Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.mé.wa.han] | کميواهن

Definisi : perihal mewah: ia sedar bahawa kesenangan dan ~ hidup yg dirasainya itu disebabkan harta pusaka Mak Haji sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.mé.wa.han] | کميواهن

Definisi : keadaan mewah; kesenangan: Mereka bekerja keras utk mencari ~ hidup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mewah (adjektif)
Bersinonim dengan kaya-raya, makmur, senang-lenang, berlebih-lebihan, serba berlebih, lewah, melimpah-limpah, melimpah-ruah, penuh-ruah;,
Kata Terbitan : kemewahan,

Peribahasa

Keluh (kesah) tidur di kasur,
     berkeruh di lapik penjemuran.

Bermaksud :

Kemewahan ataupun kekayaan tidak selamanya membawa kebahagiaan; sebaliknya, hidup miskin ada kalanya memberi kesenangan. Berkeruh = mendengkur.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Kemewahan dalam filem remajaA. Wahab HamzahUtusan Malaysia12.09.1997
Kemewahan Melingkari PerasaanL. AnailHarian Ekspres28.12.1997
Kemewahan yang lupa daratanS. Othman KelantanMinggu Islam24.01.1986
Mengejar KemewahanMohd FilusBerita Harian01.07.1961
Tembikar lambang kemewahanOthman YatimWatan Minggu14.09.1997
Persalinan Melayu ... simbol kemewahan dan kekuasaanSahidan JaafarUtusan Malaysia18.10.1997
Pak Sako ketepikan kemewahanGhazali Ngah AziaBerita Harian15.01.2001
Kesibukan ibu bapa memburu kemewahan dalam Mendung SemalamRasbina KhairiUtusan Malaysia12.12.1983
Masyarakat Melayu yang masih pentingkan kemewahan rumah ditegurTiadaUtusan Malaysia29.01.1980

Kembali ke atas