Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.mu.dian] | کمودين

Definisi : 1. selepas orang atau seseorang lain, selepas sesuatu waktu (kejadian dll), belakangan: orang-orang yg datang ~ tidak mendapat tempat duduk; adiknya berkahwin dahulu, dia berkahwin ~; ~ drpd selepas, sesudah; 2. belakang hari, (suatu) masa yg akan datang, kelak: perompak-perompak itu akan diberkas juga ~; fikirlah baik-baik supaya tidak sesal ~; ~ hari belakang hari, kelak; hari ~ a) = kelak ~ masa yg akan datang; b) hari kiamat; 3. = ~ drpd itu selepas (se­sudah) itu, pd suatu waktu yg lain (sesudah sesuatu kejadian dll): pasukan polis ~nya telah menemui kereta yg digunakan oleh perompak-perompak tersebut; mengemudiankan 1. meletakkan (mena­ruh, menempatkan) di belakang atau selepas sesuatu yg lain, membincangkan (mengerjakan, menyelesaikan dll) di belakang atau selepas sesuatu lain yg lebih penting dsb: kerja-kerja yg penting didahulukan dan yg kurang penting dikemudiankan; 2. menang­guhkan, menunda, mengundurkan: ~ perbincangan mengenai cadangan-cadangan itu; terkemudian selepas atau sesudah (sesuatu waktu, peristiwa, dll), (lebih) kemudian; Shahnon Ahmad muncul ~ drpd A. Samad Said; ~ sekali terakhir, akhir sekali, belakang sekali: siapa yg ~ sekali meninggalkan bilik itu?; ~ drpd kemudian drpd, selepas, sesudah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.mu.dian] | کمودين

Definisi : 1 selepas atau sesudah itu; akhirnya; kesudahannya: ~ mereka pun pulang ke rumah masing-masing. 2 sesudahnya; selepasnya: Adiknya berkahwin dahulu, dia ~. 3 pd masa yg akan datang; kelak: ~ hari masa yg akan datang. mengemudiankan melakukan sesuatu selepas (sesuatu) yg lain; menempatkan (meletakkan) sesuatu di belakang atau selepas yg lain: Dia mendahulukan kerja-kerja yg penting dan ~ kerja yg kurang penting. terkemudian di belakang sekali; terakhir: Dialah yg ~ sampai di garisan penamat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kemudian (adverba)
Bersinonim dengan selepas, kelak, kebelakangan, sesudah, akan datang, setelah, nanti, sebentar, akhir, penghujung, lambat, lewat, ketinggalan, corot, cicir;,
Kata Terbitan : mengemudiankan, terkemudian,

Puisi
 

Anak ayam turun sembilan,
     Mati seekor tinggalnya lapan;
Akan bekalan hari kemudian,
     Di dalam kubur berdinding papan.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Dulu sorak,
     kemudian tohok.

Bermaksud :

Menggembar-gemburkan sesuatu yang belum terjadi. tohok = campak buang yang diberi bertali.

 

Lihat selanjutnya...(31)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kalu[kA.lu]kata namaemping pulut yang ditumbuk halus kemudian dicampur kelapa dan gula pasir atau gula kabung.   
sata[sA.tA]kata namasejenis makanan daripada isi ikan yang dicampur dengan kelapa, kunyit, bawang, halia, serai, kemudian dibungkus dengan daun pisang, dicucuk dgn buluh dan dibakar.   
lempap pisang[l«m.pAp pi.sAN] penganan seperti pengat pisang tetapi berkuah sedikit. Pisang dibelah dua tetapi tidak putus kemudian disapu dengan sedikit garam dan dimasak bersama gula dan pati santan.   
cembang[tS«m.bAN]kata nama1. sejenis makanan yang dibuat daripada buah kepayang atau ubi gadong. Direbus hingga pecah kulit kemudian dipotong dan dimasukkan ke dalam bekas sebelum direndam semalaman dalam sungai. Seterusnya digoreng dengan daun kunyit dan di makan dengan nasi atau sebagai hidangan petang.   
puak[pu.wA)/]kata kerjamakan.Puak dulu baru balek.[pu.wA)/ du.lu bA.Äu bA.le/]Makan dulu kemudian baru balik.
ning[niN]kata adjektifberkenaan air dan mendapannya.Ning dulu ae baru minum.[niN du.lu Ae bA.Äu mi.num]Mendapkanlah dahulu air kemudian baru minum.

Kembali ke atas