Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ken.da.li] | کندالي

Definisi : Jw 1. kekang; 2. tali kekang (kang); peluru ~ peluru berpandu; mengendalikan 1. mengenakan kekang: ~ kuda; 2. mengekang, menahan (hawa nafsu, kenaikan harga barang, dll), menguasai, mengawal (pasukan dsb): sungguh banyak sekali manusia yg lemah dan tidak dapat ~ dirinya utk menahan hawa nafsu; 3. mengu­rus(kan), mentadbir(kan), mengawal per­jalanan: engkau mesti mempelajari cara-cara ~ pertubuhan; beliau akan ~ syarikat tersebut bersama-sama dua orang lagi; terkendalikan dapat (berupaya) dikendalikan: persaingan yg tidak ~; kendalian 1. bahagian dlm sesuatu bidang kerja: kerja-kerja percetakan adalah ~ terakhir dlm proses penerbitan; 2. hasil per­buatan mengendalikan; pengendalian perihal mengendalikan (me­ngekang, menguasai, mengurus, dll); ~ harga pengawalan harga (supaya tidak dinaikkan dgn sesuka hati); pengendali pemimpin, pengurus, pentadbir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ken.da.li] | کندالي

Definisi : tali yg dipasang pd kepala kuda utk mengemudikannya; tali kekang. mengendalikan 1 memasang atau mengenakan kendali. 2 menahan hawa nafsu dll; mengekang. 3 mentadbirkan sesuatu persatuan dll; mengurus; memimpin. kendalian yg dikendalikan; hasil mengendalikan: Persatuan ~nya telah berjaya meningkatkan pendapatan para anggota. pengendalian perbuatan atau hal mengendalikan; pengurusan: Graf itu menunjukkan kecekapan ~ ladang dgn modal yg terbatas. pengendali 1 orang yg mengendalikan. 2 alat yg digunakan utk mengendalikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kendali (kata kerja)
1. Bersinonim dengan kelola: pimpin, urus, awas,

2. Bersinonim dengan tali kekang: cais, kekangan,

Kata Terbitan : mengendalikan, terkendalikan, pengendali, pengendalian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Hi, apakah padanan untuk interoperability? Saling boleh kendali? Kesalingbolehkendalian?Padanan yang lebih sesuai ialah saling boleh kendali.Istilah06.11.2007
Bolehkah "bagasi tersalah kendali" diterima sebagai terjemahan "mishandled baggage"? Terima kasih

Tiada padanan perkataan untuk "mishandled baggage" dalam pangkalan data DBP. Soalan tuan/puan akan dipanjangkan kepada Bahagian Peristilahan untuk padanan istilah tersebut dalam bahasa Melayu.  Kami akan menghubungi tuan/puan melalui e-mel yang didaftarkan setelah mendapat maklumat berkenaan.

Istilah25.08.2019
mengendalan dan mengendali,apa bezanya?Berdasarkan sumber rujukan kami tidak ada kata mengendalan dan kata terbitan yang betul bagi kendali ialah mengendalikan (bukan mengendali), kata kerja transitif yang bermaksud mentadbirkan sesuatu persatuan dan lain-lain.Tatabahasa11.02.2011
maksud kekangannyaBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kekangan bermaksud  1. besi bergerigi yg dikenakan pd mulut kuda (utk mengendalikannya), kendali; 2. = tali ~ tali drpd kulit dll utk mengendalikan kuda; 3. ki sesuatu (spt undang-undang dll) yg digunakan utk mencegah keburukan (kejahatan dll), larangan: terdapat ~ yg akan menimpa perkembangan bahasa; ~ yg mengikat mereka sudah tidak ada lagi. Unsur "nya" yang ditambah pada perkataan kekangannya hanyalah berfungsi sebagai penekan. Istilah15.03.2010
Di sini kami lampirkan iklan Telekom Malaysia Berhad dalam bahasa Malaysia untuk kelulusan pihak puan , Untuk makluman puan , “Biz App Store” adalah nama kedai virtual yang di kendali oleh TM untuk penjualan applikasi –aplikasi untuk penyelesaian perniagaan , Nama “ Biz App Store” akan di “trademark” untuk pengunaan dalam iklan – iklan komersial tempatan Kerjasama Puan amat dihargai. Terima Kasih. Kind Regards; Hairruddin Hamdan (Dean /Din) Account Manager Dentsu Utama Sdn Bhd M : O12 492 1901 Faxs: 03 2096 2313Sekiranya "Biz App Store" telah mendapat  "trademark",  pihak tuan tidak perlu menterjemahkannya kepada bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, kami akan menyemak teks lain dlam iklan tersebut yang menggunakan bahasa Melayu. Iklan yang dihantar akan kami faks kepada tuan.Lain-lain08.05.2012
Assalamualaikum, saya nak tanya apa istilah melayu untuk perkataan 'running board' atau 'foot board' untuk kereta?Tidak ada padanan kedua-dua perkataan tersebut dalam sumber rujukan kami dan agak sukar untuk mencadangkan terjemahan yang sesuai tanpa mengetahui konsep/fungsi perkataan tersebut. Walau bagaimanapun berdasarkan semakan kami running dalam pelbagai diterjemahkan kepada lari/larian, berjalan, kendali dan terus. Jika bersesuaian dengan konsep perkataan tersebut boleh diterjemahkan kepada papan kendali. Foot board boleh diterjemahkan kepada papan kaki, jika bersesuaian dengan konteks penggunaannya.Penyemakan dan penterjemahan27.08.2015

Kembali ke atas