Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ma.tian] | کماتين

Definisi : 1. perihal mati: orang ke surau dia turut sama, orang ~ dia bersama-sama membuat apa-apa yg patut; angka ~ angka yg menunjukkan jumlah orang yg telah mati; surat ~ surat keterangan bkn orang yg telah meninggal dunia; 2. menderita (menanggung) kerana seseorang atau sesuatu yg mati: ja-nganlah tersangat risaukan ~ anak kita itu; ~ angin tidak ada angin lagi (orang dlm pela­yaran); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ma.tian] | کماتين

Definisi : 1 hal-hal yg berkaitan dgn mati: surat ~ surat keterangan mengenai orang yg telah mati. 2 hal atau keadaan mati: Sejak ~ isterinya, dia selalu saja termenung. 3 menderita kerana matinya seseorang: Dia ~ isteri kesayangannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mati (kata kerja)
1. Bersinonim dengan meninggal dunia

2. Dalam konteks nabi, rasul,
bersinonim dengan wafat

3. Dalam konteks raja
bersinonim dengan mangkat

4. Dalam konteks gunung berapi
bersinonim dengan pudar
Berantonim dengan hidup

Kata Terbitan : bermati-matian, mati-matian, mematikan, kematian, pemati,

Peribahasa

Layu bunga digenggam,
     layu rumput di halaman.

Bermaksud :

Akan menyatakan kematian seorang pembesar negeri.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cause of deathpunca kematianSains ForensikTiadaJenis kecederaan atau penyakit yang mengakibatkan kematian. Punca kematian ditentukan oleh pegawai perubatan sama ada di tempat kejadian ataupun selepas autopsi.
central death ratekadar kematian memusat/kadar kematian tengahPentadbiran PerniagaanTiadaKadar kematian pada sesuatu umur. Kadar ini diperoleh dengan membahagikan bilangan yang mati bagi umur tersebut dengan jangkaan jumlah bilangan tahun mandiri dalam selang umur itu.
fiscal year of deathtahun fiskal kematianPentadbiran PerniagaanTiadaSebarang tempoh 12 bulan yang digunakan dalam kajian kemortalan untuk menetapkan tahun kematian. Tahun fiskal kematian digunakan untuk menentukan umur insured semasa ia mati.
early foetal deathkematian awal janin/kematian awal fetusKependudukanTiadaTiada
early foetal deathkematian awal janin/kematian awal fetusPerubatanTiadaTiada
early foetal deathkematian awal janin/kematian awal fetusSosiologiTiadaTiada
mortalitymortalitiPerubatanTiadaKadar kematian, iaitu nisbah bilangan kematian berbanding dengan jumlah populasi pada sesuatu kawasan. Biasanya jumlah populasi yang dibandingkan untuk mendapatkan kadar ini sama ada mencakupi bilangan seribu, sepuluh ribu dan seratus ribu.
death ratekadar kematianBiologiEkologiBilangan kematian dalam satu populasi pada sela masa tertentu. Lazimnya kadar kematian dinyatakan dalam peratus. Sinonim kadar kemortalan.
maternal deathkematian maternalKejururawatanTiadaKematian wanita semasa hamil atau mati dalam masa 42 hari selepas tamat tempoh hamil tanpa mengambil kira sebab kematian.
standard mortality rationisbah mortaliti piawaiKejuruteraanTiadaNisbah antara kematian sebenar dengan kematian yang dijangkakan.
12345678910...

Kembali ke atas