Salam sejahtera, Berdasarkan Kamus Dewan; 1. Yatim = kematian bapa 2. Piatu = kematian ibu bapa 3. Yatim piatu = kematian ibu bapa soalan saya, kematian ibu sahaja = ? | Salam sejahtera saudara Sham, Anak yatim juga digunakan untuk anak yang tidak beribu merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat iaitu anak yang tidak berbapa dan (ada juga dipakai untuk) anak yang tidak beribu atau tidak beribu bapa. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=yatim untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut. | Makna | 01.10.2012 |
mana ayat yang lebih betul Menziarah kematian atau melawat kematian | Yang betul ialah menziarahi kematian. | Lain-lain | 04.05.2016 |
Kematian Profesor Ungku Abdul Aziz, perlu disertakan penggunaan Allahyarham ataupun Almarhum?, kerana arwah juga adalah keluarga diraja Negeri Johor | Sekiranya kerabat diraja, penggunaan yang tepat ialah Almarhum. Walau bagaimanapun, Allahyarham boleh juga digunakan. | Istilah | 16.12.2020 |
Jika istilah balu digunakan untuk seorang wanita yang kehilangan suami kerana kematian dan istilah yatim piatu digunakan untuk kanak - kanak yang kehilangan kedua-dua ibu bapanya, adakah bahasa melayu mempunyai istilah khusus untuk memerihal suami yang kehilangan isteri disebabkan kematian? | Lelaki yang kematian atau yang telah bercerai dengan isterinya disebut duda. | Makna | 05.07.2018 |
Jika istilah "balu" atau "janda" ialah untuk perempuan yang telah kematian suami, apakah pula istilah untuk lelaki yang telah kematian isteri? | Duda bermaksud lelaki yang kematian isteri atau yang telah bercerai dengan isterinya. | Makna | 15.05.2019 |
TAKZIAH ATAS KEMATIAN/KEMBALI KE RAHMATULLAH | TAKZIAH ATAS KEMATIAN TAKZIAH ATAS KEMBALI KE RAHMATULLAH | Tatabahasa | 25.10.2010 |
Di antara kedua-dua ayat ini, ayat manakah betul : 1. Sejak kematian isterinya, Atan dikatakan patah kandar untuk meneruskan kehidupannya. 2. Sejak kematian isterinya, Atan dikatakan patah semangat untuk meneruskan kehidupannya Adakah ayat ini betul, kalau salah, mengapa. 1. Bunga-bunga yang ditanam oleh Pak Abu cantik-cantik belaka. | Patah kandar bermaksud mendapat kemalangan dalam usaha atau pekerjaan terhalang kerana kematian. Patah semangat bermaksud hilang keberanian atau kemahuan untuk berusaha dan sebagainya. Berdasarkan makna tersebut ayat yang mengandungi frasa "patah semangat" sesuai dengan konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 02.08.2012 |
Salam sejahtera, Sebagai warga pendidik, saya ingin mendapat kepastian dari segi aspek kesalahan bahasa. Tolong periksa kesalahan tatabahasa dalam ayat berikut:~ i). Jangka hayat dan soal kematian di tangan tuhan Yang manakah lebih tepat:~ i). Jangka hayat dan soal kematian pada tangan tuhan atau ii). Jangka hayat dan soal kematian di tangan tuhan Perjelasan: di - kt sendi nama untuk tempat Adakah kt sendi nama ' Di" boleh digunakan untuk anggota badan. Terima kasih | Ayat yang betul ialah “Usia dan soal kematian terletak pada tangan Tuhan”. Penggunaan kata sendi nama “pada” dalam ayat tersebut betul kerana berfungsi untuk menunjukkan "keterangan tempat". Manakala penggunaan kata sendi nama “di” tidak betul kerana kata sendi nama tersebut berfungsi untuk "menunjukkan tempat". Contohnya, “Ibunya bekerja di kantin sekolah itu”. | Tatabahasa | 02.03.2022 |
Selain dari kematian, bolehkah menggunakan ucapan takziah kepada perkara-perkara musibah dan kesedihan? | Lazimnya ungkapan takziah diucapkan untuk kematian. Walau bagaimanapun , tidak menjadi kesalahan jika digunakan untuk perkara musibah dan kesedihan bagi menyatakan turut berdukacita. | Istilah | 06.06.2010 |
Apakah istilah bahasa Melayu bagi kanak-kanak yang dibesarkan oleh hanya seorang ayah atau ibu disebabkan oleh penceraian atau kematian salah seorang ibu bapanya? | Anak yatim bermaksud anak yang kematian bapa, sementara anak yatim piatu bermaksud anak yang kematian ibu dan bapa. Bagi ibu bapa yang masih hidup tetapi telah bercerai dan salah seorang daripada mereka membesarkan anak tersebut, tiada panggilan khusus untuk anaknya. Untuk mengetahui lebih terperinci berkenaan status panggilan anak, pihak tuan boleh merujuk agensi yang berkaitan seperti Mahkamah syariah atau Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). | Lain-lain | 01.03.2023 |