Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kebaikan hati, sifat penyayang dan pengasih: sekali engkau sebut, beribu kali hamba terima ~ hati eng-kau itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kebaikan hati; sifat pengasih dan penyayang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : sifat murah hati; kebaikan hati; sifat pengasih dan penyayang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
murah (adjektif)
1. Bersinonim dengan rendah: menjunam, turun, merosot, meleset,
Berantonim dengan mahal

2. Dalam konteks rezeki
bersinonim dengan berlebih-lebih, melimpah-limpah, melimpah-ruah, bertimbun-timbun, melambak-lambak,
Berantonim dengan sedikit

Kata Terbitan : memurahkan, kemurahan, kemurahan hati, pemurah,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
assalammualaikum saya mohon bertanya boleh berikan maksud ayat di bawah Sepakat Ihsan, Persada Gemilang terima kasihBerikut makna bagi setiap perkataan:

SEPAKAT - setuju, sependirian dan seia sekata

IHSAN - perbuatan yang baik, kemurahan hati dan kebaikan

PERSADA - tempat Tanah tumpah darah dan taman tempat bersuka-sukaan/berehat-rehat

GEMILANG - bercahaya terang-benderang DAN cemerlang

Lain-lain10.01.2017
Ehsan atau Ihsan perkataan yang sebenar, Terima kasih

Yang betul ialah ihsan yang berasal daripada kata Arab. Ishan ialah 1. beribadat kpd Allah dgn menyedari bahawa seseorang itu berhadapan dgn Allah SWT yg sentiasa melihatnya; 2. kebaikan, kebajikan, perbuatan yg baik, kemurahan (hati): membuat ~ kpd seseorang atau masyarakat adalah amanah; 3. jasa baik, izin: gambar-gambar itu disiarkan dgn ~ Jabatan Penerangan;

Makna01.06.2009
Saya ingin mengetahui apakah ejaan sebenar Ehsan. Jika ejaannya ialah - Ehsan, adakah kesalahan jika kita menggunakn Ihsan dan mengapa? terima kasih.

Yang betul ialah ihsan yang berasal daripada kata Arab. Ihsan ialah 1. beribadat kpd Allah dgn menyedari bahawa seseorang itu berhadapan dgn Allah SWT yg sentiasa melihatnya; 2. kebaikan, kebajikan, perbuatan yg baik, kemurahan (hati): membuat ~ kpd seseorang atau masyarakat adalah amanah; 3. jasa baik, izin: gambar-gambar itu disiarkan dgn ~ Jabatan Penerangan;

Makna28.10.2010
Universiti saya akan mengadakan majlis perutusan Naib Canselor kami. Jadi saya ingin bertanya adakah ayat ini sesuai untuk digunapakai sebagai tema majlis tersebut. Ayatnya ialah SEPAKAT IHSAN, PERSADA GEMILANG. Adakah ayat tersebut daripada segi maknanya sesuai untuk digunakan? Mohon bantuan DBP untuk memberi cadangan dari segi bahasa. Sekian, terima kasihUntuk makluman, penggunaan perkataan untuk tema yang dipilih kurang sesuai. Berikut makna bagi setiap perkataan:

SEPAKAT - setuju, sependirian dan seia sekata

IHSAN - perbuatan yang baik, kemurahan hati dan kebaikan

PERSADA - tempat Tanah tumpah darah dan taman tempat bersuka-sukaan/berehat-rehat

GEMILANG - bercahaya terang-benderang DAN cemerlang

Kami mencadangkan supaya pihak puan memilih tema dengan perkataan yang tepat.
Lain-lain10.01.2017
Assalamualaikum wrt. wbt., Kebiasaannya pihak kami menggunakan perkataan "Ehsan daripada ...." tetapi hari ini saya dapati ia tiada dalam senarai tesaurus DBP. Adakah hanya perkataan "Ihsan" yang betul atau kedua-duanya boleh digunakan kerana perkataan "Ehsan" juga banyak digunakan oleh agensi-agensi lain dan media. Terima kasih.

Ejaan yang betul ialah ihsan yang berasal daripada kata Arab. Ihsan ialah 1. beribadat kpd Allah dgn menyedari bahawa seseorang itu berhadapan dgn Allah SWT yg sentiasa melihatnya; 2. kebaikan, kebajikan, perbuatan yg baik, kemurahan (hati): membuat ~ kpd seseorang atau masyarakat adalah amanah; 3. jasa baik, izin: gambar-gambar itu disiarkan dgn ~ Jabatan Penerangan;

Ejaan23.05.2011

Kembali ke atas