Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ken.da.li] | کندالي

Definisi : Jw 1. kekang; 2. tali kekang (kang); peluru ~ peluru berpandu; mengendalikan 1. mengenakan kekang: ~ kuda; 2. mengekang, menahan (hawa nafsu, kenaikan harga barang, dll), menguasai, mengawal (pasukan dsb): sungguh banyak sekali manusia yg lemah dan tidak dapat ~ dirinya utk menahan hawa nafsu; 3. mengu­rus(kan), mentadbir(kan), mengawal per­jalanan: engkau mesti mempelajari cara-cara ~ pertubuhan; beliau akan ~ syarikat tersebut bersama-sama dua orang lagi; terkendalikan dapat (berupaya) dikendalikan: persaingan yg tidak ~; kendalian 1. bahagian dlm sesuatu bidang kerja: kerja-kerja percetakan adalah ~ terakhir dlm proses penerbitan; 2. hasil per­buatan mengendalikan; pengendalian perihal mengendalikan (me­ngekang, menguasai, mengurus, dll); ~ harga pengawalan harga (supaya tidak dinaikkan dgn sesuka hati); pengendali pemimpin, pengurus, pentadbir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ken.da.li] | کندالي

Definisi : tali yg dipasang pd kepala kuda utk mengemudikannya; tali kekang. mengendalikan 1 memasang atau mengenakan kendali. 2 menahan hawa nafsu dll; mengekang. 3 mentadbirkan sesuatu persatuan dll; mengurus; memimpin. kendalian yg dikendalikan; hasil mengendalikan: Persatuan ~nya telah berjaya meningkatkan pendapatan para anggota. pengendalian perbuatan atau hal mengendalikan; pengurusan: Graf itu menunjukkan kecekapan ~ ladang dgn modal yg terbatas. pengendali 1 orang yg mengendalikan. 2 alat yg digunakan utk mengendalikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kendali (kata kerja)
1. Bersinonim dengan kelola: pimpin, urus, awas,

2. Bersinonim dengan tali kekang: cais, kekangan,

Kata Terbitan : mengendalikan, terkendalikan, pengendali, pengendalian,


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
bridlevt 1. put a bridle on, memasang /kekang, kendali/ pd; 2. curb, restrain, mengekang, mengawal: he managed to ~ his temper, dia dapat mengekang kemarahannya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bridlen 1. headgear for a horse etc, kekang, kendali: he put the ~ on the horse, dia memasang kekang pd kuda itu; 2. st that curbs or restrains, pengekang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
curbn 1. chain or strap attached to horse’s bit, kekang(an), kendali; 2. check, restraint, kawalan, mengawal; (on feelings, appetites) kekangan, kawalan: a ~ on foreign imports, kawalan ke atas import asing; these laws act as a ~ on corruption, undang-undang ini merupakan kekangan thdp rasuah; /put, keep/ a ~ on, mengekang, mengawal: he kept a ~ on his temper, dia mengekang kemarahannya; 3. (US) kerb, susur jalan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
reinn 1. (often in pl) straps for controlling a horse, tali kekang; (for restraining a child) kendali: he pulled hard on the ~s and the horse stopped, dia menarik tali kekang dgn kuat dan kuda itu berhenti; 2. (in pl) means of controlling, /teraju, tampuk/ /pemerintahan, kuasa/: she assumed the ~s of power following the revolution, dia memegang tampuk kuasa berikutan revolusi itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
run(in card games) berturut-turut: the ~ of the stock market has been upward, kecenderungan pasaran saham menaik; the ~ of the cards favoured him, daun yg berturut-turut menguntungkannya; 10. quantity of a product produced in one period of time, jumlah [sst] sekali kendali: the factory decided to have a trial ~ of 100,000, kilang itu memutuskan utk mengeluarkan jumlah keluaran sekali kendali sebanyak 100,000 secara percubaan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas