Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.mes.tian] | کمستين

Definisi : 1. sesuatu yg dimestikan, ke­wajiban; 2. ketentuan, ketetapan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.mes.tian] | کمستين

Definisi : 1 sesuatu yg dimestikan; kewajipan. 2 sesuatu yg sudah ditentukan; ketentuan; ketetapan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mesti (kata tugas)
Bersinonim dengan tidak boleh tidak, wajib, perlu, hendaklah, terpaksa, jangan tidak, harus, patut, wajar, tetap, tentu;,
Kata Terbitan : semestinya, memestikan, kemestian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perbezaan antara perlu dan hendaklahPerlu bermaksud keharusan (yang tidak dapat dielakkan), atau disebut juga kemestian: perlu juga membawa pelbagai makna lain termasuklah menjadi kemestian (untuk mendapat sesuatu ), harus ada (diperoleh),  sesuatu yang dikehendaki hajat, kepen­tingan, hajat, kehendak, maksud, tujuan dan sebagainya, manakala hendaklah bermaksud tidak dapat tidak; mesti; dan patut. Untuk maklumat lanjut puan boleh layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan lihat pelbagai maksud lain yang mendukung makna kata perlu.Makna11.01.2011
Tuan, Saya difahamkan adalah menjadi satu kemestian bagi perniaga menyemak papan iklan mereka di portal dbp oleh itu saya memohon jasa baik pihak tuan untuk menyemak lampiran yg saya kepilkan di bawah kerjasama pihak tuan amatlah saya hargai. Terima kasih.Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Sila masukkan perkataan bahasa Melayu di bahagian atas untuk pengesahan DBP. Contohnya: PEJABAT URUSANLain-lain19.08.2014
tolong beri takrif atau definisi perkataan berikut: 1.alternatif 2. autentik 3.kesedaran kendiri 4.Ingin tahu(curiosity) 5.fokus 6. Inisiatif 7.Minda kelas Pertama 8.Pentaksiran 9.Jati diri1. Alternatif = 1. pilihan yg merupakan kemestian (keharusan); 2. satu pilihan antara dua kemungkinan.  2. Autentik bermaksud dapat dipercayai atau dijadikan pegangan, asli dan benar.  3. Kesedaran kendiri bermaksud kesedaran sendiri. 4. Ingin tahu bermaksud sifat ingin tahu.  5. Fokus bermaksud tumpuan perbincangan, perhatian dan sebagainya. 6. Inisiatif bermaksud daya usaha (tindakan dll) yg mula-mula. 7. Minda Kelas Pertama minda iaitu mempunyai minda tahap tertinggi, eksklusif dan terbaik. 8. Penaksiran bermaksud perihal mengira atau menghitung banyaknya sesuatu, menyangka, menelah, mengagak, mengira. 9. Jati diri ialah identiti.Makna16.09.2008
1. Bolehkah kita menjelaskan kosa kata ~"kewajiban" bermaksud sesuatu yang wajib dilakukan dalam kehidupan, manakala "kewajipan" pula bermaksud sesuatu yang tertera atau yang tertulis?Untuk makluman, kewajipan dan kewajiban membawa maksud yang sama iaitu:
 a) Sesuatu yg diwajib¬kan, kemestian, keharusan. b) Tugas (tanggungjawab) yang harus dilakukan atas perintah.
Tatabahasa01.10.2015
Saya ada kemusykilan tentang penggunaan yang betul untuk ruangan tandatangan dalam penyediaan surat-menyurat. Contoh1: (Datuk Mat bin Mohamad) Naib Presiden LMA Sdn Bhd Contoh 2: Datuk Mat bin Mohamad Naib Presiden LMA Sdn Bhd Manakah penggunaan yang tepat. Adakah meletakkan tanda kurungan satu kemestian untuk ruangan tandatangan??Nama perlu ditulis dengan huruf besar dalam tanda kurung, seperti contoh yang berikut:


(DATUK MAT BIN MOHAMAD)
Naib Presiden LMA Sdn. Bhd.

