Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.me.lut] | کملوت

Definisi : 1. keadaan yg genting atau berbahaya (bkn penyakit terutama penyakit demam); ~ naik keadaan penyakit yg makin genting atau berat; ~ turun keadaan penyakit yg beransur pulih; 2. keadaan atau saat yg genting atau berbahaya (bkn ekonomi, politik dsb), kegen­tingan, krisis: masyarakat harus dibimbing utk membuat keputusan sendiri apabila menghadapi konflik dan ~ dlm kehidupan; masa ~; ~ ekonomi krisis ekonomi; berkemelut berada dlm kemelut, mengalami kemelut: membiarkan mereka ~ mencari-cari simbolisme retorik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kemelut (kata nama)
Bersinonim dengan keadaan bahaya, kegentingan, krisis, ketegangan, keributan;,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
DEFINISI KEMELUT,DEFINISI KEMELUT ALAM SEKITAR,EKONOMI,SOSIALUntuk melihat makna perkataan layari www.prpm.dbp.gov.my dan taipkan perkataan yang hendak dicari di ruangan Carian Spesifik seperti makna kemelut boleh dilihat di kemelut">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kemelut.Makna08.02.2012
APAKAH KESALAHAN PENGGUNAAN KATA ATAU ISILAH DAN KESALAHAN TATABAHASA YANG TERDAPAT DALAM AYAT DI BAWAH : Walaupun berhadapan di atas kemelut ekonomi global namun aliran kredit di negara ini terus berkembang kerana sikap pengguna yang bijak berbelanja TERIMA KASIHWalaupun berhadapan di atas kemelut ekonomi global namun aliran kredit di negara ini terus berkembang kerana sikap pengguna yang bijak berbelanja. Penggunaan perkataan "di atas" adalah tidak tepat dan digantikan dengan kata "dengan", dan ayat ini menjadi Walaupun berhadapan dengan kemelut ekonomi global namun aliran kredit di negara ini terus berkembang kerana sikap pengguna yang bijak berbelanja. Tatabahasa07.10.2010
Apakah perbezaan antara tolong-bertolong, tolong-menolong, bertolong-tolong dengan bertolong-tolongan dari segi penggunaan?Contoh:Kita seyogianya bertolong-tolongan supaya kemelut ini dapat ditangani.Ayat ini betul?
Ayat di atas betul. 

Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, perkataan tolong-bertolong, tolong-menolong, bertolong-tolong dan bertolong-tolongan mempunyai maksud yang sama, iaitu saling menolong (memberikan bantuan dalam bentuk tenaga, wang, kepakaran dan sebagainya). Oleh itu, perkataan-perkataan ini boleh digunakan mengikut konteks ayat yang bersesuaian dengan maknanya.
Makna04.10.2021
Berdasarkan konteks ayat,“berdepan dengan” dan “untuk”adalah salah atau betul?Saya ada mengelirukan penggunaan rangkai kata itu yang diberikan oleh mereka.Penggunaan yng betul “berdepan dengan” akan menjadikannya “berdepan pada” atau penggunaan yang lain ? Kedua-dua kumpulan tersebut sukar untuk kembali pulih selepas berdepan dengan kemelut kewangan.Penggunaan "berdepan dengan" dalam contoh ayat yang diberikan betul.Tatabahasa15.08.2021
Apakah maksud ayat ini?Bagaimanakah pertukaran makna ayat menjadi ayat lain tetapi makna ayat sama dengan ayat ini. "Jadi, secara tidak langsung kumpulan T20 akan cepat pulih sekiranya bankrap. Berbeza dengan B40 dan M40 yang tidak mempunyai aset," katanya ketika dihubungi Sinar Ahad.Apa yang dapat kami fahami, ayat ini bermaksud, sekiranya diisytiharkan bankrup, kumpulan T20 lebih cepat pulih daripada kemelut ekonomi kerana kumpulan T20 mempunyai liabiliti yang perlu diurus berbanding dengan kumpulan B40 dan M40.Tatabahasa15.08.2021
Salam,Tuan/Puan,bolehkah saya tahu apakah kesalahan bahasa dan kesalahan tatabahasa dalam ayat yang diberikan di bawah?Terima kasih Masalah dan Hal yang berlakunyav banyak kejadian dalam masa terkini.Mereka kekurangan saling bekerjasama menjalankan tugasan yang diberikan.Tempat yang kita tinggal dan tingkat Blok seperti Taman Cheng Mutiara.Seorang yang menghasilkan tugasan kepada orang lain seperti jirantetangga atau kita.Mungkinlah jiran tetangga bersikap malas mengimplementasikan tugasan yang diberikannya.Merekka berasa tindakan ini amat memboroskan dan membuang masa yang pulau di batu.Mereka akan mencari alasan yang banyak seperti seribu alasan untuk mengelakkan menjalankan tindakan dan tugasan tersebut.Pengendalian Blok itu akan mendapat wang yang ditentunya.Mereka seyogia mendapat wang bahkan bukan mewujudkan keamanan dan keharmonian dalam kehidupan seharian.Kita perlulah bertanggungjawab menanggung segala bebanan yang didatangnya.Sikap bertanggungjawab dapat menampilkan kebolehan dan keampunan diri untuk menangani kemelut diri sendiri.Kita juga boleh bergotong-royong dengan jiran tetangga untuk menambahkan saling memahami untuk membantu mereka pada bila-bila masa.Aktiviti bergotong-royong haruslah kita meluangkan masa yang terluang.Dengan berbuat demikian,kita bukan saahaja dapat saling memahami bahkan juga boleh membersihkan kawasan di sekeliling kita.Ayat yang diberikan tidak begitu jelas, mengelirukan, tidak difahami dan mempunyai banyak kesalahan. Antara kesalahan tersebut ialah:
  1. Dari segi tatabahasa
  2. Tanda baca yang digunakan tidak betul
  3. Wujudkan ketidaksinambungan antara ayat
  4. Kesalahan ejaan
  5. Pemilihan perkataan yang tidak betul

