Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kem.ba.li] | کمبالي

Definisi : 1. pergi ke tempat asal (ke tempat seseorang itu berada sebelumnya), balik (ke rumah, pejabat, kedai, dll), pulang: aku pun ~ ke kedai; orang-orang tahanan itu diberi kesempatan ~ melihat keluarga masing-masing; ~ asal balik asal (kembali semula kpd asalnya); ~ ke negeri yg baqa (kekal) = ~ ke rahmatullah meninggal dunia; 2. = wang ~ wang baki kerana bayaran yg berlebihan (yg harus dipulangkan kpd pembayar), wang kelebihan: Encik beri sepuluh ringgit, harga barang itu tujuh ringgit sahaja, ambil ~ bakinya tiga ringgit; 3. semula (buat kali keduanya dan seterusnya), lagi, sekali lagi: di pekan Yan, kami telah bertemu ~ dgn beberapa orang teman dr Sungai Petani; kini aku berada ~ di kampung; 4. kata yg kerap digunakan bersaingan dgn kata kerja utk menyatakan atau menunjukkan pengulangan sesuatu perbuatan (pemulihan sesuatu kpd kedudukan asalnya, pemulangan sesuatu ke tempat asalnya, dll); membayar ~ memberi balik hutang atau wang yg telah diterima (supaya tidak berhutang lagi); meminta ~ sesuatu meminta balik sesuatu (meminta supaya dipulangkan sesuatu yg telah diberikan atau dipinjamkan); menarik ~ (usul, keputusan, dll) menyatakan batal atau tidak akan diteruskan dsb (usul, keputusan, dll); menceritakan ~ mengulang cerita atau kisah yg telah didengar (dibaca dll); menyusun ~ mengulang menyusun lagi (menyusun semula); sekembali sebaik-baik kembali atau pulang (dr), sejurus (tidak lama) selepas pulang dr (sesuatu tempat); mengembalikan 1. mengirimkan (meng­hantarkan, memberikan, dsb) sesuatu kembali (kpd pengirimnya, ke tempat asalnya, dsb), memulangkan (sesuatu): dia berjanji akan ~ wang dan semua barang yg telah diambilnya itu; semua buku yg dipinjam dahulu telah dikembalikan; mereka diarahkan supaya ~ surat-surat rasmi yg ditulis dlm bahasa Inggeris kpd pengirimnya; 2. menahan (me­nyekat dll) supaya kembali (berpatah balik) ke tempat mula datangnya, menyuruh kem­bali; 3. mengundurkan (ke suatu waktu yg telah berlalu), menyurutkan (kejadian yg telah berlaku); 4. menjadikan spt sediakala atau spt keadaan sebelumnya, mewujudkan kem­bali, memulihkan: ia mencuba ~ segala kekuatan batinnya dgn sedaya upaya; tidak ada laki-laki yg dapat ~ kepercayaanku yg telah musnah ini; langkah-langkah keselamatan telah diambil utk ~ keamanan di daerah itu; kembalian sesuatu barang dll yg dikembali­kan: penerbit tidak bertanggungjawab menghantar naskhah jualan atau ~; kekembalian perihal kembali; perkembalian perihal kembali, kepulangan: ~ Rawon telah diterima dgn cucuran air mata oleh ayahnya; pengembalian perihal (perbuatan dsb) me­ngembalikan, pemulangan, pemulihan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kem.ba.li] | کمبالي

Definisi : 1 balik ke tempat asalnya; pulang: Suaminya masih belum ~ dr pejabat. ~ ke alam baqa (kekal), = ~ ke rahmatullah meninggal dunia. 2 lagi; sekali lagi; semula: Di sana, kami telah bertemu ~. 3 kata yg digunakan utk menyatakan pengulangan, pemulangan dll; semula: Dia menceritakan hal itu ~. mengembalikan 1 memulangkan sesuatu kpd tuannya; memberi balik: Mereka telah ~ semua surat yg tidak bertandatangan. 2 memulihkan atau mewujudkan keamanan dll kembali: Apakah langkah yg perlu diambil utk ~ keamanan di kawasan itu? pengembalian perbuatan (hal dsb) kembali atau mengembalikan; pemulangan; pemulihan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kembali
1. Bersinonim dengan balik
( pulang)
(kata kerja:)
Berantonim dengan pergi

2. Bersinonim dengan baki
( lebih)
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan semula
( lagi, sekali lagi, )
(adverba:)

Kata Terbitan : sekembali, mengembalikan, kekembalian, pengembalian,

Puisi
 

Burung serindit terbang melayang,
     Mari hinggap di pohon jati;
Wahai adinda kekasihku sayang,
     Kembali kasih si buah hati.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Sesat surut,
     terlangkah kembali.

