Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.men.te.rian] | کمنترين

Definisi : 1. jabatan kerajaan yg diketuai oleh menteri: K~ Pendidikan; 2. bangunan bagi jabatan kerajaan, pejabat menteri; 3. jawatan menteri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.men.te.rian] | کمنترين

Definisi : 1 urusan atau jabatan yg dipegang oleh menteri: ~ Kesihatan. 2 pejabat menteri. 3 jawatan menteri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud frasa berikut: 1.Rancangan pembangunan pendidikan. 2.Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. 3.Dasar Pendidikan Kebangsaan. 4.Rancangan Malaysia. 5.Pendidikan Tertiari. 6.Aspirasi negara. 7.Modal insan

Saudara boleh merujuk Jabatan Pelajaran, Kementerian Pendidikan atau kementerian-kementerian yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat berkenaan atau buku-buku yang berkaitan. 

7.  Modal insan bermaksud sumber intelek yang ada pada diri setiap manusia. Ia menunjukkan seseorang yang berkemahiran, berilmu, berpengetahuan dan mampu menyumbang kebaikan kepada dunia hari ini. Modal insan merupakan sumber yang penting dalam membangunkan sesebuah negara. Personaliti unggul pula bermaksud manusia yang berhemah tinggi, ilmu pengetahuan, pencapaian, ketokohan dan keintelektualan yang tinggi. Ciri-ciri orang yang mempunyai personaliti unggul ialah seperti yang berikut: 1.Mempunyai cita-cita, semangat dan wawasan yang jitu serta sentiasa berusaha ke arah mencapai kejayaan cemerlang, demi keagungan bangsa, agama dan negara. 2.Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi, mampu memujuk, mengarah atau menggerakkan pasukan, selain berkemampuan mendengar pendapat (berlapang dada) dan membuat keputusan yang bijaksana. 3.Mahir berkomunikasi dan mempunyai pemikiran yang strategik. 4.Mempunyai daya tahan dan daya saing yang tinggi serta bersemangat waja.

Lain-lain08.11.2011
Assalamualaikum Saya ingin mendapatkan penjelasan terperinci tentang maksud rangkaikata berikut: 1. berpengetahuan mendalam 2. berkemahiran tinggi 3. berpengalaman luas 4. pakar bidang pengkhususan 5. mengamalkan nilai profesional 6. meningkatkan profesionalisme 7. pakar rujuk 8. pembimbing yang diperakui Sekian, terima kasih.Saudara boleh merujuk Jabatan Pelajaran, Kementerian Pendidikan atau kementerian-kementerian yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat terperinci berkenaan frasa di bawah. Hanya 'pakar rujuk' merupakan rangkai kata.

1. berpengetahuan mendalam
 2. berkemahiran tinggi
3. berpengalaman luas
4. pakar bidang pengkhususan
5. mengamalkan nilai profesional
6. meningkatkan profesionalisme
7. pakar rujuk - ahli (mahir, pandai sekali) dlm sesuatu ilmu dll: orang yg ~ ; 2. orang yg ahli (pandai sekali, mahir) dlm sesuatu ilmu dll: ~ ekonomi; ~ kewangan; ~ tanaman; ~ runding pakar (dlm sesuatu bidang atau ilmu pengetahuan) yg dirujuk atau dirunding utk melaksanakan atau menyelesaikan sesuatu
 8. pembimbing yang diperakui
Tatabahasa04.10.2012
Salam, saya ingin bertanyakan penggunaan huruf besar. Adakah semua nama kementerian ditulis dengan huruf besar walaupun tidak disertai oleh 'Malaysia' di hujungnya? Contohnya Kementerian Kesihatan, jika istilahnya dieja penuh 'Kementerian Kesihatan Malaysia' sememangnya menggunakan huruf besar. Tetapi, jika nama kementerian sahaja yang digunakan bagaimana? Istilah lain yang berkaitan biasanya ditulis huruf kecil seperti jabatan perhutanan, jabatan pemasaran. Sekian, terima kasih.

