Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
mudah (adjektif)
Bersinonim dengan senang, enteng, gampang, ringan, lancar, ringkas, kecil, lekeh, ganyir, suang, lasuh, lancar;,
Kata Terbitan : bermudah-mudah, memudahkan, mempermudah, kemudahan, pemudah,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
accommodation linekemudahan pinjamanEkonomiPerdaganganTiada
pawnbrokingrahnuEkonomiEkonomi IslamKontrak yang menjadikan sesuatu barang atau harta sebagai cagaran untuk menjamin pelunasan sesuatu hutang. Dalam kontrak ini, penggadai menyediakan cagaran untuk mendapatkan pinjaman daripada pegadai. Mengikut syarak, cagaran hendaklah diserahkan oleh penggadai kepada pegadai. Cagaran akan dijual oleh pegadai untuk melunaskan hutang sekiranya hutang itu gagal dibayar oleh penggadai setelah tamat tempoh. Kemudahan ini membolehkan penggadai memperoleh pinjaman kecemasan, pinjaman perniagaan dan pinjaman untuk pembelian input. Sinonim gadaian.
Islamic Development Bank (IDB)Bank Pembangunan Islam (IDB)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaInstitusi khusus Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang ditubuhkan pada tahun 1975 di Jeddah. Institusi ini menawarkan perkhidmatan seperti penyertaan ekuiti, pinjaman tanpa faedah dan kemudahan pajakan serta menyokong kerjasama teknikal antara negara Islam. IDB juga menyediakan bantuan kepada negara anggota yang ditimpa bencana, memberi bantuan kewangan kepada masyarakat Muslim di negara bukan anggota, dan melaksanakan tugasan khusus tentang intraperdagangan, latihan, kesihatan dan celik huruf. IDB telah berjaya melaksanakan projek-projek seperti Portfolio Perbankan Islam, Tabung Pelaburan Saham Amanah, Tabung Infrastruktur, serta Institut Penyelidikan dan Latihan Islam.
pawnshopkedai pajak gadaiEkonomiEkonomi IslamPremis yang dimiliki oleh pegadai untuk menjalankan kegiatan gadaian. Premis ini menyediakan tempat untuk penggadai menggadaikan barang gadaian, mendapatkan pinjaman, membayar upah simpan dan menebus barang gadaian. Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mensyaratkan premis ini menyediakan kemudahan peti besi dan alat pengujian. Kemudahan peti besi digunakan untuk menyimpan dan menjaga keselamatan barang gadaian, manakala alat pengujian seperti bahan kimia digunakan untuk menguji ketulenan barang gadaian.
borrowed pawned itembarang gadaian pinjamEkonomiEkonomi IslamBarang yang dipinjam oleh penggadai yang dijadikan barang gadaian. Barang tersebut boleh digadai sekiranya mendapat keizinan daripada pemiliknya. Semua harta yang memenuhi syarat barang gadaian mengikut syarak adalah sah untuk dijadikan barang gadaian pinjam. Kemudahan ini bertujuan membantu penggadai yang tidak mempunyai harta sendiri untuk mendapatkan pinjaman.

Kembali ke atas