Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ken.da.li] | کندالي

Definisi : Jw 1. kekang; 2. tali kekang (kang); peluru ~ peluru berpandu; mengendalikan 1. mengenakan kekang: ~ kuda; 2. mengekang, menahan (hawa nafsu, kenaikan harga barang, dll), menguasai, mengawal (pasukan dsb): sungguh banyak sekali manusia yg lemah dan tidak dapat ~ dirinya utk menahan hawa nafsu; 3. mengu­rus(kan), mentadbir(kan), mengawal per­jalanan: engkau mesti mempelajari cara-cara ~ pertubuhan; beliau akan ~ syarikat tersebut bersama-sama dua orang lagi; terkendalikan dapat (berupaya) dikendalikan: persaingan yg tidak ~; kendalian 1. bahagian dlm sesuatu bidang kerja: kerja-kerja percetakan adalah ~ terakhir dlm proses penerbitan; 2. hasil per­buatan mengendalikan; pengendalian perihal mengendalikan (me­ngekang, menguasai, mengurus, dll); ~ harga pengawalan harga (supaya tidak dinaikkan dgn sesuka hati); pengendali pemimpin, pengurus, pentadbir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ken.da.li] | کندالي

Definisi : tali yg dipasang pd kepala kuda utk mengemudikannya; tali kekang. mengendalikan 1 memasang atau mengenakan kendali. 2 menahan hawa nafsu dll; mengekang. 3 mentadbirkan sesuatu persatuan dll; mengurus; memimpin. kendalian yg dikendalikan; hasil mengendalikan: Persatuan ~nya telah berjaya meningkatkan pendapatan para anggota. pengendalian perbuatan atau hal mengendalikan; pengurusan: Graf itu menunjukkan kecekapan ~ ladang dgn modal yg terbatas. pengendali 1 orang yg mengendalikan. 2 alat yg digunakan utk mengendalikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kendali (kata kerja)
1. Bersinonim dengan kelola: pimpin, urus, awas,

2. Bersinonim dengan tali kekang: cais, kekangan,

Kata Terbitan : mengendalikan, terkendalikan, pengendali, pengendalian,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fixed operating expensesbelanja kendali tetapPentadbiranTiadaPerbelanjaan kendali syarikat yang tetap, tidak bergantung kepada jualan atau pengeluaran.
products and completed operation insuranceinsurans keluaran dan kendali lengkapinsuransTiadaPerlindungan kepada insured terhadap masalah tuntutan yang akan timbul daripada penjualan, penghasilan, pengurusan atau pengedaran barang keluarannya. Tuntutan dilindungi hanya setelah barang keluaran dijual dan dipindah milik. Bahagian kendali lengkap dalam polisi insurans ini pula menyediakan perlindungan terhadap tuntutan yang timbul hasil daripada kendalian yang telah dilengkapkan oleh atau untuk insured atau yang telah ditinggalkan oleh insured yang dinamakan. Pengeluar biasanya membeli perlindungan ini, manakala kontraktor membeli perlindungan kendali lengkap.
products and completed operation insuranceinsurans keluaran dan kendali lengkapPentadbiran PerniagaanTiadaPerlindungan kepada pihak yang diinsuranskan terhadap masalah tuntutan yang akan timbul daripada penjualan, penghasilan, pengurusan, atau pengedaran barang keluarannya. Tuntutan dilindungi hanya setelah barang keluaran dijual dan dipindah milik. Bahagian kendali lengkap dalam polisi insurans ini pula menyediakan perlindungan terhadap tuntutan yang timbul hasil daripada kendalian yang telah dilengkapkan oleh atau untuk pihak yang diinsuranskan atau yang telah ditinggalkan oleh pihak yang diinsuranskan yang dinamakan. Pengeluar biasanya membeli perlindungan ini, manakala kontraktor membeli perlindungan kendali lengkap.
operationkendali/operasiKejuruteraanTiadaTiada
foot-operatedkendali kakiKomunikasi MassaTiadaTiada
operatemengoperasikan;kendaliPentadbiranTiadaTiada
operatemengoperasikan;kendaliPentadbiranTiadaTiada
chirographic controlkendali tulisKesusasteraanTiadaTulisan tangan dalam naskhah yang menggunakan sistem-sistem tertentu.
interoperabilitysaling kendaliTeknologi MaklumatTiadaKeupayaan menggandingkan satu sistem dengan satu sistem yang lain.
operating handlegagang kendaliKomunikasi MassaTiadaTiada
12345

Kembali ke atas