Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.mu.dian] | کمودين

Definisi : 1. selepas orang atau seseorang lain, selepas sesuatu waktu (kejadian dll), belakangan: orang-orang yg datang ~ tidak mendapat tempat duduk; adiknya berkahwin dahulu, dia berkahwin ~; ~ drpd selepas, sesudah; 2. belakang hari, (suatu) masa yg akan datang, kelak: perompak-perompak itu akan diberkas juga ~; fikirlah baik-baik supaya tidak sesal ~; ~ hari belakang hari, kelak; hari ~ a) = kelak ~ masa yg akan datang; b) hari kiamat; 3. = ~ drpd itu selepas (se­sudah) itu, pd suatu waktu yg lain (sesudah sesuatu kejadian dll): pasukan polis ~nya telah menemui kereta yg digunakan oleh perompak-perompak tersebut; mengemudiankan 1. meletakkan (mena­ruh, menempatkan) di belakang atau selepas sesuatu yg lain, membincangkan (mengerjakan, menyelesaikan dll) di belakang atau selepas sesuatu lain yg lebih penting dsb: kerja-kerja yg penting didahulukan dan yg kurang penting dikemudiankan; 2. menang­guhkan, menunda, mengundurkan: ~ perbincangan mengenai cadangan-cadangan itu; terkemudian selepas atau sesudah (sesuatu waktu, peristiwa, dll), (lebih) kemudian; Shahnon Ahmad muncul ~ drpd A. Samad Said; ~ sekali terakhir, akhir sekali, belakang sekali: siapa yg ~ sekali meninggalkan bilik itu?; ~ drpd kemudian drpd, selepas, sesudah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.mu.dian] | کمودين

Definisi : 1 selepas atau sesudah itu; akhirnya; kesudahannya: ~ mereka pun pulang ke rumah masing-masing. 2 sesudahnya; selepasnya: Adiknya berkahwin dahulu, dia ~. 3 pd masa yg akan datang; kelak: ~ hari masa yg akan datang. mengemudiankan melakukan sesuatu selepas (sesuatu) yg lain; menempatkan (meletakkan) sesuatu di belakang atau selepas yg lain: Dia mendahulukan kerja-kerja yg penting dan ~ kerja yg kurang penting. terkemudian di belakang sekali; terakhir: Dialah yg ~ sampai di garisan penamat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kemudian (adverba)
Bersinonim dengan selepas, kelak, kebelakangan, sesudah, akan datang, setelah, nanti, sebentar, akhir, penghujung, lambat, lewat, ketinggalan, corot, cicir;,
Kata Terbitan : mengemudiankan, terkemudian,

Puisi
 

Anak ayam turun sembilan,
     Mati seekor tinggalnya lapan;
Akan bekalan hari kemudian,
     Di dalam kubur berdinding papan.


Lihat selanjutnya...(24)
Peribahasa

Dulu sorak,
     kemudian tohok.

Bermaksud :

Menggembar-gemburkan sesuatu yang belum terjadi. tohok = campak buang yang diberi bertali.

 

Lihat selanjutnya...(31)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
LILO (last in last out)LILO (masuk kemudian keluar kemudian)Teknologi MaklumatTiadaSistem giliran yang menetapkan data yang masuk kemudian akan keluar kemudian.
head and shouldersbentuk kepala dan bahuPentadbiran PerniagaanTiadaBentuk carta dalam analisis teknikal yang kelihatan seperti bentuk kepala dan bahu. Ia menunjukkan harga sekuriti telah naik kemudian malar sebentar, naik semula, kemudian turun ke paras lama dan stabil dan naik semula kemudian jatuh ke paras nilai pada awal bentuk ini. Ini berlaku dalam pasaran bulis. Ia boleh juga berlaku dalam bentuk yang terbalik dalam pasaran bearis.
hysteron proteronhisteron proteronKesusasteraanTiadaKiasan yang mendahulukan pernyataan pada aturan logiknya disebut kemudian, berasal daripada bahasa Greek yang bermaksud "yang kemudian didahulukan."
cushion lacerenda kusyenKesenianTiadaRenda buatan tangan yang reka bentuknya dilakar terlebih dahulu dan kemudian dilekapkan di atas bantal atau kusyen dengan menggunakan pin. Kemudian benang tersebut ditenun dengan melilitkannya di sekeliling pin tersebut.
bobbin lacerenda bikuKesenianTiadaRenda buatan tangan yang reka bentuknya dilakar terlebih dahulu dan kemudian dilekapkan di atas bantal atau kusyen dengan menggunakan pin. Kemudian benang tersebut ditenun dengan melilitkannya di sekeliling pin tersebut.
pillow lacerenda bikuKesenianTiadaRenda buatan tangan yang reka bentuknya dilakarkan terlebih dahulu dan kemudian dilekapkan di atas bantal atau kusyen dengan menggunakan pin. Kemudian benang tersebut ditenun dengan melilitkannya di sekeliling pin tersebut.
pin bone lacerenda bikuKesenianTiadaRenda buatan tangan yang reka bentuknya dilakarkan terlebih dahulu dan kemudian dilekapkan di atas bantal atau kusyen dengan menggunakan pin. Kemudian benang tersebut disusun dengan melilitkannya di sekeliling pin tersebut.
pachytenepakitenBiologiHistologi dan SitologiPeringkat ketiga profasa proses meiosis. Pada peringkat ini kromosomnya memendek dan menebal kemudian memecah menjadi dua kromatid. Kromatid-kromatid ini akan menyilang kemudian berpindah silang.
matrixmatriksKesusasteraanPuisiAcuan yang menjadi dasar terutamanya pada tema dan persoalan untuk mencipta puisi-puisi yang lebih kemudian. Contohnya, puisi "Lahirlah Engkau" untuk anaknya Iskandar karya Usman Awang, kemudian puisi "Sayang Akmar" oleh Kemala (Ahmad Kamal Abdullah), puisi "Iza Hairani" karya Dharmawijaya dan diikuti penyair-penyair yang lain .
worsted yarnyarn worsted/benang worstedKesenianTiada1. Gentian sayat panjang yang disisir halus atau dipintal ketat.,2. Istilah yang merujuk kepada fabrik tenun atau fabrik kait yang dibuat daripada gentian sayat panjang dengan cara menyisir kasar beberapa kali kemudian menyisir kasar beberapa kali kemudian menyisir halus bagi mengasingkan gentian pendek. Kemudian gentian-gentian tersebut dipintal ketat untuk menghasilkan yarn yang tidak berbulu.
12345678910...

Kembali ke atas