Berikut merupakan ayat yang telah dibetulkan:

Terdapat banyak masalah yang berlaku pada masa kini. Mereka kurang bekerjasama dalam menjalankan tugasan yang diberikan. Seseorang itu perlu melaksanakan tanggungjawab sebagai jiran tetangga. Mungkin terdapat segelintir jiran tetangga yang bersikap tidak peduli terhadap tugasan yang diberikan. Mereka merasakan tindakan ini seperti membuang masa sahaja. Mereka akan mencari pelbagai alasan untuk mengelakkan diri daripada melakukan tugasan tersebut. Pengurusan blok akan mendapat wang yang ditetapkannya. Mereka seharusnya memperoleh wang dan bukannya mewujudkan kemananan dan keharmonian dalam kehidupan seharian. Kita perlulah bertanggungjawab dan sanggup menanggung segala beban yang akan dihadapi. Sikap bertanggungjawab dapat menampilkan kebolehan dan kemampuan diri untuk menangani kemelut hidup. Kita juga boleh bergotong-royong dengan jiran tetangga untuk memupuk sifat saling memahami dan saling membantu. Kita perlu meluangkan masa untuk melakukan aktiviti bergotong-royong. Dengan berbuat demikian, kita bukan sahaja dapat memupuk sikap saling memahami bahkan dapat memastikan kawasan sekeliling kita sentiasa bersih.

Penyemakan dan penterjemahan08.07.2021
Ayat yang diberikan oleh orang lain.Apakah cara membetulkan kesalahan bahasa.Bolehkah saya tahu akan kesalahan bahasa dalam ayat yang di bawah? Selanjutnya,kita tidak boleh menyusahkan orang lain apabila kita mengalami sesuatu kejadian dalam kehidupan seharian.Impaknya,hubungan jiran tetangga akan menjadi salah satu benteng yang menebal untuk menuju ke arah kebaikan dari segi ekonomi negara.Kita dapat meningkatkan taraf kehidupan diri sendiri yang lebih baik.Melihat kepada senario masyarakat kontemporari,mereka akan memodifikasi perangai yang negatif untuk mewujudkan hidup yang aman dan sejahtera.Maka,tidak dapat disangkal bahawa punca-punca lunturnya semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat ialah mereka kekurangan saling bekerjasama menjalankan tugasan yang diberikan.Menyoroti skop perbincangan yang seterusnya,negara tidak memainkan peranan yang signifikan untuk memajukan dan mewujudkan kemakmuran di negara kita.Kemakmuran didefinisikan perihal makmur antara negara kita dengan negara lain.Hal ini dikatakan demikian kerana negara kita sering bergantung diri untuk menangani kemelut yang didatangkan dari segi perniagaan.Negara lain dengan negara kita tidak bekerjasama untuk menjalankan perniagaan yang besar untuk membina hubungan kejiranan.Jadilah,tingkah laku dan tindakan kerajaan akan diteladani oleh rakyat jelata dan penduduk-penduduk.Kerajaan hanya menjaga nama dan imej diri sendiri untuk meningkatkan impak yang baik kepada penduduk-penduduk.

Di samping itu, kita tidak boleh menyusahkan orang lain apabila kita mengalami sesuatu kejadian dalam kehidupan seharian. Impaknya, hubungan jiran tetangga akan renggang.

Melihat kepada situasi masyarakat kontemporari, mereka mengubah perangai yang negatif untuk mewujudkan hidup yang aman dan sejahtera.

Maka, tidak dapat disangkal bahawa punca-punca lunturnya semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat ialah kurangnya kerjasama dalam melaksanakan kehidupan seharian.

