Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.mun.cu.lan] | کمونچولن

Definisi : perihal muncul: ~nya di dlm majlis itu memeranjatkan mereka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.mun.cu.lan] | کمونچولن

Definisi : perihal muncul: ~nya telah memeranjatkan kami semua. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muncul (kata kerja)
Bersinonim dengan terbit, timbul, tampil, keluar, lahir, tumbuh, hidup, bercambah, bertunas, menjelma, tersembul, terjengul, pegari, mencagun;,
Kata Terbitan : memunculkan, kemunculan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam. minta maksud untuk perkataan "leader emergence" dalam bahasa malaysia. Adakah betul jika saya definisikan ia sebagai kemunculan pemimpin.Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "leader emergence". Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah kemunculan pemimpin.Istilah12.11.2016
Salam sejahtera, apakah nama bagi frasa "Segala kesulitan amat dikesali" yang sering digunakan di notis-notis, dan apakah sejarah kemunculan frasa ini?Soalan saudara tidak jelas. Namun, untuk makluman, ayat "segala kesulitan amat dikesali" merupakan ayat yang kerap digunakan dalam memo atau pernyataan ringkas berkaitan sesuatu perkara yang menyebabkan seseorang atau individu mengalami masalah, contohnya lewat ke sesuatu tempat, terhalang daripada melaksanakan sesuatu perbuatan dan sebagainya. Ayat yang sama dalam bahasa inggeris, iaitu "any inconvenience caused is regretted". Tidak dapat dipastikan sejarah dan asal usut penggunaan ayat ini. Makna09.07.2020
Ada beberapa versi Tatabahasa Dewan. Boleh nyatakan tahun terbitan bagi semua versi yang telah dikeluarkan? Saya agar keliru dengan kemunculan edisi baharu dan seterusnya edisi ketiga. Bolehkah saya tahu no.telefon kedai buku D&B cawangan temerloh?Buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga ialah terbitan terbaharu setakat ini. Saudara boleh mendapatkannya di kedai buku yang berhampiran (tidak ada cawangan Kedai Buku DBP di bandar Temerloh).Lain-lain13.03.2012
Assalamualaikum, 1) Apakah bahasa dialek perlu dihapuskan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, kolej, ipta dan ipts? 2) Setahu saya,bahasa dialek telahpun digunakan sebelum kemunculan bahasa baku atau bahasa standard jadi adakah ianya menjadi penghalang dalam perkembangan bahasa melayu baku? 3) Apakah bahasa dialek boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pembelanjaran di sekolah kecuali bahasa melayu yang sewajarnya menggunakan bahasa melayu baku?Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses yang berlaku dalam keadaan rasmi atau formal. Dalam hal ini bahasa Melayu yang digunakan seharusnyalah bahasa Melayu baku. Walau bagaimanapun penggunaan bahasa dialek tidak terhalang kerana bahasa dialek digunakan dalam situasi tidak rasmi atau bersantai. Bahasa dialek digunakan di sekolah secara tidak formal.Lain-lain28.03.2008
Apakah terjemahan "Origin" misalnya The Origin of Waqf. terima kasih atas panduan pihak tuan.Untuk makluman terdapat beberapa istilah untuk origin seperti yang berikut: asal, punca, sumber, kemunculan, asal usul. Oleh itu, terjemahannya bergantung pada konsep, contohnya asal Waqf, sumber Waqf dan sebagainya. Istilah26.06.2011
apakah definisi kedatangan pekerja dalam organisasiDatang bermaksud 1. sampai,tiba.2. bergerak menghampiri sesorang atau sesuatu tempat 3. pergi 4. berasal 5. hingga, sampai 6.muncul,timbul 7.bkn. jangka masa,yang akan tiba,hadapan, kemudian. Berdasarkan makna di atas ungkapan tersebut boleh membawa maksud ketibaan atau kemunculan pekerja dalam organisasi atau kehadiran pekerja. Untuk maklumat lanjut  sila buku tentang organisasi atau pengurusan.   Makna31.10.2008
SALAM TUAN, SAYA PELAJAR UUM INGIN MEMBUAT KAJIAN MENGENAI ISU "PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS". DIHARAP PIHAK TUAN DAPAT MEMBERI MAKLUMAT BERKENAAN YANG BOLEH DI GUNAKAN SEPERTI PEKELILING, ARTIKEL, PENDAPAT DSBNYA. MOHON TUNJUK AJAR

Terima kasih kerana menggunakan KNB. Saudara boleh merujuk bahan seperti dibawah atau daftar sebagai ahli Rakan Dewan untuk mendapat kemudahan rujukan dan penyelidikan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP>

 

1.  Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris daripada Kaca Mata PelajarIzawati Adlin NawiPelita Bahasa01/02/2003
2. Antara yang perlu dengan yang tidak perlu menggunakan bahasa Inggerisdan penggubalan aktaAbdul Ghani AwangPelita Bahasa01/08/1996
3. Bahasa Inggeris dalam arus pembangunan negara: satu tinjuan umumAbdullah MajidDewan Bahasa01/11/1985
4. Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, MatematikMohd. Nasir MahmudPelita Bahasa01/06/2003
5. Jika sains diajar dalam bahasa InggerisCikgu AndrodPelita Bahasa01/01/2001
6. Kemunculan semula bahasa Inggeris dalam bidang pendidikanKMHDewan Bahasa01/11/1985
7. Pendirian PENA tentang penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar sains dan matematik-Dewan Bahasa01/07/2002
8. Penggunaan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Penghantar Sains dan Matematik -Pelita Bahasa 01/07/2002
Lain-lain26.05.2008

Kembali ke atas