Bermaksud :

Memperbaiki kesalahan yang telah terjadi.

 

Lihat selanjutnya...(38)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kembali Ke SekolahUntuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my.Lain-lain12.10.2017
Manakah yang betul 'kembali ke pangkuan masyarakat' atau 'kembali ke pangkal jalan'?.Apakah perkataan lain bagi merujuk kepada istilah ini?Kedua-duanya betul, yang lazim digunakan ialah kembali ke pangkal jalan bagi mereka yang telah sedar dan insaf daripada dosa/kesalahan yang dilakukan sebelum ini.Tatabahasa11.11.2011
Tuan, Dari segi laras bahasa iklan, bolehkah ayat-ayat ini digunakan? "Perodua, kembali mengancam." Mengancam di sini adalah seperti bahasa percakapan, yang bermaksud menarik. Dan "Perodua, kembali membawa aksi." Bolehkah kedua-dua ayat ini digunakan? Terima kasih.Ungkapan "Perodua, kembali membawa aksi" atau "Perodua, kembali beraksi" adalah gramatis berbanding dengan "Perodua, lebih mengancam". Untuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" dan ikutilah langkat yang seterusnya.Tatabahasa19.01.2012
Kepada atau pada: a) Joanne melekat kembali kepada Aisha sambil menunjukkan riak wajah takut. b) Joanne melekat kembali pada Aisha sambil menunjukkan riak wajah takut.Joanne melekat kembali pada Aisha sambil menunjukkan riak wajah takut.Tatabahasa19.09.2011
Saya ingin bertanya, manakah yang tepat. Selamat kembali ke sekolah BERSAMA norma baharu Atau Selamat kembali ke sekolah DENGAN norma baharu Terima kasih.Penggunaan yang betul ialah  Selamat kembali ke sekolah dengan norma baharu. Tatabahasa28.03.2021
Mohon pembetulan 2 ayat di bawah Kejohan ini kembali lagi PADA tahun ini atau Kejohan ini kembali lagi BAGI tahun ini PADA yang berminat untuk menyertai atau BAGI yang berminat untuk menyertaiKejohan atau Kejohanan? Saya andaikan perkataan sebenarnya ialah Kejohanan. Ayat yang betul ialah Kejohanan ini kembali lagi pada tahun ini. Bagi yang berminat untuk menyertai...Tatabahasa27.04.2011
Sila maklumkan kembali sekiranya terdapat sebarang kesalahan tatabahasaVisual tidak dapat dibuka untuk semakan. Untuk pengesahan bahasa dalam iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain22.12.2016
Selamat bersua kembali. Tatabahasa Dewan edisi ketiga m/s 504 (iii) ada menyatakan contoh kata hubung berpasangan. Adakah perkataan " daripada, apakah , adakah " boleh dikategorikan sebagai kata hubung ? Terima kasih.Berdasarkan konteks ayat contoh dalam halaman tersebut, perkataan daripada ... lebih baik, apakah ... atau(pun) dan sama ada ... atau ialah kata hubung berpasangan yang menggabungkan dua ayat atau lebih.Tatabahasa15.03.2013
sile semak kembali untuk pengesahan terima kasihPenggunaan bahasa dalam iklan tersebut adalah betul. Untuk tujuan pengesahan, klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" dan ikuti prosedur seterusnya.Tatabahasa22.12.2011
Salam. Merujuk kembali persoalan tentatif program dan program tentatif. Saya masih kurang puas hati terhadap jawapan yang diberikan. Jika dilihat maksud tentatif dalam Kamus Dewan ia bermaksud tidak muktamad atau buat sementara waktu. Jadi kalau frasa tentatif program adalah betul ia bermaksud tidak muktamad program atau buat sementara waktu program, bukan program tidak muktamad atau program buat sementara waktu. Dalam Kamus Dewan pun memberi contoh langkah tentatif dan bukannya tentatif langkah. Harap dapat penjelasan daripada pihak DBP kerana saya masih keliru. Terima kasih.

Program tentatif ialah program yang belum muktamad. Harap mkalum

Tatabahasa30.06.2008
12345678910...

Kembali ke atas