Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kemut.la/.kan]/[ke.mut.laq.kan] | کمطلقن

Definisi : perihal mutlak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kemut.la/.kan]/[ke.mut.laq.kan] | کمطلقن

Definisi : 1 keadaan atau sifat mutlak: Ada pihak yg melobi sokongan negara anggota utk menggagalkan ~ Malaysia sbg negara tuan rumah mesyuarat tsb. 2 sesuatu yg mutlak; yg tidak ada kecualinya: Walaupun sesetengah pihak menganggap Kaabah sbg sesuatu yg hanya sebuah bangunan, tetapi pdnya kita dpt merasakan suatu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kemutlakan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
absolutismfaham kemutlakanKesusasteraanTiadaSatu fahaman tentang hal-hal kebenaran.
absolutismfaham kemutlakanPendidikanTiadaTiada
cultural absolutekemutlakan budayaSosiologiTiadaTiada
absolutismfaham kemutlakanSains PolitikTiadaSistem pemerintahan yang bersifat kuku besi, dengan kuasa berada sepenuhnya pada tangan seorang raja.
absolutismfaham kemutlakanSejarahTiadaSistem pemerintahan yang bersifat kuku besi, dengan kuasa berada sepenuhnya pada tangan seorang raja.
absolutismfaham kemutlakanSains PolitikPolitik PerbandinganLihat absolutisme.
Magna CartaMagna CartaSains PolitikHubungan AntarabangsaIkrar bersejarah yang dianggap oleh rakyat Inggeris sebagai dasar kebebasan daripada belenggu kemutlakan kuasa raja yang menindas. Piagam ini dikenali juga sebagai �the great charter of liberty� yang ditandatangani oleh Raja John di Runnymede, Windsor pada 15 Jun 1215. Piagam ini ditandatangani kerana desakan revolusi rakyat yang menuntuk hak mutlak golongan istana supaya dibatasi dan hak kebebasan rakyat jelata dilindungi serta dihormati oleh undang-undang.
absolute powerkuasa mutlakSains PolitikHubungan AntarabangsaKuasa sesuatu pihak yang tidak dibatasi oleh peraturan atau undang-undang. Kuasa tersebut sering dikaitkan dengan bentuk pemerintahan yang bersifat diktator. Contohnya, pemerintah yang berkuasa mutlak ialah Raja Louis ke-XIV (1643 � 1715) di Perancis. Kemuncak kemutlakan kuasanya menyebabkan beliau mendakwa bahawa khazanah negara sebagai milik peribadinya. Perkara ini terkandung dalam ungkapan agungnya, iaitu �L�etat c�est moi� (negara ialah aku). Prinsip kuasa mutlak ini telah mendapat tentangan daripada gerakan pembebasan khususnya pejuang hak asasi manusia aliran liberal. Di Perancis, kuasa mutlak golongan raja dan bangsawan telah diruntuhkan oleh gerakan revolusi rakyat.
absolutismabsolutismeSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang merujuk kepada amalan pemerintahan sesebuah kerajaan yang bersifat mutlak. Sifat ini berkaitan dengan tingkah laku kerajaan yang mempertahankan status kedaulatan sesebuah negara termasuklah proses penggubalan, pelaksanaan dan pentafsiran undang-undang serta hubungan luar. Fahaman ini dikemukakan oleh ahli falsafah politik yang terkenal iaitu Jean Bodin dan Thomas Hobbes yang mengatakan bahawa sesebuah kerajaan mesti mempunyai darjah kemutlakan tertentu supaya dapat menjalankan tugas tanpa sebarang gangguan serta dikawal oleh undang-undang dan perlembagaan. Fahaman ini berbeza dengan konsep kuasa mutlak. Sinonim faham kemutlakan.
BastilleBastilleSains PolitikHubungan AntarabangsaBenteng yang dibina oleh Hugh Aubriot, berhampiran gerbang Saint-Antoine pada tahun 1369. Benteng ini dibina sebagai pertahanan kota Paris daripada serangan pihak Inggeris semasa pemerintahan Charles V dan Charles VI. Benteng ini kemudiannya diubah suai dan dijadikan sebagai penjara. Penjara ini terkenal sebagai tempat tahanan musuh politik pemerintahan beraja Perancis. Penjara Bastille menjadi simbol kepada kemutlakan kuasa raja. Pada 14 Julai 1789, benteng tersebut telah diserbu dan dimusnahkan oleh penduduk Paris. Kejatuhan Bastille ini menandakan bermulanya Revolusi Perancis. Sehingga kini, tarikh 14 Julai dijadikan Hari Kebangsaan Perancis.

Kembali ke atas