Sekiranya "Kementerian Kesihatan" dalam konteks yang dimaksudkan memang merujuk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, huruf besar digunakan kerana nama ini ialah nama khas dan tidak ada Kementerian Kesihatan lain di Malaysia. Sekiranya perkataan "kementerian"  sahaja digunakan dan tidak merujuk kepada mana-mana kementerian yang khusus, huruf kecil digunakan kerana perkataan ini bukan nama khas. Begitu juga dengan nama "jabatan perhutanan" dan jabatan pemasaran". Penggunaan huruf besar atau huruf kecil bergantung pada konteks penggunaan, sama ada dalam konteks tersebut merujuk kepada  satu jabatan tertentu atau secara umum.

Ejaan09.12.2013
Salam Penggunaan 'di' untuk tempat fizikal dan abstrak. Saya musykil untuk menggunakannya pada ayat yang berikut: Unit itu berada di bawah Kementerian/bawah kementerian. Terima kasih atas jawapan.Salam,

Untuk makluman, kata sendi "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Akan tetapi, tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menerangkan waktu, masa atau zaman. Sehubungan dengan itu, ayat yang tepat "Unit itu berada di bawah Kementerian XXX."
Tatabahasa05.01.2017
Kementerian saya telah menukar nama bahagian dari Bahagian Penguatkuasa ke Bahagian Enforcement. Adakah dibenarkan untuk menggunakan bahasa rojak sebegini di pejabat Kerajaan?Frasa nama yang betul ialah Bahagian Penguatkuasaan dan istilah ini telah mantap dan banyak digunakan di jabatan-jabatan kerajaan seperti di pihak berkuasa tempatan. Seperti yang tuan sedia maklum penggunaan frasa Bahagian Enforcement adalah salah salah dari segi struktur bahasa Melayu kerana adanya percampuran bahasa (bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam satu frasa). Pejabat kerajaan termasuklah dalam dokumen dan penamaan hendaklah menggunakan bahasa Melayu yang betul.Lain-lain24.02.2014
Kementerian Pertahanan akan membeli beberapa buah pesawat tempur untuk memperkukuh sistem (ketahanan,pertahanan) udara. munsyi, saya kekeliruan mengapa jawaban yang diberikan ialah pertahanan? apakah jawaban yang sebanarnya, TQSistem pertahanan negara betul kerana pertahanan bermaksud hal mempertahankan atau menjaga keselamatan, sedangkan ketahanan bermaksud keadaan tahan atau kuat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kamus dan bezakan maksud kedua-dua perkataan tersebut.Tatabahasa25.03.2012
Kementerian ini akan menggunapakai slogan tambahan iaitu "KUASA PENGGUNA : 1 PENGGUNA 1 SUARA" dalam semua surat rasmi. Persoalan saya ialah, slogan "1 PENGGUNA 1 SUARA", sama ada dirapatkan atau dijarakkan. Contoh: "1PENGGUNA 1SUARA" atau seperti di atas. Terima kasih.Dari segi tatabahasa, hendaklah dijauhkan menjadi 1 Pengguna 1 Suara.Tatabahasa19.11.2009
"Majlis itu dilaksanakan di bawah SOP" atau "Majlis itu dilaksanakan bawah SOP." Umum kita tahu di menyatakan kedudukan fizikal dan bukan abstrak. Bagaimana pula dengan frasa "di bawah Kementerian"?Dalam konteks  di bawah kementerian, perkataan kementerian ialah kata nama institusi konkrit yang wujud secara fizikal. Contoh lain seperti di bawah jabatan, di bawah fakulti, di bawah seksyen, di bawah batalion dan lain-lain.Tatabahasa23.09.2020
selamat petang.boleh saya tahu apakah kementerian yang bertangungjawap dalam mengendalikan piagam pelanggan ini?

Pigam Pelanggan DBP adalah tanggungjawab dan dikendalikan oleh DBP sendiri.  Sebagai makluman semua kementerian mempunyai piagam pelanggan mereka yang tersediri.  Tidak ada satu kementerian khas yang  bertanggungjawab/ mengendalikan  piagam pelanggan di setiap kementerian.  Walau bagaimanpun pihak MAMPU ada mengeluarkan pekeliling  berkaitan piagam pelanggan sebagai rujukan.

Lain-lain07.03.2008
mohon penjelasan yang mana betul... timbalan menteri kesihatan,timbalan menteri kemajuan luar bandar dan wilayah atau timbalan menteri kementerian kesihatan, timbalan menteri kementerian kemajuan luar bandar dan willayah?Frasa yang betul ialah Timbalan Menteri Kesihatan dan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.Lain-lain22.12.2009
12345678910...

Kembali ke atas