Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ken.cang] | کنچڠ

Definisi : 1. tegang (spt tali yg direntang), tidak kendur; angin ~ kelat angin yg keras tiupannya (hingga mempertegang tali kelat); 2. cepat, pantas, deras, laju: larinya kian ~ dan kian jauh pula ia meninggalkan orang yg mengikutinya; 3. erat-erat, kuat-kuat, teguh: dipeluknya ~; mengencang menjadi kencang (deras, pan­tas, laju, dsb): hembusan angin semakin ~; kereta kian ~; mengencangkan 1. menjadikan kencang, menegangkan, mengeratkan (ikatan dll), menguatkan (bunyi dll): bunyi radio itu semakin dikencangkan; 2. mencepatkan, melekaskan, melancarkan (perundingan dll); memperkencang 1. memperkuat (bunyi dll), mempererat (ikatan dll); 2. memper­cepat, menjadikan lebih lancar (perundingan dll); kekencangan 1. ketegangan; 2. kecepatan, kederasan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ken.cang] | کنچڠ

Definisi : ; ~-kencung bunyi spt bunyi enjin (bunyi cang-cung). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ken.cang] | کنچڠ

Definisi : 1 tidak kendur (bkn tali dll yg diregangkan); tegang; terik: Tali itu direntangkan ~-~. 2 laju (bkn ribut dll); cepat: Angin bertiup ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kencang (adjektif)
1. Dalam konteks angin
bersinonim dengan kuat, bagas, keras, deras,
Berantonim dengan sepoi-sepoi bahasa

2. Bersinonim dengan cepat: laju, pantas, deras,
Berantonim dengan perlahan

3. Bersinonim dengan tegang: cekang, sering, tidak kendur,
Berantonim dengan kendur

4. Bersinonim dengan teguh: kuat-kuat, erat-erat,

5. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan peramah, mesra,

Kata Terbitan : mengencang, mengencangkan, menperkencang, kekencangan,

Puisi
 

Kencang-kencang angin selatan,
     Keras sampai tepi kota;
Biar miskin tidak makan,
     Asal terpasang api pelita.


Lihat selanjutnya...(11)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MISTRAL

Mistral adalah angin utara yang sejuk, kering, dan

bertiup kencang dari barat Alps dan penara di

selatan Perancis dan keluar ke Mediterranean.

Udara yang berat dan sejuk dari tanah tinggi

bergerak semakin laju apabila menghampiri udara

yang lebih panas dan ringan di atas permukaan laut

pada musim sejuk. Keadaan ini menyebabkan

wujudnya angin kencang secara tiba-tiba, apabila

angin sejuk turun ke aras laut dan angin panas

bergerak ke atas. Mistral menyebabkan fros berlaku

dan menyebabkan kerosakan tumbuhan. Keadaan

ini tidak sesuai bagi ladang anggur di selatan

Perancis. Angin mistral lazimnya bertiup selama 100

hari dalam setahun.

UMUM 
ANGIN PASAT

Angin pasat ialah angin kencang yang bertiup

menuju ke khatulistiwa dari arah timur laut atau

tenggara. Pada zaman pelayaran silam, kapal-kapal

pedagang banyak bergantung pada angin pasat.

UMUM 
SEICHE

Seiche ialah gelombang panjang di tasik, teluk atau

lembangan yang serupa. Seiche biasanya disebabkan

oleh angin kencang, gempa bumi kecil, atau

perubahan dalam tekanan atmosfera. Seiche ringan

kerap berlaku di Tasik Geneva di Switzerland dan di

Tasik Erie serta Tasik Garam Besar di Amerika Utara.

UMUM 
SARAH AIS

Sarah ais atau dinamakan pek ais. Apabila

permukaan air laut di kawasan Artik membeku, ia

menjadi lembar ais. Apabila angin bertiup kencang,

ia boleh memecahkan lembar ais ini. Kepingan ais

yang besar juga boleh memecahkan lembar ais

apabila bahagian tepinya mencair pada musim

panas. Kepingan ais leper yang terapung yang

dikenali sebagai flo ais , boleh terbentuk semula

bersama sarah ais , sama ada terapung di lautan

atau tersusun di pinggir pantai. Sarah ais juga

dikenali sebagai ais sarah.

Lihat juga Aisberg; Antartika; Lautan Artik.

UMUM 
RIBUT

Ribut biasanya merujuk kepada keadaan cuaca

yang tidak menyenangkan atau merosakkan yang

terdiri daripada hujan, salji, kerpasan sangat sejuk,

hujan batu, angin kencang atau gabungan

kesemuanya. Ribut adalah siklon atmosfera – iaitu,

kawasan tekanan rendah di keliling angin yang

berpilin ke dalam.

UMUM 
AVALANCHE

Avalanche ialah kumpulan besar salji yang

menggelongsor turun di cerun gunung. Kebanyakan

avalanche berpunca daripada keadaan cuaca yang

menyebabkan salji di lereng gunung menjadi tidak

stabil. Gangguan angin kencang, gegaran bumi, dan

letupan boleh menyebabkan salji menggelongsor

turun. Pemain ski menyebabkan banyak avalanche.

Terdapat tiga jenis utama avalanche. Avalanche salji

kering terdiri daripada salji serbuk dan udara yang

bergerak lebih laju daripada 160 kilometer sejam.

Avalanche salji basah ialah sekumpulan salji basah,

yang padat, yang biasanya bergerak lebih perlahan

daripada avalanche salji kering. Dalam avalanche

salji kepingan, bahagian salji yang padu pecah

menjadi kepingan dan pecah lagi menjadi kepingan-

kepingan kecil semasa ia menggelongsor.

UMUM 
ANGIN

Angin ialah udara yang bergerak merentas

permukaan bumi. Angin mungkin bertiup dengan

begitu perlahan dan lembut sehingga tidak terasa

tiupannya, atau mungkin bertiup dengan begitu

kuat dan kencang sehingga merobohkan

bangunan dan menumbangkan pokok besar.

UMUM 
SPRINGBOK

Springbok, yang juga dikenali sebagai

springbuck, ialah antelop yang hidup di dataran

berumput terbuka di barat daya Afrika. Haiwan ini

mendapat namanya kerana tabiatnya melompat-lompat

berulang kali setinggi dua meter ke udara

apabila ketakutan, dan kemudian memacu dengan

kencang. Lompatan ini mengalih perhatian

pemangsa seperti singa dan harimau kumbang.

Springbok mempunyai sejalur bulu panjang

berwarna putih di tengah belakangnya yang akan

tertegak apabila ia dalam ketakutan. Oleh kerana

sifat ini, orang Portugis di Angola menamakan

antelop ini kambing kipas.

UMUM 
SURAH AL-DHARIYAT

Surah al-Dhariyat ialah salah satu daripada

surah Makkiyyah, surah yang ke-51 mengikut

susunan surah-surah dalam al-Qur’an dan

mengandungi 60 ayat. Surah ini dinamakan al-

Dhariyat kerana Allah S.W.T. bersumpah dengan

nama al-Dhariyat yang bermaksud angin kencang

yang menerbangkan semua benda. Seperti surah

Makkiyyah yang lain, Surah al-Dhariyat juga

menekankan aspek-aspek keimanan kepada

kekuasaan Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa

dan pembinaan akidah yang kukuh yang

berasaskan ketakwaan dan keimanan.

UMUM 

Kembali ke atas