Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat pagi, Saya ingin bertanya tentang penggunaan kata kerja pasif "kena" Adakah penggunaan kata kerja pasif "kena" boleh digunakan oleh kata ganti nama pertama, kedua dan ketiga? Rujuk contoh berikut. 1. Bunga kena siram oleh saya. (Kata ganti nama pertama) 2. Bunga kena siram oleh kamu. (Kata ganti nama kedua) 3. Bunga kena siram oleh Ali. (Kata ganti nama ketiga) Ayat yang manakah betul? Sekian, terima kasih.Kata kerja pasif "kena" hadir di hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan. Berdasarkan panduan dalam buku Tatabahasa kata pasif "kena" digunakan dalam ayat pasif dan kata ganti nama diri ketiga. Contoh: "Pencuri itu kena tangkap oleh polis" atau "Pencuri itu kena tangkap"; manakala ayat pasif diri pertama menjadi "Pencuri itu saya tangkap". Tatabahasa21.01.2022
Assalamualaikum, Sebahagian ayat berikut, saya petik daripada Kamus Dewan Edisi Keempat. Pertanyaan saya ialah, perkataan kena dalam setiap ayat tersebut tergolong dalam golongan kata apa? Sekian, terima kasih. 1. Lututnya luka kerana kena serpihan kaca sewaktu dia jatuh tadi. 2. Tikamannya itu kena pada bahu lawannya. 3. Dilemparkannya sebiji batu kena kepala anjing itu. 4. Semua jenis minuman keras kena cukai baharu. 5. Budak itu kena pukul oleh kumpulan pelajar nakal di sekolahnya. 6. Kalau kena harganya saya jual juga rumah iniAyat 1 hingga 4 ialah kata kerja, namun bukanlah dalam binaan yang gramatis kerana tidak diletakkan imbuhan seperti terkena serpihan kaca dan dikenakan cukai. Ayat 5, perkataan kena ialah kata kerja pasif. Ayat 6 lazimnya digunakan dalam bahasa percakapan. Ayat yang gramatis "kalau berpatutan harganya ...".Tatabahasa15.03.2017
justeru bermaksud 1. kebetulan, tepat, kena benar: kenapa justeru sekarang ini engkau harus pergi? 2. malahan, sebaliknya, bahkan: sekali-kali tidak pernah saya mencaci dia, justeru saya puji dia. Tetapi mengapa ramai yang beranggapan bahawa justeru boleh ditukar ganti dengan oleh itu atau maka? Terima kasihBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat "justeru" bermaksud. 1. kebetulan, tepat, kena benar. 2. Makna kedua ialah malahan, bahkan. Penggunaan "justeru" yang membawa maksud "oleh itu" adalah salah dan tidak boleh digunakan. Anggapan bahawa "justeru" boleh ditukar ganti dengan "oleh itu" mungkin disebabkan individu yang menggunakan perkataan tersebut tidak tahu maksud sebenar perkataan tersebut.Makna07.04.2012
mencari seerti perkataan : (1)Benci, (2)kandang kuda, (3)cerdik pandai, (4)sifar, (5)merajuk, (6)kena seksa.Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan seerti bagi perkataan-perkataan tersebut ialah; benci=tidak suka. Kandang kuda=bangsal kuda. Cerdik pandai= dapat mengerti dgn cepat, cerdik, pintar. Sifar=(angka) kosong. Merajuk= menunjukkan rasa tidak suka. Kena seksa= kesengsaraan (kesusahan, kesakitan, dll) atau kena dera. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan untuk pengetahuan saudara/ saudari, kami tidak menjawab sebarang soalan yang berbentuk teka silang kata. Harap maklum.Makna27.10.2007
Soalan kata sendi nama 1. Semua pelancong terpesona _________ keindahan pantai di Pulau Tioman. A. untuk B. akan C. kepada D. daripada Berikut merupakan soalan yang saya temui daripada sebuah buku latihan. Jawapan yang diberikan ialah B.akan. Mengikut Kamus Dewan, terpesona mempunyai maksud 1.kena pesona,terpukau. 2. sangat tergoda,sangat terpikat hati Contoh yang diberikan: terpesona oleh terpesona dengan Di sini, soalan saya ialah "terpesona akan" boleh digunakan atau tidak?terpesona tambah kata sendi "akan"

Cikgu Lye, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP,

Sebenarnya jawapan yang diberikan adalah betul kerana jika Cikgu melihat makna yang diberikan ada dinyatakan akan juga membawa makna adapun, perihal, mengenai, tentang, jadi adalah tidak salah sekiranya jawapan yang diberikan ialah akan. Terima kasih

Tatabahasa09.06.2009
Apakah yang dimaksudkan 'ereksi persona' ?

