui akar secara sementara, dan pulih kemudiannya apabila kadar transpirasi menurun.

drought ringlapisan kemarauPerhutananPengurusan HutanLapisan nipis pertumbuhan kayu yang disebabkan kurangnya pertumbuhan pada musim kemarau.
drought resistanceketahanan kemarauPerhutananPengurusan HutanKeupayaan sesuatu pokok atau tumbuhan untuk hidup di kawasan yang kering atau kemarau.
drought indexindeks kemarauSainsHidrometeorologiNilai yang dikira dan berhubungan dengan beberapa kesan terlonggok kekurangan kelengasan yang berpanjangan dan luar biasa. Suatu indeks kemarau hidrologi bersepadanan dengan aras sungai, tasik, waduk, dan seumpamanya yang di bawah aras min.
crop forecastramalan hasil tanamanPertanianAgronomi

 Jangkaan hasil tanaman yang diperoleh dalam sesebuah kawasan bagi sesuatu musim. Kaedah jangkaan ini berdasarkan ramalan keadaan cuaca, terutamanya jumlah hujan dan musim kemarau. Sekiranya diramalkan berlaku musim kemarau yang panjang, iaitu apabila dijangka berlaku fenomena El Nino pada sesuatu tahun, hasil tanaman akan diramalkan turun sehingga 20 peratus. Bagi tanaman saka seperti kelapa sawit, sekiranya berlaku kemarau pada tahun ini, ramalan hasil tanaman kelapa sawit pada tahun depan akan diturunkan kerana hasil kelapa sawit dipengaruhi oleh keadaan cuaca yang berlaku semasa bunga baru muncul, iaitu 9 bulan sebelum buah dapat dituai.

traumatic ringgelang cederaPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanZon tisu yang dihasilkan oleh kambium yang cedera akibat salji, kemarau, atau kebakaran. Tisu ini terdiri daripada parenkima yang luka, dan biasanya berwarna lebih gelap kerana kehadiran gam dan damar. Kadang kala tisu ini mengandungi saluran antara sel dan retak akibat kemarau.
droughtkemarauGeografiTiadaTempoh masa yang panjang dan berterusan di mana tidak terdapat catatan kerpasan.
droughtkemarauPerhutananTiadaTiada
12345678910

Kembali ke atas