Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.masy.hu.ran] | کمشهورن

Definisi : perihal masyhur (terkenal): ~ Melaka sbg pusat perdagangan utama tersebar luas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.masy.hu.ran] | کمشهورن

Definisi : perihal (keadaan) masyhur: ~ Kuala Lumpur tersebar luas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
masyhur
Kata Terbitan : termasyhur, memashurkan, kemasyhuran, pemasyhuran,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
international reputationkemasyhuran antarabangsaSejarahTiadaTiada
Hall of FameBalai KemasyhuranKesenianTiadaTempat mempamerkan segala pengiktirafan, pencapaian dan sumbangan individu terkenal/tertentu dalam sesuatu aktiviti atau bidang tertentu.
Wall of FameDinding KemasyhuranKesenianTiadaDinding yang dijadikan sudut khas untuk mempamerkan segala pengiktirafan, pencapaian dan sumbangan individu terkenal/tertentu dalam sesuatu aktiviti atau bidang tertentu.
ratekadarKomunikasiKorporatJumlah bayaran bagi sesuatu perkhidmatan pengiklanan atau perhubungan awam yang ditetapkan oleh sesebuah agensi media atau syarikat perunding. Penetapan kadar bayaran berbeza kerana beberapa faktor seperti yang berikut: (i) Berdasarkan kemasyhuran media, iaitu berdasarkan jumlah pendedahan khalayak terhadap sesuatu media sama ada bercetak atau elektronik. (ii) Berasaskan kedudukan waktu siaran dalam sehari dan kemasyhuran sesuatu rancangan yang akan ditaja, terutamanya dalam media elektronik. (iii) Berasaskan kedudukan iklan di sesuatu halaman di media cetak. (iv) Berasaskan taraf sosioekonomi pembaca. Lebih tinggi taraf sosioekonomi, lebih tinggi kuasa beli pembaca, maka lebih tinggi kadar bayaran ruang iklan dalam penerbitan berkenaan. Dalam perhubungan awam, kadar pembayaran biasanya melibatkan aktiviti mendapatkan khidmat perundingan.
partnership of the pennilessperkongsian wujuhEkonomiEkonomi IslamPerkongsian yang dilakukan tanpa melibatkan modal oleh dua atau lebih pihak yang mempunyai peribadi yang terpuji dalam kalangan masyarakat. Hal ini bermakna, pihak yang berkongsi menggunakan kemasyhuran nama mereka dalam memperoleh keyakinan orang yang memberi hutang. Dalam urusan perniagaan, mereka membeli barang secara kredit dan bersetuju menanggung hutang mengikut kadar masing-masing. Keuntungan dan kerugian daripada perniagaan akan dibahagi mengikut kadar tanggungan hutang. Sinonim syarikah wujuh.
time classificationpengelompokan masaKomunikasiKorporatPendekatan untuk menetapkan nilai bayaran siaran iklan melalui media elektronik berdasarkan status waktu siaran. Penepatan nilai bayaran ini dilakukan dengan memberikan klasifikasi mengikut gred A, B, C, dan D. Nilai gred ini berbeza dari satu stesen penyiaran dengan stesen penyiaran lain. Perbezaan ini bergantung pada kemasyhuran dan kewibawaan stesen penyiaran berkenaan. Stesen yang lebih berwibawa biasanya mempunyai nilai bayaran yang tinggi bagi setiap gred kelompok masa siaran tersebut. Contohnya, kelompok waktu siaran yang mempunyai nilai gred A akan dibayar lebih tinggi berbanding kelompok waktu siaran yang mempunyai nilai gred yang lebih rendah. Unit nilai bayaran iklan adalah berdasarkan kiraan saat. Walau bagaimanapun,prinsip pengklasifikasian gred adalah berdasarkan jumlah khalayak bagi sesuatu tempoh dalam sehari, seminggu, sebulan, atau setahun. Sekiranya lebih ramai khalayak dalam tempoh tertentu, maka lebih tinggi nilai bayaran yang dikenakan oleh stesen penyiaran kepada pengiklan.
traceable expendituresperbelanjaan surihanKomunikasiKorporatPeruntukan perbelanjaan pengiklanan yang dikenal pasti berasaskan ketetapan yang dibuat oleh pihak bertanggungjawab yang diperakui oleh agensi pengiklanan. Pihak yang bertanggungjawab ini termasuk kerajaan, persatuan pengiklanan yang diiktiraf, stesen penyiaran, syarikat akhbar, atau syarikat penerbitan yang lain. Ketetapan kos ini bergantung pada pasaran, iaitu jumlah permintaan atau edaran, mutu dan peringkat kemasyhuran sesebuah stesen penyiaran, atau syarikat akhbar dan majalah pada sesuatu masa tertentu. Ketetapan kos ini kerap dirujuk dan digunakan sewaktu penyediaan belanjawan sesuatu aktiviti pengiklanan sesebuah syarikat pengeluar atau akaun agensi pengiklanan. Ketetapan kos pengiklanan yang disediakan oleh pihak bertanggungjawab tersebut menjadi rujukan utama kepada syarikat media, syarikat pengeluar, atau pihak kerajaan untuk memantau dan mengesahkan sesuatu belanjawan pengiklanan yang telah dan akan dilaksanakan.

Kembali ke atas