Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.me.la.yuan] | کملايوان

Definisi : ciri atau sifat yg memperlihat­kan keperibadian orang Melayu: suasana kampung yg masih terikat erat dgn tradisi dan adat-istiadat ~nya; golongan yg mahu unsur ~ diutamakan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.me.la.yuan] | کملايوان

Definisi : sifat atau ciri yg menunjukkan keperibadian Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kemelayuan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana betul, ke-Melayuan atau keMelayuan.

Saudara,

Ejaan yang betul ialah kemelayuan

Ejaan21.12.2009
Boleh saya dapatkan istilah-istilah berbentuk kemelayuan yang terdapat di dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.

Untuk makluman saudara belum ada senarai khusus yang membicarakan tentang istilah-istilah kemelayuan dalam kamus, sila rujuk kamus dengan terperinci (menyemak entri satu per satu) untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.

Lain-lain05.04.2010
Mengikut formula, tanda sempang (-) perlu diletakkan dalam situasi huruf kecil bertemu dngan huruf besar. Bagaimanakah tulisan yang tepat bagi perkataan ini: ke-Melayuan atau kemelayuan. Ini kerana `M' pada perkataan Melayu itu nama khas. 2. Bagaimana pula dengan awalan `pro' seperti `pro-Amerika' atau `proamerika'?Salam sejahtera,

Tuan,

1. Ejaan yang betul ialah kemelayuan

2. Pro ialah awalan asing, apabila bertemu dengan kata nama am hendaklah disambungkan dan apabila bertemu dengan kata nama khas perlu dibubuh tanda sempang. Ejaan yang betul ialah "pro-Amerika"

Sekian, terima kasih.

Tatabahasa20.12.2017
maksud lain bagi stesyen,zon.bagi mengambarkan satu kawasan lingkungan.lebih kemelayuan.macam nama stesyen tv.Maksud stesen ialah tempat, iaitu tempat yang mempunyai peralatan khas untuk memberikan sesuatu perkhidmatan atau menjalankan aktiviti tertentu. Manakala zon bermaksud kawasan yang mempunyai sifat tertentu untuk tujuan tertentu. Ungkapan yang lazim ialah stesen televisyen.Makna02.11.2009
Salam sejahtera. Tuan/Puan, Saya telah melampirkan soalan saya. Terima kasih.Kecinaan bermaksud mempunyai sifat atau ciri-ciri orang Cina, kearaban bermaksud mempunyai sifat atau ciri-ciri orang Arab, kemelayuan juga bermaksud mempunyai sifat atau ciri-ciri orang Melayu. Maka ketiga-tiga kata ini ialah kata adjektif. Jika ada pandangan lain yang menolak pandangan ini, kami akan kemukakan kepada mereka yang ahli khususnya penyusun buku Tatabahasa Dewan. Kami menerima pakai rumus yang termaktub dalam buku Tatabahasa Dewan tentang apitan ke...an dan jenis kata yang terhasil daripadanya.Tatabahasa29.01.2014
Bagaimanakah bentuk ejaan perkataan berikut apabila menerima imbuhan di-...-kan atau meN-...-kan? 1. Rusia 2. Amerika 3. Melayu 4. Cina 5. Islam 6. Buddha Perkataan di atas melibatkan terjemahan yang tidak menerima huraian sebagai padanan (contoh huraian: dijadikan bersifat Rusia, dianutkan dengan agama Buddha dsb). Sekian, terima kasih. Qiu SyahApabila nama bangsa,suku bangsa dan bahasa daripada kata dasar kepada kata terbitan, nama tersebut tidak lagi ditulis dengan huruf besar. Contohnya, kemelayuan, kemalaysiaan, kecina-cinaan, keinggeris-inggerisan, penjawaan, pemelayuan dan memelayukan.Tatabahasa14.06.2013
apakah bezanya bumiputera dng melayuKamus Dewan menakrifkan bumiputera ialah anak tulen dari sesebuah negara; atau disebut juga peribumi. 

Manakala Melayu ialah nama suatu bangsa dan bahasa (ter­utama di Semenanjung Malaysia); masuk ~ a) mengikut cara hidup orang Melayu; b) masuk Islam; memelayukan menterjemahkan ke dlm bahasa Melayu, menjadikan bersifat atau menunjukkan ciri-ciri bahasa Melayu: ~ isti-lah ilmiah; kemelayuan ciri atau sifat yg memperlihat­kan keperibadian orang Melayu: suasana kampung yg masih terikat erat dgn tradisi dan adat-istiadat ~nya; golongan yg mahu unsur ~ diutamakan; pemelayuan perihal (perbuatan dsb) meme­layukan: ~ istilah.
Walau bagaimanpun untuk aspek yang lebih teknikal saudara perlu merujuk sumber yang sahih seperti Perlembagaan Persekutuan untuk memperincikan maksud bumiputera dan Melayu.
Tatabahasa28.11.2012
Salam sejahtera buat tuan, Saya cuma ingin bertanya mengenai beberapa kemuskilan yang selalu mengelirukan saya. Betulkah perkataan daripada kata abjektif tidak boleh ditambah dengan imbuhan di...kan? contohnya, dibesarkan, diperkasakan dll. Bolehkah tuan memberikan beberapa contoh untuk rujukan saya. Keprihatinan tuan untuk menjawab soalan saya, saya dahului dengan ucapan terima kasih.Dalam buku Tatabahasa Dewan, apitan yang membentuk kata adjektif terbitan ialah ke-...-an, contohnya kedinginan, kemelayuan. Tidak ada contoh apitan di-...-kan untuk kata adjektif.Tatabahasa05.09.2008
Slm,tuan,saya ingin bertanya 2 soalan 1.perkataan "baju melayu" ditulis dgn huruf besar pada huruf m.sedangkan baju melayu merupakan nama pakaian,bukan nama kaum. 2. Perkataan Melayu, Cina & India perlu ditulis dengan huruf besar pada mana2 kedudukan sekalipun.boleh atau tidak saya gunakan hujah iniBaju Melayu ditulis dengan huruf besar kerana baju tersebut dikategorikan sebagai kata nama khas bagi pakaian tersebut. Huruf besar digunakan sebagai huruf pertama nama bangsa, suku bangsa dan bahasa.

Walau bagaimanapun, apabila nama bangsa, suku bangsa dan bahasa dijadikan kata dasar kepada kata terbitan, nama tersebut tidak lagi ditulis dengan huruf besar. Contohnya, kemelayuan, penjawaan serta memelayukan.
Tatabahasa11.09.2013
Salam tuan, apakah maksud etos dan contohnya dalam masyarakat?

Dalam Kamus Dewan Perdana, etos bermaksud:

 etos n ciri, sikap dsb yg khusus bagi sst bangsa, budaya, era dsb.

Antara contoh ayat yg terdapat dalam Korpus DBP:

1.    1. Sebagai orang yang terlatih dalam bidangnya, wartawan juga mempunyai etos dan tanggungjawab tertentu.

2.    2. Kita harus berusaha mengekalkan etos perkhidmatan cemerlang.

3.    3. Kehalusan budaya dan adat inilah yang membentuk etos kemelayuan.

Semoga jawapan ini dapat memberi pencerahan kepada tuan. 

Terima kasih.



Makna05.03.2023
12

Kembali ke atas