Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; mengembara pergi ke mana-mana (dgn tidak tetap tempat kediaman dan tidak tentu pula tempat yg ditujui), bertualang, menjelajah: bertahun-tahun ia ~ dr sebuah negara ke negara lain; mengembarai mengembara (menjelajah) di: ~ negara-negara Asia; pengembaraan 1. perihal (perbuatan) meĀ­ngembara: cerita yg mengisahkan ~ seorang putera raja; 2. tempat mengembara, tempat yg dijelajahi; pengembara orang yg mengembara: David Livingstone ialah seorang ~ yg terkenal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; mengembara pergi ke mana-mana; menjelajah: Mereka akan ~ ke negara itu. Bagaimanakah caranya manusia ~ sebelum ada kenderaan? mengembarai mengembara di; menjelajahi: Mereka berazam utk ~ seluruh dunia. pengembaraan perbuatan atau hal mengembara: ~ beliau ke Kutub Selatan hampir-hampir gagal. pengembara orang yg mengembara; penjelajah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kembara
Kata Terbitan : mengembara, mengembarai, pengembaraan, pengembara,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hiking traildenai kembaraLandskapTiadaLaluan kecil dalam kawasan rekreasi untuk kegunaan aktiviti kembara. Sinonim jalur kembara.
adventure tractjalur kembaraLandskapTiadaLorong yang terdapat dalam taman kembara dan mempunyai pelbagai halangan dan unsur- unsur kembara seperti titian berantai, jambatan gantung dan sebagainya. Sinonim denai kembara.
postal travellers' chequecek kembara posPentadbiran PerniagaanTiadaCek kembara yang dikeluarkan oleh pentadbiran pos untuk digunakan ketika berada di luar negara.
postal travellers' cheque bookbuku cek kembara posPentadbiran PerniagaanTiadaBuku yang mengandung cek kembara pos.
TPO (travelling post office)TPO (pejabat pos kembara)Pentadbiran PerniagaanTiadaCap pos yang digunakan ke atas mel yang dikendalikan oleh pejabat pos kembara.
adventurekembara; pengembaraanKesusasteraanTiadaPengalaman atau peristiwa yang luar biasa dan berbahaya.
adventurekembara; pengembaraanPendidikanTiadaTiada
adventurekembara; duga niagaEkonomiTiadaTiada
hikingkembaraPelanconganTiadaAktiviti menjelajah dengan berjalan kaki sambil menikmati keindahan alam semula jadi.
junketpertunjukan kembaraKejuruteraanTiadaTiada
123456

Kembali ke atas