Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.musy.ki.lan] | کمشکيلن

Definisi : 1. perihal musykil, kesukaran, kesulitan: Tajurim menjawab dgn tenang tiap-tiap ~ Maznah itu; 2. sesuatu yg tidak memuaskan hati, kekecewaan, kekesalan: si Tenggang tidak berani mengeluarkan ~nya kpd sesiapa pun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.musy.ki.lan] | کمشکيلن

Definisi : 1 sesuatu yg musykil; kesulitan; kesukaran: Ia telah menyelesaikan beberapa ~. 2 sesuatu yg tidak memuaskan; kekesalan; kekecewaan. 3 keadaan musykil; kesukaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
musykil (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
1. Bersinonim dengan payah: sukar, susah, sulit, rumit,
Berantonim dengan mudah

2. Bersinonim dengan kesal: sesal, ralat, berat hati, tidak sedap hati, hampa, kecewa,
Berantonim dengan puas hati

Kata Terbitan : memusykilkan, kemusykilan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Antara kemusykilan-kemusykilan yang saya hadapi termasuklah: (i) Sehubungan dengan penggunaan peribahasa dalam penulisan karangan, ‘bak kata pepatah’ tidak boleh digunakan dalam karangan. Sesetengah guru pula menegaskan bahawa pengikat kata (“………..”) tidak perlu digunakan ketika memasukkan peribahasa. (ii) Ungkapan ‘kuman menjadi barah’ dan ‘belukar menjadi rimba’ seharusnya digantikan dengan ungkapan ‘kudis menjadi tokak’. (iii) Penanda wacana ‘dengan sedemikian’ tidak boleh digunakan dalam penulisan karangan. Semoga penjelasan tuan akan meleraikan kemusykilan-kemusykilan tersebut. Sekian, terima kasih. Munsyi K’Seven, Pulau Pinang.(i) Dalam buku Gaya Dewan, DBP di bawah tajuk penggunaan Tanda Petik. tidak menyenaraikan panduan penggunaan tanda petik bagi penggunaan peribahasa. Untuk penggunaan di sekolah atau dalam peperiksaan sila rujuk guru yang berwibawa.
(ii) Penggunaan peribahasa hendaklah disesuaikan dengan konteks penggunaannya dalam ayat. Justeru, kami tidak dapat memberikan pengesahan dalam pertanyaan tuan kerana tidak ada maklumat tentang penggunaan peribahasa tersebut dalam ayat. 
(iii) Frasa yang betul ialah "oleh hal yang demikian".
Tatabahasa17.04.2015
kemusykilan tentang kata sendi nama. mana yang betul. 1) didalam senarai.. 2) di dalam senarai.. penjelasan?'Di dalam' digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. 'Dalam' pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan. oleh itu, ayat yang betul ialah : dalam senarai..Tatabahasa02.02.2013
Kemusykilan nama taman-taman perumahan, contohnya Taman Seri Gombak (mengikut daftar asal pemilik projek Hillcrest Sdn Bhd), kini lebih dikenali dengan Taman Sri Gombak (kebanyakan tanda awam dieja sebegini dengan meluas). Menurut Kamus Dewan, kedua-dua perkataan mempunyai perbezaan makna. Mohon pendapat, perbezaan perkataan 'SERI' dan 'SRI', yang manakah lebih sesuai digunakan?Perkataan yang betul ialah seri yang bermaksud cahaya semarak atau kemuliaan. Tidak ada perkataan sri kecuali dalam gelaran Tan Sri dan Dato' Sri (bagi negeri Pahang). Dalam hal penamaan tempat kita perlu merujuk pihak berkuasa tempatan yang berkaitan kerana nama tempat telah diwartakan sedemikian.Ejaan31.05.2012
Kemusykilan: Ada berapa ayat yang betul. Kenapa dipilih betul dan kenapa tidak betul? a. Semua guru-guru dikehendaki berkumpul di bilik guru. b. Wan Mat Saman berasal dari negeri Kedah. c. Kakak membersihkan lantai yang kotor. d. Anak-anak lembu Pak Rastam gemuk belaka. Terima kasih.

a. Semua guru dikehendaki berkumpul di bilik guru. (perkataan 'guru' tidak perlu diulang kerana perkataan 'semua' telah membawa maksud jamak)

b. Wan Mat Saman berasal dari negeri Kedah. (betul)

c. Kakak membersihkan lantai yang kotor. (betul)

d. Anak-anak lembu Pak Rastam gemuk belaka atau Anak lembu Pak Rastam gemuk-gemuk belaka.

