Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; mengembara pergi ke mana-mana (dgn tidak tetap tempat kediaman dan tidak tentu pula tempat yg ditujui), bertualang, menjelajah: bertahun-tahun ia ~ dr sebuah negara ke negara lain; mengembarai mengembara (menjelajah) di: ~ negara-negara Asia; pengembaraan 1. perihal (perbuatan) me­ngembara: cerita yg mengisahkan ~ seorang putera raja; 2. tempat mengembara, tempat yg dijelajahi; pengembara orang yg mengembara: David Livingstone ialah seorang ~ yg terkenal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; mengembara pergi ke mana-mana; menjelajah: Mereka akan ~ ke negara itu. Bagaimanakah caranya manusia ~ sebelum ada kenderaan? mengembarai mengembara di; menjelajahi: Mereka berazam utk ~ seluruh dunia. pengembaraan perbuatan atau hal mengembara: ~ beliau ke Kutub Selatan hampir-hampir gagal. pengembara orang yg mengembara; penjelajah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kembara
Kata Terbitan : mengembara, mengembarai, pengembaraan, pengembara,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera saya ingin bertanya maksud perkataan "kembara duga"? adakah wujud perkataan ini dalam kamus dewan. Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Perdana, kembara duga bermaksud kembara dengan mendaki, berkayak dan melawat tempat bersejarah untuk berekreasi, menambah pengetahuan, membuat kajian dan sebagainya.Makna01.11.2021
Assalamualaikum,saya asrab khan dari kl ingin menyertai kembara bahasa 2013.sebelum ini saya ada menyertai tahun 2000.sebelum ini saya ada mohon menyertai tetapi tidak ada sebarang jawapan. saya benar-benar berminat menyertai program kembara bahasa 2013Untuk makluman tuan urus setia Kembara Bahasa 2012 ialah Bhg. Promosi dan Pengiktirafan, DBP. Urus setia pada tahun hadapan akan diputuskan oleh pihak pengurusan. Oleh itu, apabila hebahan mengenainya disiarkan segeralah tuan hubungi urus setia Kembara bahasa.Lain-lain05.12.2012
Aminur Ariffan salam tahun ne tak ada kembara bahasa lagi ke?Kembara Bahasa 2013 telahpun berlangsung dari 9 Oktober hingga 12 Oktober yang lalu meliputi empat zon (utara, selatan, timur dan tengah).Lain-lain15.11.2013
Saya ingin mengetahui sama ada DBP masih mengadakan program Kembara Sastera yang pernah saya ikuti pada tahun 2006 di SMK Bandar Muadzam Shah, Pahang. Pada masa itu, Sasterawan A Samad Said telah hadir sebagai tetamu jemputan dan program bermula seawal jam 10 pagi dan berakhir pada 12 malam. Pengisian program sangat menarik dan banyak manfaat. Mohon sekiranya DBP masih meneruskan program ini, sy wakil SMK Sultan Abdul Aziz Shah Kajang ingin turut serta dan mengadakn program ini di sekolah. Harap mendapat pertimbangan pihak DBP. Terima kasih.Mulai tahun 2012, Dewan Bahasa dan Pustaka telah melaksanakan semula program Kembara Bahasa.  Kembara Bahasa diisi dengan penganjuran kegiatan bahasa dan persuratan Melayu yang menjadi penggerak misi bahasa, sastera dan budaya kebangsaan.  Sila kemukakan permohonan puan untuk mengikuti program Kembara Bahasa melalui orgsanisasi  puan kepada DBP. Lain-lain08.04.2014
Penggunaan istilah manakah yang betul -- pasukan kembara atau pasukan pengembara?

Encik Ong,

Kalau dalam bentuk istilah yang betul ialah pasukan kembara.

Tatabahasa12.08.2010
Salam sejahtera,slogan KEMBARA SUFI MEMETIK REDA ILAHI tidak diterima pakai oleh pihak tuan dan diminta untuk tukar semula MEMETIK kepada UNTUK MENDAPATKAN. Bukankah ayat slogan yang asal adalah penggunaan metafora yang terddapat dalam kesusasteraan melayu.minta pihak tuan beri penjelasanSekiranya tuan/puan ingin mengekalkan perkataan “memetik”, kami mencadangkan slogan KEMBARA SUFI MEMETIK REDA ILAHI dibetulkan kepada KEMBARA SUFI MEMETIK KEREDAAN ILAHI kerana lazimnya perkataan “memetik” akan diikuti dengan kata nama, contohnya memetik pandangan, memetik titah, memetik laporan, memetik ayat dan memetik kenyataan.Tatabahasa27.07.2018
PROGRAM KEMBARA BAHASA Aminur Ariffan Aug 30th, 9:08am alamak encik,,,tarikh tutup pada 31 ogos...huhuhu...boleh lagi tak nak join??uhuhu...boleh dilonggarkan tak ? Aminur Ariffan Aug 30th, 9:09am boleh kami buat rayuan?huhu..Sila hubungi urus setia program Kembara Bahasa pada nama dan alamat yang tertera pada makluman tersebut. Berkemungkinan masih ada peluan untuk tuan turut serta dalam program tersebut.Lain-lain30.08.2014
Aminur Ariffan Aug 28th, 8:24pm Salam DBP...bila ye kembara bahasa tahun 2014? Sya berharap sangat dapat join...last sya join tahun 2001...klau boleh sya nak sertai..Assalammualaikum WM WBT Saudara, program Kembara Bahasa akan berlangsung dari 10 hingga 15 Oktober 2014. Saudara boleh mendapatkan boriag penyertaan dengan melayari laman web www.dbp.gov.myLain-lain28.08.2014
Pemergian Sultan Johor dalam programm Kembara Mahkota ke kawasan pedalaman itu amat dihargai oleh penduduk di situ. Adakah ayat ini betul?Ayat yang betul ialah Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor mencemar duli ke kawasan pedalaman itu untuk bersama-sama dalam program Kembara Mahkota Johor amatlah dihargai oleh penduduk di situ.Tatabahasa01.11.2021
Sallehuddin Ibrahim Jul 10th, 10:22am Salam, Saya berminat menyertai program Kembara Bahasa 2015 dan mencadangkan Taiping dipilih oleh penganjur sebagai lokasi / laluan peserta Zon Tengah. Siapakah yang dilantik sebagai pengarah program KB2005 dan sudahkah pihak penganjur /urus setia menghubungi pihak negeri PerakTuan, boleh menghubungi Ketua Bahagian Sistem Maklumat, Tuan Haji Sulaiman bin Kaiat yang bertanggungjawab dalam ehwal Kembara Bahasa 2015. Beliau boleh dihubungi melalui e-mel sulaiman@dbp.gov.my.Lain-lain10.07.2015
123

Kembali ke atas