manas II MSr | marah. | Kenapa Jimbai perlu bertindak terburu-buru begitu? Kalau manas pun tanyalah dahulu ketika pulang. Tanya dahulu kenapa aku berjudi dan minum tuak dan langkau sampai mabuk. | Buhul-Buhul Kasih Di Benang Basah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
duya Tb | kemarahan yang tidak dapat dikawal. | Kenapa sampai begitu?” “Datang angin.” “Angin apa?” “Angin duyanya.” “Apa bendanya angin duya tu?” “Mak tak tahu, tak usah cakaplah.” | Susuk Tingkayu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pengait LB, Ky | orang yang diupah untuk memotong kepala. | Kenapa terjerit-jerit ni? Digeletek kalindahau? Diburu pengait? tanya Nek Mah lagi. Anak-anak rambut yang menyapu mukanya, ditolaknya ke belakang. | Novel Senapang Bemban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
molohingon Kd | ketua kampung. | Merah padam muka Bungkau ditempelak oleh Mamai Lumbat. Dia tidak mengerti, kenapa begitu jahilnya Molohingon Kampung itu terhadap adat resamnya sendiri. | Bungkau | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
ngekot MSr | perihal perempuan yang mengikut lelaki ke rumah bertujuan untuk berkahwin. | Semua orang menyoal kepala sendiri tentang engkau iaitu kenapa kau tidak membalas dendam sahaja kepada perempuan yang pernah menganiaya cintamu dan hidupmu yang sering kaukatakan membuatkan kau begitu kecewa? Katamu setelah beberapa hari bertunang dengan hantaran yang mewah-mewah, dia mengejar lelaki lain lalu ngekot kemudian bernikah dan hantaran pertunanganmu satu sen pun tidak dikembalikannya. | Bermulanya Di Sini | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
agag LB | sejenis alat untuk menapis beras atau padi, berbentuk bulat dan dibuat daripada buluh atau bemban. Ia berlubang kecil sesuai fungsinya sebagai alat penapis. | Kata Gur, “Kenapa jiran kita itu riuh sangat?” Dia memanggil Angi dari pondoknya. “Oi Angi parut besar! Parut kecil besar agag.” | Antologi Cerita Rakyat Suku Kaum Lun Bawang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |