Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kem.pa] | کمڤا

Definisi : sesuatu yg digunakan utk mengapit (menekan, memerah, dll), apitan; ~ air apitan yg dijalankan dgn kuasa air; bulu ~ sj kain drpd bulu kambing yg diapit utk dibuat topi dll; cap ~ sl meterai (tera) raja-raja Melayu zaman dahulu; mengempa mengapit, menghimpit (dgn perkakas atau dgn kedua-dua belah tangan); ~ tangan mengepal-ngepalkan tangan; ~ tebu menghimpit tebu utk mengeluarkan airnya; terkempa terapit, terhimpit, tertekan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kempa


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat petang. Adakah cap tera dan cap mohor itu membawa maksud yang sama? Ataupun cap tera untuk golongan umum manakala cap mohor itu khas untuk golongan diraja?Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, mohor bermaksud cap yang memperkenalkan sesuatu, sama maksud dengan tera. Kata tera bermaksud tanda atau cap dengan lak, timah pada surat-surat penting, manakala maksud cap tera ialah cap kerajaan, cap kempa, cap mohor.  Daripada aspek bahasa, cap mohor dan cap tera mempunyai makna yang sama.  Perbezaan yang wujud iaitu, cap mohor untuk golongan diraja wujud daripada aspek penggunaan.Makna22.08.2017

Kembali ke atas