Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ken.cang] | کنچڠ

Definisi : 1. tegang (spt tali yg direntang), tidak kendur; angin ~ kelat angin yg keras tiupannya (hingga mempertegang tali kelat); 2. cepat, pantas, deras, laju: larinya kian ~ dan kian jauh pula ia meninggalkan orang yg mengikutinya; 3. erat-erat, kuat-kuat, teguh: dipeluknya ~; mengencang menjadi kencang (deras, pan­tas, laju, dsb): hembusan angin semakin ~; kereta kian ~; mengencangkan 1. menjadikan kencang, menegangkan, mengeratkan (ikatan dll), menguatkan (bunyi dll): bunyi radio itu semakin dikencangkan; 2. mencepatkan, melekaskan, melancarkan (perundingan dll); memperkencang 1. memperkuat (bunyi dll), mempererat (ikatan dll); 2. memper­cepat, menjadikan lebih lancar (perundingan dll); kekencangan 1. ketegangan; 2. kecepatan, kederasan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ken.cang] | کنچڠ

Definisi : ; ~-kencung bunyi spt bunyi enjin (bunyi cang-cung). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ken.cang] | کنچڠ

Definisi : 1 tidak kendur (bkn tali dll yg diregangkan); tegang; terik: Tali itu direntangkan ~-~. 2 laju (bkn ribut dll); cepat: Angin bertiup ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kencang (adjektif)
1. Dalam konteks angin
bersinonim dengan kuat, bagas, keras, deras,
Berantonim dengan sepoi-sepoi bahasa

2. Bersinonim dengan cepat: laju, pantas, deras,
Berantonim dengan perlahan

3. Bersinonim dengan tegang: cekang, sering, tidak kendur,
Berantonim dengan kendur

4. Bersinonim dengan teguh: kuat-kuat, erat-erat,

5. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan peramah, mesra,

Kata Terbitan : mengencang, mengencangkan, menperkencang, kekencangan,

Puisi
 

Kencang-kencang angin selatan,
     Keras sampai tepi kota;
Biar miskin tidak makan,
     Asal terpasang api pelita.


Lihat selanjutnya...(11)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
dibawa angin. (BIO) anemotropism (anemotropisme) Gerak balas tumbuh-tumbuhan terhadap arah angin. Contohnya, dalam hutan pergunungan atas, batang dan cabang pokok berbentuk bengkang-bengkok akibat gerak balas terhadap angin yang kencang. (BIO) anenometer (anenometer) Alat yang digunakan untuk mengukur kelajuan angin atau kelajuan dan arah angin. (HID) anepimeron (anepimeron) Bahagian atas epimeron atau sklerit posterior subkoksa pada pangkal kaki se - rangga diukur di antara satu bar dengan bar yang lain dalam konkrit tetu- lang. (KEJ) baragnosis (baragnosis) Kehilangan upaya untuk merasai berat sesuatu jasad. Banding barognosis. (UBAT) barat (barat) Angin badai kencang yang bertiup dari arah barat atau barat daya di kawasan pantai utara kepulauan Sulawesi antara bulan Disember hingga Februari. (ME- TEO) barb (barb) Struktur seakan-akan jarum halus yang mencuar

Kembali ke atas