Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.mu.di] | کمودي

Definisi : 1. sj perkakas di buritan kapal (perahu) utk mengawal arah pelayarannya: manakan dapat kapal belayar kalau tidak ada ~; bam ~ = celaga ~ = tangan ~ kayu sbg pegangan atau tangkai kemudi; 2. Id alat utk memandu arah perjalanan kereta atau kapal terbang, stereng (pd kereta): Hawa memutarkan ~ kereta ke persimpangan lorong ke rumahnya; 3. ki pimpinan (persatuan, perkumpulan, dsb), teraju pemerintahan; 4. ark pusar-pusar atau lingkaran-lingkaran bulu (pd kuda); ~ bundar pusar-pusar bulu pd kuda; ~ cawat kemudi jenis yg dipakai oleh kapal-kapal Eropah; ~ sepak kemudi di sisi buritan yg bentuknya spt pengayuh (dayung); patah ~ dgn ebamnya prb tidak ada harapan lagi; berkemudi 1. mempunyai (memakai) kemudi: kapal ~, kereta berstereng; 2. memegang atau mengawal kemudi (di kapal): minta ia gantikan ~, tiadalah larat beta; ~ di haluan bergilir ke buritan = ~ ke rusuk prb perihal orang yg menurut suruhan atau nasihat isterinya (anaknya, orang bawahan­nya); mengemudikan 1. memegang kemudi utk mengatur hala perjalanan kapal (kereta, kapal terbang): Pak Kaduk membentang layar dan ~ perahunya; 2. memimpin (pertubuhan, perkumpulan, dsb), memegang teraju peme­rintahan, mengendalikan, mengurus (rumah­tangga dll): mereka bersama-sama ~ dan memajukan perkumpulan itu; mereka hidup berdua ~ rumah tangga mereka yg kecil itu; pengemudi 1. jurumudi, mualim (kapal), pemandu (kereta); 2. orang yg mengemudikan perkumpulan (pertubuhan dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.mu.di] | کمودي

Definisi : 1 perkakas (alat) pd bahagian belakang kapal atau perahu yg digunakan utk mengarahkan haluannya: Spt kapal patah ~. 2 alat utk memandu arah perjalanan kereta dll; stereng (pd kereta, kapal terbang dll). 3 ki pimpinan dlm sesuatu persatuan (perkumpulan dll); kuasa pemerintahan yg tertinggi. berkemudi memakai atau mempunyai kemudi: Kapal ~, kereta berstereng. mengemudikan 1 mengatur (menetapkan) arah pelayaran kapal, perahu dll dgn menggunakan kemudi: Jurumudi itu membentangkan layar dan ~ perahunya. 2 memimpin atau mengetuai persatuan (perkumpulan dll); mengurus; mengelolakan (rumah tangga dll): Mereka bersama-sama ~ perkumpulan itu. pengemudi 1 orang yg mengemudikan kapal (perahu dll). 2 orang yg mengemudikan atau yg mengetuai persatuan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kemudi (kata nama)
1. Dalam konteks alat
bersinonim dengan stereng, setir, setang, lesa,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan teraju, pucuk pimpinan, kuasa tertinggi, pentadbir, pengurus, penyelia, pengelola, pengendali, penyelenggara,

Kata Terbitan : mengemudikan, pengemudi,

Puisi
 

Patah kemudi di Tanjung Jati,
     Tak tahu haluan ke mana dituju;
Tersematlah wajah di lubuk hati,
     Terjalinlah kasih di lembaran kalbu.


Lihat selanjutnya...(37)
Peribahasa

Kemudi di haluan,
     bergilir ke rusuk.

Bermaksud :

Orang yang menurut nasihat atau perintah anaknya (isterinya, orang sebawahannya dan sebagainya). (Peribahasa lain yang sama makna: Berkemudi di haluan, bergilir ke buritan).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Pantun

PantunSumberTema
Kalau tuan bawa kemudi, Kemudi dibawa di tepi pantai; Kalau kenang kurang budi, Sirih layu lekat di tangkai.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Patah kemudi di Tanjung Jati, Tak tahu haluan ke mana dituju; Tersematlah wajah di lubuk hati, Terjalinlah kasih di lembaran kalbu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Patah kemudi di Tanjung Jati, Mata bertentang jantung berdebar; Tersematlah wajah di lubuk hati, Semakin ditentang semakin gementar.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sampan kolek kemudi songsang, Begitu belayar kemudiannya dulu; Badan tergolek hati mengerang, Pilu mendengar nyanyi si bisu.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Penat sudahsaya kemudi, Tidak sampai Gunung Daik; Penat sudah saya berbudi, Tidak juga dapat baik.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Jurumudi pegang kemudi, Nyiur bakul peninjau kerang; Bukan sebabnya tidak berbudi, Jangan ketara kepada orang.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Ajong landai kemudi landai, Landai mari terhirit duri; Adik pandai saya pun pandai, Jangan pula meninggi diri.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Kapal kecil kemudi kayu, Hendak belayar tanah seberang; Kain sekodi pilih sekayu, Boleh dapat cindai terbilang.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Kapal belayar kemudi dipaut, Angin datang dari hutan; Walaupun datang ajal dan maut, Hati kakanda tidak lupakan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bila lancang patah kemudi, Ke mana pergi bahaya dekat; Apabila abang sudah pergi, Ke mana lagi hamba menepat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
12345

Kembali ke atas