 

(Kemakmuran didefinisikan perihal makmur antara negara kita dengan negara lain. Hal ini dikatakan demikian kerana negara kita sering bergantung diri untuk menangani kemelut yang didatangkan dari segi perniagaan. Negara lain dengan negara kita tidak bekerjasama untuk menjalankan perniagaan yang besar untuk membina hubungan kejiranan. Jadilah, tingkah laku dan tindakan kerajaan akan diteladani oleh rakyat jelata dan penduduk-penduduk. Kerajaan hanya menjaga nama dan imej diri sendiri untuk meningkatkan impak yang baik kepada penduduk-penduduk.) - Ayat ini perlu dibaiki dari segi fakta. Mohon betulkan tatabahasa dan makna) 



Mohon puan banyak membaca surat khabar berbahasa Melayu untuk memantapkan lagi penggunaan bahasa Melayu. Puan bolehlah merujuk prpm.dbp.gov.my untuk carian makna. Pihak kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak tatabahasa bagi tugasan karangan.

Harap maklum.  
Tatabahasa08.07.2021
Bagaimanakah hendak membezakan penjuru dan tepi?Untuk membezakan kata penjuru dan kata tepi, anda perlu tahu makna yang terkandung dalam kata tersebut. Sila fahami takrif kedua-dua kata ini seperti yang terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) di bawah:

penjuru 1 kata nama
1 tempat bertemunya dua garisan, sisi atau permukaan; sudut.
Contoh penggunaan:
Dia mengambil talam yang terletak di penjuru meja.
Kertas itu dicampakkannya ke dalam bakul sampah yang terletak di penjuru bilik.

2
tempat yang paling hujung dan terpencil di sesebuah kampung, negeri dan sebagainya; ceruk.
Contoh penggunaan:
Bangunan pencakar langit dan hutan batu memenuhi setiap penjuru bandar raya.

3
bahasa kiasan
ruang dalam fikiran, hati dan sebagainya:
Contoh penggunaan:
Kemelut yang berlegar-legar di penjuru fikirannya membuatkan dia gelisah.
Kata-kata itu tertancap terus ke penjuru hatinya.

tepi kata nama
1 bahagian bidang, permukaan dan sebagainya yang di luar sekali.
Contoh penggunaan:
Bahagian tepi kain dikemas dan dikelepet bertindih.
Salutkan permukaan dan tepi kek dengan krim mentega.

2
bahagian yang terletak di kiri atau di kanan seseorang atau sesuatu:
Contoh penggunaan:
Hanya bunyi kiut gerakan dayung dan tamparan ombak memukul tepi perahu.

3 tempat atau kawasan berhampiran dengan dinding, sawah, air laut dan lain-lain.
Contoh penggunaan:
Ramai juga yang membuat khemah dan unggun api di tepi pantai.
Mereka berehat melepaskan lelah di tepi sawah.

4 sempadan di antara satu dengan yang lain:
Contoh penggunaan:
tepi hutan; tepi kota; tepi langit;

5 sesuatu yang dipasang pada pinggir baju, kain dan lain-lain supaya tidak retas:
Contoh penggunaan:
Tiba-­tiba kakinya tersadung tepi permaidani.
tepi langsir;

6 Matematik garisan yang menyambungkan satu poligon atau yang menemukan dua muka dalam pepejal tiga dimensi, misalnya kuboid mempunyai 12 tepi dan piramid bertapak sisi empat mempunyai 8 tepi.

Setiap kata mempunyai makna yang tertentu mengikut konteks dan penggunaannya.

Untuk carian pantas berkaitan kata dalam bahasa Melayu, sila layari prpm.dbp.gov.my.

Makna19.09.2023
saya memerlukan Jurnal berkaitan dengan latihan dan pembangunan dalam sumber manusia.

Sila rujuk bahan ini :

Mengharmonikan perancangan dan pembangunan sumber manusiaNasrudin MohammedDewan Ekonomi 01/03/1996Terperinci
 Pembangunan sumber manusiaMohd. Mokhtar Abu BakarDewan Masyarakat 01/05/1996Terperinci
 Pembangunan sumber manusia dan cabaran masa depanHasnah AliDewan Ekonomi 01/07/1996Terperinci
Pembangunan sumber manusia di MalaysiaKassim ThukimanDewan Budaya 01/02/1997Terperinci
Pembangunan sumber manusia pemangkin ekonomi (diwawancara olehTajulddin Muhammad)Kong How KooiDewan Ekonomi 01/08/1996Terperinci
Strategi pembangunan sumber daya manusia menghadapi abad ke 21Nik Mustapha Nik HassanDewan Ekonomi 01/01/1995Terperinci
Strategi pembangunan sumber manusia dalam kemelut ekonomiZaini UjangDewan Masyarakat 01/04/1998Terperinci

Lain-lain24.07.2008

Kembali ke atas