Ereksi: keadaan zakar yg membesar, mengeras dan menegak apabila bangkitnya nafsu syahwat.

Pesona: 1. guna-guna, mantera, sihir: ~, serapah dan pantun hukum diajarkan oleh pawang itu; ilmu ~ ilmu sihir, ilmu guna-guna; kena ~ kena guna-guna (sihir); membuat (mengenakan) ~ kpd mengenakan guna-guna (sihir) kpd; tukang ~ a) tukang (ahli) sihir; b) ark bp pemimpin rakyat (yg kurang jujur); 2. = pesonaan kata-kata jahat utk menyusahkan (mencelakakan) orang, fitnah: orang yg berhati hasad, dengki serta suka berbuat ~ terhadap orang lain akan menerima balasan Tuhan; fitnah dan ~ sangat menjadi-jadi pd masa itu di kalangan masyarakat kita; segala godaan dan ~ syaitan utk menyesatkan manusia drpd jalan Allah; mempesona memikat (menarik) hati, sangat menarik perhatian: kejelitaannya ~ setiap lelaki yg melihatnya; ia mempunyai suara merdu yg ~; mempesonakan 1. mengenakan pesona (sihir); 2. mempesona, memikat, menggoda, mengagumkan: lukisan asli alam Pulau Mutiara ~ dia; terpesona 1. kena pesona (jampi), terpukau (oleh jampi-jampi): aku seolah-olah ~ dgn segala ucapannya itu sehingga tidak sepatah pun yg dapat kulahirkan; 2. sangat tergoda (oleh kecantikan gadis dll), sangat terpikat (tertarik) hati: penonton-penonton ~ oleh lagu sayu yg sedang mengalun itu;

 

 

Makna11.08.2009
Terdapat 1 kesalahan tatabahasa dan 1 kesalahan istilah dalam ayat ini. Mohon pihak tuan tentukan jawapannya. Mereka yang kena tipu sebenarnya tidak cuai tetapi mereka tidak menyedari bahawa ada pihak yang sanggup mengambil kesempatan atas sifat baik hati mereka itu. Sekian terima kasih.Ayat yang betul ialah "Mereka yang tertipu sebenarnya tidak cuai tetapi tidak menyedari bahawa ada pihak yang sanggup mengambil kesempatan atas kebaikan mereka itu".Tatabahasa13.09.2015
Bagaimanakah hendak menggunakaan " Justeru " dalam ayat.Justeru bermaksud 1. kebetulan,tepat, kena benar. Kenapa justeru sekarang ini engkau harus pergi? 2. malahan,bahkan: Sekali-kali tidak pernah saya mencaci dia , justeru saya puji dia.Tatabahasa14.05.2008
apakah makna sebenar perkataan "Justeru"?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, justeru bermaksud 1. kebetulan, tepat, kena benar: kenapa ~ sekarang ini engkau harus pergi? 2. malahan, bahkan: sekali-kali tidak pernah saya mencaci dia, ~ saya puji dia.Istilah14.01.2010
Selamat sejahtera. Bolehtak saya tanya beberapa soalan objektif? 1. Suami dia yang luput lima bulan yang lalu, masih belum dijumpai. (luput-salah, kena tukar kepada perkataan apa ya?) 2.Pedatang asing yang pulih dibenarkan masuk ke negara ini. (pulih-salah, kena tukar kepada perkataan apa ya?) 3.Rumah saya terletak kira-kira lima setengah kilometeer dari sini. (nak tanya apa yang salah dalam ayat ini ya?)Ayat yang betul ialah 
1. Suami dia yang hilang lima bulan lalu, masih belum dijumpai.
2. Pedatang asing yang berdaftar dibenarkan masuk ke negara ini.
3. Rumah saya terletak kira-kira lima setengah kilometer dari sini. (Kesalahan ejaan kilometeer) 
Tatabahasa02.04.2023
123456789

Kembali ke atas