Tatabahasa19.10.2011
Kemusykilan: Ayat berbunyi - Hujan lebat telah turun lewat pagi semalam. Persoalannya: Apakah maksud LEWAT PAGI dalam konteks soalan tersebut? - manakah maksud yang yang sesuai: a. Tengahari b. Awal malam c. Awal pagiAntara maksud lewat ialah larut, walau bagaimanpun tidak ada maklumat yang tepat untuk lewat pagi dalam pangkalan data kami. Tengah hari ialah lebih kurang pukul 12 pada siang hari. Awal ialah permulaan, ini bermakna awal pagi dan awal malam ialah permulaan kedua-dua waktu tersebut.Makna19.10.2011
Kemusykilan mana yang betul nak guna dari atau daripada untuk ayat di bawah : Untuk makluman tuan juga, lawatan ini akan disertai oleh 30 orang pekerja awam dari/daripad pelbagai agensi di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu.Penggunaan kata sendi yang betul ialah daripada - Untuk makluman tuan juga, lawatan ini akan disertai oleh 30 orang pekerja awam daripad pelbagai agensi di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu.Tatabahasa10.02.2011
Kemusykilan tentang binaan ayat-ayat yang berikut. Yang mana satu betul 1. Mereka saling bersalam-salaman sebelum berpisah 2. Mereka bersalaman sebelum berpisah 3. Mereka saling bersalam sebelum berpisahAyat yang betul ialah ayat 2. Sila rujuk Kamus dewan Ediis Keempat untuk keterangan lanjut. Tatabahasa25.10.2010
kemusykilan tentang ayat di bawah ini: Namun begitu, setelah dipujuk akhirnya, dia ------- soalannya: tanda koma lepas perkataan "akhirnya", boleh diterima atau tidak. atau diletak pada lepas perkataan "dipujuk". jadi begini: Namun begitu, setelah dipujuk, akhirnya dia ..........Penggunaan tanda baca yang betul ialah - "Namun begitu, setelah dipujuk akhirnya dia ..."Tatabahasa23.09.2009
Sedikit kemusykilan. Di dalam laman web PRPM DBP: http://prpm.dbp.gov.my/, terdapat satu link ke “Judul Terbaru”. Cuma ingin kepastian, adakah ejaannya “Judul Terbaru” atau “Judul Terbaharu”?. Manakah yang lebih tepat ejaannya? Terima kasih.“Judul Terbaru” dan “Judul Terbaharu”, kedua-duanya betul kerana perkataan baru dan baharu membawa makna yang sama; dan baru dan baharu dianggap varian dalam bahasa Melayu.Tatabahasa30.01.2014
Berikut kemusykilan yang saya hadapi berkaitan tanda baca: 1. Apabila menyebut, "Bagaimana caranya supaya kami mampu?" otak kita terbuka dan terpaksa berfikir bagi mencari jawapan. ataupun Apabila menyebut, "Bagaimana caranya supaya kami mampu?", otak kita terbuka dan terpaksa berfikir bagi mencari jawapan. 2. Apabila minda yang malas berkata, "Saya tidak mampu," tercetus peperangan dalam diri kita. ataupun Apabila minda yang malas berkata, "Saya tidak mampu,", tercetus peperangan dalam diri kita.1. Apabila menyebut, "Bagaimana caranya supaya kami mampu?" otak kita terbuka dan terpaksa berfikir bagi mencari jawapan.

2. Apabila minda yang malas berkata, "Saya tidak mampu," tercetus peperangan dalam diri kita.
Tatabahasa06.03.2012
12345678910...

Kembali ke atas