Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ken.da.li] | کندالي

Definisi : Jw 1. kekang; 2. tali kekang (kang); peluru ~ peluru berpandu; mengendalikan 1. mengenakan kekang: ~ kuda; 2. mengekang, menahan (hawa nafsu, kenaikan harga barang, dll), menguasai, mengawal (pasukan dsb): sungguh banyak sekali manusia yg lemah dan tidak dapat ~ dirinya utk menahan hawa nafsu; 3. mengu­rus(kan), mentadbir(kan), mengawal per­jalanan: engkau mesti mempelajari cara-cara ~ pertubuhan; beliau akan ~ syarikat tersebut bersama-sama dua orang lagi; terkendalikan dapat (berupaya) dikendalikan: persaingan yg tidak ~; kendalian 1. bahagian dlm sesuatu bidang kerja: kerja-kerja percetakan adalah ~ terakhir dlm proses penerbitan; 2. hasil per­buatan mengendalikan; pengendalian perihal mengendalikan (me­ngekang, menguasai, mengurus, dll); ~ harga pengawalan harga (supaya tidak dinaikkan dgn sesuka hati); pengendali pemimpin, pengurus, pentadbir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ken.da.li] | کندالي

Definisi : tali yg dipasang pd kepala kuda utk mengemudikannya; tali kekang. mengendalikan 1 memasang atau mengenakan kendali. 2 menahan hawa nafsu dll; mengekang. 3 mentadbirkan sesuatu persatuan dll; mengurus; memimpin. kendalian yg dikendalikan; hasil mengendalikan: Persatuan ~nya telah berjaya meningkatkan pendapatan para anggota. pengendalian perbuatan atau hal mengendalikan; pengurusan: Graf itu menunjukkan kecekapan ~ ladang dgn modal yg terbatas. pengendali 1 orang yg mengendalikan. 2 alat yg digunakan utk mengendalikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kendali (kata kerja)
1. Bersinonim dengan kelola: pimpin, urus, awas,

2. Bersinonim dengan tali kekang: cais, kekangan,

Kata Terbitan : mengendalikan, terkendalikan, pengendali, pengendalian,


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
chirographic controlkendali tuliskendali tuliskendali tulisKesusasteraan
authorial controlkendali pengarangkendali pengarangkendali pengarangKesusasteraan
control busbus kendalibas kendalibas kendaliKejuruteraan
attitude controlkendali atitud; kendali perilakukawalan atitudkawalan atitudAeroangkasa
gain controlkendali laba, kendali perolehkawalan gandaankawalan gandaanKejuruteraan
manual controlkendali manualkawalan manual/kendali manualkawalan manual/kendali manualKomunikasi Massa
ACR (approach control radar)Radar Kendali Sua (RKS)radar kendali suaradar kendali suaKejuruteraan Kapal Terbang
file handlekendali berkaspengendali failkendali failTeknologi Maklumat
self-controlkendali/kawal diriTiadakawal diri/kendali diriSosiologi
AGC (Automatic Gain Control)Kendali Tambah Otomatis (KPO)kawalan tambahan outomatikkendali tambah outomatikKejuruteraan Kapal Terbang
12345678910...

Kembali ke atas