Lain-lain10.12.2012
Perkataan bareng merupakan bahasa jawa, benar? Bagaimana perkataan pinjaman dari bahasa jawa, dll boleh digunapakai dalam sastera bahasa melayu malaysia? Apakah penggunaan pinjaman sebegini menjatuhkan martabat sastera bahasa melayu? Terima kasih.Sebaiknya penggunaan bahasa pinjaman dielakkan sekiranya terdapat padanan dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks Sastera, kadangkala penggunaan bahasa pinjaman ini bertujuan mengindahkan dan mempelbagaikan variasi bahasa atau merujuk konteks sosial dan tempat. Tetapi, dalam penulisan rasmi, penggunaan bahasa Melayu standard satu kemestian.Sastera25.11.2015
1. Sila jelaskan perbezaan untuk kosa kata di bawah ini kerana sukar mendapatkan satu kepastian~'kewajiban' dengan 'kewajipan' DAN 'perburu' dengan 'pemburu'. 2. Yang manakah betul~ a. Dengan ini, adalah dimaklumkan bahawa b. Dengan ini dimaklumkan c. Adalah dimaklumkan dengan ini d. Dengan ini dimaklum bahawaPenggunaan yang betul:

1. Kewajipan dan kewajiban membawa maksud yang sama iaitu:
 a) Sesuatu yg diwajib­kan, kemestian, keharusan. b) Tugas (tanggungjawab) yang harus dilakukan atas perintah.

2. Perburu ialah orang yang berburu, manakala pemburu ialah orang yang memburu. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, halaman 115 untuk mendapatkan keterangan lanjut.

3.  Ayat yang betul ialah Dengan ini dimaklumkan bahawa…  Adalah ialah kata pemeri. Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan kata kerja atau frasa kerja. Adalah dimaklumkan (salah). Bahawa ialah kata hubung pancangan komplemen, berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama. Contohnya: Dengan ini dimaklumkan (sesuatu).  Esok Hari Raya Aidiladha. => Dengan ini dimaklumkan bahawa esok Hari Raya Aidiladha.
Tatabahasa28.09.2015
apakah perbezaan antara PERLU dan MESTI

Merujuk Kamus Dewan bermaksud tidak boleh tidak atau wajib, dan mesti juga boleh membawa maksud pasti, tentu dan patut. Contoh ayatnya, 1. Saya mesti pergi hari ini juga dan 2. Orang yang kaya tidak semestinya hidup bahagia. Perlu pula ditakrifkan sebagai keharusan (yang tidak dapat dielakkan), atau disebut juga kemestian (untuk mendapatkan sesuatu), dan perlu juga membawa maksud  harus ada (diperoleh), berguna, mustahak dan penting. Contoh ayatnya, 1. Setiap borang permohonan perlu ditandatangani oleh pemohon, dan 2. Kerjasama petani-petani adalah perlu untuk menjayakan rancangan tersebut. Kedua-dua kata tersebut membawa banyak makna, ada makna dalam kedua-dua kata tersebut sukar untuk dibezakan penggunaannya(seperti contoh ayat pertama tiap-tiap kata) dan makna yang boleh dibezakan penggunaannya (seperti contoh ayat kedua).

Makna11.01.2011
Saya ingin mengetahui agensi mana yg bertanggungjawab memperkasakan dan menguatkuasa penggunaan Bahasa Malaysia (BM). Terutamanya bagi pemgumuman atau acara promosi yg dijalankan di khlayak ramai. Didapati tiada tindakan yang sewajarnya di jalankan bagi mereka yang menggunakkan bahasa selain daripada BM & English kerana ini berlaku di IOI City Mall pada 14 Sept 2019 di mana penggunaan bahasa cina juga digunakan di kawasan yang <20% pengunjung yang memahami bahasa tersebut. Perkara yg sama juga berlaku di Lapangan Terbang Kota Kinbalu. Pada pendapat saya, hanya BM & English sepatutnya digunakan dikawasan awam memandangkan ia merupakan bahasa yang difahami oleh semua dan mengelakkan salah faham diantara kaum/ Diharap tindakan yang sewajarnya diambil bagi memastikan perkara ini dapat dibendung sebelum ia menjadi kemestian untuk setiap acara/pengumuman dilakukan dlm 3 bahasa. Terima kasihTerima kasih atas maklumat yang diberikan dan syabas atas keprihatinan tuan dalam hal memartabatkan bahasa Melayu. Kami akan membuat pemantauan terhadap perkara berkenaan dan surat teguran kepada pihak yang berkenaan termasuklah pihak berkuasa tempatan akan dikeluarkan.Lain-lain05.10.2019

Kembali ke atas