Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kemasyarakatan;


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
MAKNA KEMASYARAKATANKemasyarakan bermaksud keadaan masyarakat, yang berkaitan dengan masyarakat. Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 1004.Makna13.03.2008
Adakah ayat di bawah salah struktur bahasanya? 1. Aktivitis masyarakat itu dianugerahkan pingat kebesaran atas jasanya dalam kerja-kerja kemasyarakatan Kalau ayat tersebut salah strukturnya, apakah alasannya?

Saudara,

Ayat yang betul : Aktivis masyarakat itu dianugerahi pingat kebesaran atas jasanya dalam kerja-kerja kemasyarakatan.  Fungsi meN...i/ di...i menandakan lokatif manakala fungsi meN...kan/di...kan menandakan kausatif. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 207.

    

Tatabahasa03.09.2009
Mohon bimbingan pihak tuan mengenai ayat berikut beserta penjelasannya. 1. Dinding dewan itu kami (hiasi,hiaskan) dengan poster -poster bertemakan kemasyarakatan. 2. Mural bunga raya itu kami (warnakan,warnai) dengan cat merah dan hijau. Terima kasih.1. Dinding dewan itu telah kami hias dengan poster-poster bertemakan kemasyarakatan.
2. Mural bunga raya itu akan kami lukis dengan cat merah dan hijau.
Ayat pasif kata ganti diri pertama diikuti dengan kata kerja dasar, "kami hias" dan "kami lukis".
Tatabahasa09.11.2020
apakah maksud feudal??Feudal bermaksud berasaskan feudalisme, iaitu sistem kemasyarakatan yang dikuasai oleh kaum bangsawan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna01.03.2008
apakah maksud nilai dan ketentuanNilai bermaksud sifat ketinggian (pemikiran, agama, kemasyarakatan, dll) dan ketentuan bermaksud sesuatu yg tentu atau yg telah ditentukan/ keputusan yg muktamad/ketetapanMakna11.10.2007
adakah frasa 'bergiat cergas' gramatis dalam ayat 'Puan Nora bergiat cergas dalam aktiviti kemasyarakatan yang diadakan di kawasan perumahannya.' jika tidak, apakah yang sepatutnya ditulis? terima kasihMenurut data kami, rangkai kata bergiat cergas tidak sesuai digunakan. Oleh itu, rangkai kata yang lebih sesuai digunakan ialah bergiat aktif.Tatabahasa02.07.2019
Assalamulaikum saya suhailee sohnui bt mustofa pelajar universiti fatoni fakulti sastera dan sains kemasyarakatan jurusan bahasa melayu ingin bertanya tentang bidang linguistik yang berkaitan dengan makrolinguistik. Apakah yang dimaksudkan dengan spikolinguistik? sekian terima kasihTidak ada data tentang spikolinguistik dalam pangkalan data kami. Yang ada psikolinguistik, iaitu ilmu yang berkaitan dengan hubung­an antara bahasa dgn perilaku dan akal budi manusia.Tatabahasa30.09.2015
apakah maksud 'hubugan kemasyrakatan' sebenarnya? Dan apakah termasuk dalamnya? Terima kasih.Secara amnya hubungan kemasyarakatan bermaksud segala aspek yang berkaitan dengan masyarakat.Makna09.08.2010
Adakah ayat-ayat di bawah betul? 1. Dia mendapat banyak pengalaman. 2. Gotong-royong merupakan antara aktiviti kemasyarakatan yang harus kerap dijalankan. 3. Sejak kebelakangan ini, masalah sosial semakin berleluasa.Semua ayat yang dikemukakan betul. 1. Banyak ialah kata bilangan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut. 2. Antara ialah kata sendi nama yang berfungsi sebagai kata arah. Sebagai kata sendi nama, antara hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. 3. Sejak ialah kata sendi nama, bertugas membawa maksud penanda waktu atau masa dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. (Rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga , kata sendi nama, halaman 281 - 285 dan kata bilangan, halaman 286. )Tatabahasa01.05.2011
apakah maksud sosioekonomi.dan apakah maksud liberalSosioekonomi bermaksud hal-hal berkaitan dengan unsur-unsur atau faktor-faktor kemasyarakatan dan ekonomi, dan liberal bermaksud condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang demokratik.Makna18.05.2009
123

Kembali ke atas