Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kemasyarakatan;


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEBAJIKAN MASYARAKAT

Kebajikan masyarakat ialah program

kemasyarakatan yang membantu orang ramai

mencapai satu tahap keselesaan ekonomi yang

bersesuaian. Keselamatan sosial, juga dikenali

sebagai insurans sosial, menyediakan bantuan

kewangan untuk menggantikan pendapatan yang

hilang akibat persaraan, pengangguran, hilang

upaya atau kematian.

UMUM 
PILIHAN RAYA

Pilihan raya ialah proses orang ramai memilih

calon atau pemimpin pilihan mereka. Pilihan raya

diadakan untuk memilih pemimpin dalam pelbagai

organisasi. Contohnya, persatuan kemasyarakatan,

kesatuan perdagangan, kelab sukan dan sosial,

kerajaan dan pelbagai pertubuhan dan institusi awam

dan persendirian.

UMUM 
SPENGLER, OSWALD

Spengler, Oswald (1880–1936) ialah ahli falsafah

sejarah Jerman. Dalam The Decline of the West

(1918–1922), dia menyatakan bahawa kunci kepada

sejarah ialah undang-undang kemasyarakatan dan

ketamadunan, yang bangkit dan jatuh dalam

kitaran. Menggunakan spekulasi dan rasa hati lebih

daripada kaedah sejarah yang tetap, dia

merumuskan bahawa tamadun Barat sedang

menuju kehancuran [lihat Tamadun (Mengapa

tamadun bangkit dan runtuh)]. Spengler lahir di

Blankenburg.

UMUM 
JABATAN PERSURATAN MELAYU UKM,

JABATAN PERSURATAN MELAYU UKM, sebuah jabatan dalam Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada tahun 1970, semasa Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan, salah satu jabatan sulung yang diwujudkan ialah Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu untuk menyelenggarakan kursus – kursus dalam bidang bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu. Pada bulan Disember 1972, jabatan ini dinaikkan tarafnya sebagai satu fakulti dengan nama Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (kini Institut Alam dan Tamadun Melayu), untuk meliputi tugas yang lebih luas.

BAHASAInstitusi/Organisasi
MALIK IBN NABI

Malik ibn Nabi (1323 H.–1393 H./1905 M.–1973

M.) ialah pemikir Algeria yang terkenal. Dia

merupakan salah seorang pemikir

Islam yang mengemukakan pandangan mereka

untuk membangunkan negara Islam berpandukan

ajaran al-Qur’an supaya bebas daripada

perselisihan faham dan taklid semata-mata. Malik

ibn Nabi seorang yang amat mementingkan masa

yang dianggap sebagai laluan utama sejarah

kemasyarakatan.

UMUM 
GERAKAN WANITA MELAYU MALAYSIA

GERAKAN WANITA MELAYU MALAYSIA, kegiatan wanita Melayu dalam pertubuhan yang bermula sejak tahun 1920-an. Kegiatan mereka meliputi berbagai-bagai bidang termasuklah kemasyarakatan dan politik.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
PERADUAN MENGARANG NOVEL

PERADUAN MENGARANG NOVEL, peraduan menulis genre novel. Peraduan ini dianjurkan bertujuan untuk memupuk, mencungkil dan mempergiatkan lagi pengarang novel yang berbakat, terutama pengarang yang baru menceburkan diri dalam bidang ini. Ia juga untuk meningkatkan nilai penciptaan, mempelbagaikan tema dan persoalan yang berhubungan dengan kemasyarakatan dan kemanusiaan pada sesuatu konteks zaman. Penganjur juga berharap agar peraduan ini akan berhasil memperbanyakkan novel dalam khazanah kesusasteraan Melayu moden.

SASTERAKonsep
CERITA DARI BLORA

CERITA DARI BLORA, kumpulan cerpen Pramoedya Ananta Toer yang diterbitkan pada tahun 1952. Kumpulan ini mengandungi 11 buah cerpen yang hampir kesemuanya dihasilkan oleh Pramoedya pada tahun 1950, iaitu setelah beberapa bulan dia dibebaskan daripada tahanan. Dalam kata pengantarnya, H.B. Jassin menyatakan bahawa kesedaran yang terdapat pada diri pengarang, mendorongnya mencipta dan mengabadikan sesuatu sebagai kenang-kenangan kepada yang tinggal. Selain itu, terdapat unsur-unsur pengalaman dan kenangan autobiografi dalam kumpulan ini yang dapat dilihat melalui latar belakang sejarah dan kemasyarakatan yang begitu luas.

           

SASTERAKarya
HADIAH BAHASA

HADIAH BAHASA, satu bentuk penghargaan tahunan yang diberikan kepada penulis karya ilmiah dalam bahasa Melayu di Malaysia. Konsep Hadiah Bahasa ditimbulkan dalam kepesatan perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Karya ilmiah yang layak dicalonkan untuk hadiah ini adalah dalam bentuk buku yang telah terbit. Bidang yang digarap meliputi segala bidang ilmiah, baik sains jati mahupun sains kemanusiaan dan kemasyarakatan.

BAHASAAnugerah/Hadiah
SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SYAH

SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SYAH (1927 –      ), Sultan Kedah yang ke-28 (1958 -     ) dan Yang di-Pertuan Agong yang kelima (1970 – 1975).  Baginda diputerakan pada 28 November 1927 di Alor Setar, Kedah.  Baginda mendapat pendidikan awal di Titi Gajah dan Alor Setar. Pada tahun 1952, baginda memasuki Wadham College, University Oxford, England dan memperoleh diploma Sains Kemasyarakatan dan Pentadbiran Awam.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
12

Kembali ke atas