Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; mengembara pergi ke mana-mana (dgn tidak tetap tempat kediaman dan tidak tentu pula tempat yg ditujui), bertualang, menjelajah: bertahun-tahun ia ~ dr sebuah negara ke negara lain; mengembarai mengembara (menjelajah) di: ~ negara-negara Asia; pengembaraan 1. perihal (perbuatan) me­ngembara: cerita yg mengisahkan ~ seorang putera raja; 2. tempat mengembara, tempat yg dijelajahi; pengembara orang yg mengembara: David Livingstone ialah seorang ~ yg terkenal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; mengembara pergi ke mana-mana; menjelajah: Mereka akan ~ ke negara itu. Bagaimanakah caranya manusia ~ sebelum ada kenderaan? mengembarai mengembara di; menjelajahi: Mereka berazam utk ~ seluruh dunia. pengembaraan perbuatan atau hal mengembara: ~ beliau ke Kutub Selatan hampir-hampir gagal. pengembara orang yg mengembara; penjelajah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kembara
Kata Terbitan : mengembara, mengembarai, pengembaraan, pengembara,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEMBARA BAHASAacara kemuncak Bulan Bahasa dan Sastera Negara yang diperkenalkan pada tahun 2000.BAHASAKonsep
CEK KEMBARA UMUM 
DURRELL, LAWRENCE

Durrell, Lawrence (1912–1990) ialah penulis

novel Inggeris, penulis kembara, dan penyair. Dia

ialah abang kepada Gerald Durrell. Lawrence

Durrell menjadi terkenal kerana siri empat buah

novelnya yang dikenali sebagai The Alexandria

Quartet.

UMUM 
SUMBER SEISMIKProgram pemetaan struktur geologi dengan menggunakan gelombang seismik yang dihasilkan melalui punca buatan dan mengkaji masa kembara gelombang seismik yang terpantul atau terbias akibat perbezaan inpedans akustik di setiap sempadan antara lapisan batuan di dalam bumi. Masa ketibaan gelombang di permukaan bumi boleh ditukar kepada kedalaman dan ini akan menunjukkan gambaran struktur dan kedudukan lapisan batuan di bawah permukaan bumi.KEJURUTERAANKaedah
AMBLER, ERIC

Ambler, Eric (1909–1998) ialah pengarang

British yang menjadi terkenal dengan novelnya

yang ditulis dengan baik tentang komplot dan

kembara antarabangsa. Dia juga menulis skrip

untuk filem. Novel Ambler termasuk A Coffin for

Dimitrios (1939), Journey into Fear (1940), The

Light of Day (1963), The Levanter (1972), dan The

Care of Time (1981).

UMUM 
MINSTREL

Minstrel ialah istilah yang digunakan dengan

meluas untuk merujuk kepada penghibur

profesional yang terkenal di Eropah semasa Zaman

Pertengahan. Minstrel terdiri terutamanya daripada

penyanyi dan pemuzik, tetapi terdapat juga

penglipur lara, penjugel, badut, dan ahli akrobat.

Penghibur kembara ini dikenali dengan pelbagai

nama di pelbagai negara. Mereka dikenali sebagai

troubadour dan jongleur di Perancis, minnesinger

di Jerman, skald di Scandinavia dan bard di Ireland.

Penyanyi kembara Inggeris yang awal dinamakan

scop . Nama minstrel kemudiannya digunakan

untuk penyair-pemuzik England.

UMUM 
ALBATROS

Albatros ialah nama bagi mana-mana satu

daripada beberapa jenis burung laut yang besar.

Albatros terdapat di hampir semua lautan, kecuali di

Lautan Atlantik Utara. Albatros yang paling dikenali

ialah albatros kembara di laut sebelah selatan.

UMUM 
SENI LAKON

SENI LAKON, semua bentuk seni persembahan yang dilakonkan sama ada di atas pentas, melalui radio, televisyen atau filem.  Oleh itu wayang kulit, makyung, bangsawan, randai, waang wong, purbwara, sandiwara atau citawara, boria, tablo, menora dan teater, semuanya tergolong sebagai seni lakon. Seni lakon bertunjangkan elemen cerita yang dipersembahkan dengan unsur dramatik, iaitu mengandungi elemen konflik, suspens, kembara, silat, nyanyian, tarian, muslihat, dan sebagai daya tarikannya dibantu dengan alat set dan prop serta alat muzik, busana dan tatarias.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan

Kembali ke atas