Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.mu.da.ra.tan] | کموضرتن

Definisi : perihal atau keadaan mudarat, kerugian: dia tidak suka menurut telatah kawan-kawan yg boleh membawa ~ bagi diri-nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.mu.da.ra.tan] | کموضرتن

Definisi : 1 segala yg tidak menguntungkan; kerugian. 2 keadaan mudarat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mudarat
Kata Terbitan : kemudaratan, memudaratkan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEWAJIPAN BERJAGA-JAGA

Kewajipan berjaga-jaga. Tanggungjawab undang-undang seseorang individu untuk mengambil langkah yang munasabah bagi mengelakkan kemudaratan terhadap pihak lain.

UNDANG-UNDANGKonsep
KECUAIAN SERTAAN

Kecuaian sertaan atau kesalahan bersama ialah satu bentuk pembelaan dalam satu tindakan dalam Common Law bagi mendapatkan ganti rugi atas kecederaan atau kemudaratan yang timbul disebabkan kecuaian sesuatu pihak.

UNDANG-UNDANGKonsep
SIHIR

SIHIR, ilmu hitam untuk tujuan pembenci, pengasih dan perosak yang wujud sejak zaman dahulu di kalangan masyarakat Melayu yang menganut kepercayaan animisme dan Hindu.  Ilmu sihir dalam masyarakat Melayu muncul dalam pelbagai bentuk dan dikenali dengan pelbagai nama, antaranya termasuklah tuju, lambai semangat, pulau dan santau.  Prinsipnya sama sahaja iaitu menguasai semangat individu yang disihir dan mendatangkan kemudaratan kepada pihak yang terkena sihir.

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas