Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kemudian (adverba)
Bersinonim dengan selepas, kelak, kebelakangan, sesudah, akan datang, setelah, nanti, sebentar, akhir, penghujung, lambat, lewat, ketinggalan, corot, cicir;,
Kata Terbitan : mengemudiankan, terkemudian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum... Sebelum dan selepas kata "kemudian" perlu diletakkan tanda koma (,) atau tidak? Contoh ayat: 1. Beliau menakluk Bukhara, kemudian menyeberangi Sungai Oksus dan menyerang Kawarisma. 2. Kemudian, ayam dimasukkan ke dalam kuali.Penggunaan tanda koma selepas perkataan kemudian bergantung pada konteks ayat. Dalam contoh ayat yang diberi, tanda koma dalam ayat pertama, betul penggunaannya manakala dalam ayat kedua, tidak betul. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Gaya Dewan pada halaman 64-69.Tatabahasa14.02.2017
Assalammualaikum, Kata ganti diri dalam ayat di bawah (mama, ayah, nenek) perlu ditulis dengan huruf besar pada pangkalnya ataupun dengan huruf kecil? 1. Kemudian, mama mengambil klip rambut yang selalu digunakan apabila dia menggunting rambut ayah. 2. “Kamu suka makan pai epal rhubarb Nenek, kan?” nenek bertanya.Perkataan emak, nenek dan ayah ditulis dengan huruf kecil.Tatabahasa10.03.2017
Salam, apakah arahan soalan yang sesuai dan betul? 1. Baca petikan, kemudian pindahkan maklumat dalam bentuk grafik. 2. Baca petikan, kemudian pindahkan maklumat kepada bentuk grafik. Terima kasih.Ayat yang sesuai "Baca petikan, kemudian pindahkan maklumat kepada bentuk grafik".Tatabahasa18.12.2013
Safuwan Fauzi ada kata baru,, Billion = Risa dan Dekna=1 Trillion, 1 risa=1 billion 1 dekna 1 trilion.agak2 kata baru ini boleh jadi "offical" rasmi tak bahasa Melayu baru?Sekiranya perkataan baru ini banyak dan kerap digunakan, kemudian terakam dalam korpus, tidak mustahil ia akan menjadi perkataan rasmi bahasa Melayu. Bahasa kita hidup dan sentiasa berkembang.Istilah12.06.2015
Rajah 1.1 menunjukkan teori perkaitan di antara sebab dan syarat-syarat wajib zakat bagi zakat yang berasaskan harta perolehan. Soalan: Sesuaikah penggunaan perkataan "perkaitan" di situ, atau ada perkataan lain yang lebih sesuai? Kemudian perlukah diletakkan perkataan "di" sebelum "antara" atau cukup dengan "antara" sahaja tanpa "di (di antara) dalam konteks ayat di atas? Terima kasih.Rajah 1.1 menunjukkan kaitan antara sebab dan syarat wajib zakat bagi zakat yang berasaskan harta perolehan. - perkaitan bermaksud hal atau keadaan yang berkaitan, manakala kaitan bermaksud hubungan. Kata kaitan lebih sesuai dalam ayat ini. Perkataan di antara lazimnya digunakan bagi perkataan yang menunjukkan ada ruang/jarak antara kedua-duanya, oleh itu kata antara lebih sesuai dalam ayat ini.Tatabahasa12.05.2011
Assalamualaikum dan salam sejahtera. 1) Teliti ayat-ayat di bawah, kemudian kenal pasti kata nama am dan kata nama khas dalam setiap ayat berikut. 2) Teliti ayat-ayat di bawah. Kemudian, kenal pasti kata nama am dan kata nama khas dalam setiap ayat berikut. Tuan, antara kedua-dua arahan di atas, yang mana satukah betul dari segi tanda bacanya? Mohon penjelasan. Terima kasih.Teliti ayat-ayat di bawah, kemudian kenal pasti kata nama am dan kata nama khas dalam setiap ayat yang berikut.Tatabahasa01.02.2017
(1) Dia baharu mendapat cahaya mata. (2) Kemudian baharulah beliau mendapat ilham baharu dan memulakan kajian linguistik struktur. Adakah perkataan (1) baharu dan (2) baharulah dalam ayat (1) dan (2) perlu ditukar menjadi (1) baru dan (2) barulah?Yang betul ialah: Dia baru mendapat cahaya mata. Kemudian barulah beliau mendapat ilham baharu dan memulakan kajian linguistik struktur. Baru merujuk kepada tempoh masa, manakala baharu membawa maksud new dalam bahasa Melayu.Tatabahasa02.07.2007
Kata hubung: Perbezaan antara kemudian dan lalu. Soalan:encik lim membuka pintu _____masuk ke dalam pejabatnya. Sayuran itu direndam dengan air garam ______dibasuh bersh-bersih. Dia mengasingkan buku itu ________disusun di atas rak. Nani mengambil buku latihannya ______disusun di atas rak buku. Minta tunjuk ajar,tqTidak ada rujukan yang khusus dalam pangkalan data kami tentang perbezaan antara kedua-dua kata hubung tersebut. Kata kemudian dan lalu digunakan bagi menghubungkan dua perkara yang berlaku berturut-turut, tetapi tidak ditemukan batas panggunaan atau pengkhususan bagi kedua-duanya. Melihat kepada aspek makna, kemudia bermaksud selepas sesuatu waktu dan lalu bermaksud  yang sudah lepas. Berdasarkan aspek makna, kedua-dua kata hubung tersebut  bertukar ganti dalam banyak keadaan. 
1. Encik lim membuka pintu kemudian/lalu masuk ke dalam pejabatnya.
2. Sayuran itu direndam dengan air garam kemudian/lalu dibasuh bersh-bersih.
3. Dia mengasingkan buku itu kemudian/lalu menyusunnya di atas rak.
4. Nani mengambil buku latihannya kemudian/lalu menyusunnya di atas rak buku.
Tatabahasa09.04.2014
Salam sejahtera tuan/puan, Minta khidmat nasihat daripada pihak tuan/puan tentang persoalan berikut: 1. Perang Dunia Kedua @ Perang Dunia II (yang mana satu betul?) 2. 10 tahun kemudian..... @ Sepuluh tahun kemudian.... (yang mana satu betul?) 3. Padanan bahasa Melayu bagi perkataan 'shrine' dalam Kamus Dewan ialah tempat suci/keramat/tokong/topekong...apakah padanan ini sesuai untuk 'Yasukuni Shrine' di Jepun? Terima kasih.Berikut merupakan jawapan bagi tiga (3) pertanyaan yang dikemukakan:
1. Perang Dunia Kedua
2. Selepas 10 tahun
3. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tempat keramat merupakan tempat yang suci dan (dipercayai) dapat mendatangkan hikmat; banyak orang yang pergi ke tempat keramat untuk meminta sesuatu dan bernazar; minta keramat sama dengan minta berkat (restu) dari tempat yang keramat.
Lain-lain16.06.2019
Adakah betul ayat berikut : 1. "Tidak berapa lama kemudian....." : penggunaan berapa 2. "Mohon dibetulkan @ Mohon diperbetul @ Mohon diperbetulkan". Terima kasih.1. Penggunaan "berapa" dalam ayat satu (1) betul. 2. Mohon betulkanTatabahasa03.09.2015
12345678910...

Kembali ke atas