Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kem.ba.ngan] | کمبڠن

Definisi : keadaan kembang: ~ zahir cecair itu ialah perbezaan antara pengembangan sebenar dgn pengembangan balang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kembangan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEMBANGAN MERAH

Kembangan merah ialah istilah yang

digunakan untuk kawasan air laut, sungai, atau

tasik yang berwarna keperang atau kemerahan.

Warna ini datangnya daripada organisma

mikroskopik yang secara tiba-tiba meningkat

berjuta-juta jumlahnya. Kawasan yang berwarna ini

mungkin menganjur daripada beberapa meter

persegi hingga kepada lebih daripada 2500

kilometer persegi. Lamanya daripada beberapa

jam hingga beberapa bulan. Kembangan merah

berlaku di perairan di kebanyakan bahagian di

dunia.

UMUM 
MOHD. TAIB OSMAN, DATUK

MOHD.  TAIB OSMAN,  Datuk (1934-    ), ahli akademik dan penyelidik kesusasteraan Melayu klasik dan kebudayaan. Dia lahir pada 13 Mei 1934 di Kampung Kembangan, Singapura. Mohd. Taib mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1941-1945) dan Sekolah Inggeris Rangoon Road (1945-1948). Dia meneruskan pelajarannya di Raffles Institution (1949-1952) dan Universiti Malaya, Singapura (1954-1958) hingga mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur (1958). Pada tahun 1961, dia mendapat Ijazah Sarjana Sastera dari universiti yang sama. Ijazah Kedoktorannya pula diperoleh pada tahun 1867 dari Indiana University, Amerika Syarikat.

SASTERATokoh

Kembali ke atas