Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ken.da.ti.pun] | کنداتيڤون

Definisi : walaupun, meskipun, biarpun: janggallah sekiranya permulaan babak ini didahului oleh si gadis, kendatipun begitu, tentunya ada juga yg berlaku; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kendatipun


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kendatipun kereta ini buatan setempat, namun setanding dengan kereta buatan luar negara. munsyi, setanding=sama tanding, adakah wajar dengan digunakan? setanding dengan kereta ata setanding kereta lebih sesuai digunakan? TQSetanding ialah sebanding dengan seperti setanding dengan kereta.Tatabahasa07.02.2012
beri maksud perkataan -KENDATIPUN- terima kasihKendatipun bermaksud walaupun, meskipun,biarpun. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 740.Makna24.01.2008
Tuan, boleh atau tidak menggunakan kata hubung seperti " kendatipun" atau ,"walau bagaimanapun" dalam surat rasmi?Perkataan "walau bagaimanapun" boleh digunakan dalam surat rasmi. Perkataan "kendatipun" hanya digunakan dalam persuratan lama dan dalam cerita hikayat.  Tidak ada hukum tatabahasa yang menghalang penggunaan perkataan "kendatipun" dalam surat rasmi, namun setakat ini tiada penggunaan perkataan tersebut dirakamkan dalam surat-surat rasmi.Pembinaan Bakat01.03.2019
1. kendatipun dia tidak sihat, namun dia tetap menguatkan semangat justeru menghadiri upacara pengebumian sahabat karibnya itu. (munsyi, adakah justeru sesuai digunakan dalam ayat ini? ) terima kasihJusteru bermaksud kebetulan atau malahan dan tidak tepat digunakan dalam konteks ayat tersebut. Untuk melihat contoh penggunaan perkataan tersebut, sila lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=justeru.Tatabahasa18.06.2013
apakah maksud perkataan kendatipun?. Bilakah perkataan ini sesuai digunakan didalam ayat?. boleh bagi satu contoh ayat?.Sama makna dengan meskipun. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.Makna16.11.2009
Tolong berikan maksud perkataan : tamsilan, kendatipun, uswah, sikap hidonisme, sikap altrisme, paradigma, holistik, pemangkin dominan,

Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".

Lain-lain02.11.2010
Musykil dengan penggunaan 'pun'. Bilakah ia disambungkan dengan perkataan lain. Terima kasihWalaupun, meskipun, kendatipun, biarpun, sungguhpun dan sebagainya dieja satu perkataan. Walau bagaimanpun pun yang bermaksud juga dieja dua perkataan seperti telah pun (juga) dan dia pun (juga).Tatabahasa04.09.2013
Puan, Apakah perbezaan antara " walaupun", " sungguhpun" dan "walhal". Tolong jelaskan. Terima kasih.Sungguhpun, walaupun, walhal, mahupun, meskipun dan kendatipun adalah sebahagian daripada kata hubung keterangan yang yang berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Tiada perbezaan dalam penggunaan perkataan tersebut.Tatabahasa20.08.2013
Penggunaan kata 'pun' ... penggunaannya yang perlu didekatkan dan dijarakkan.Penggunaan partikel pun hendaklah dirapatkan dengan kata sebelumnya, seperti walaupun, sungguhpun dan kendatipun, kecuali pun yang bermaksud juga, contohnya dia pun (juga) dan Ahmad pun (juga). Tatabahasa04.03.2010
Saya ingin tahu sama ada `pun` harus dijarakkan atau didekatkan?Partikel 'pun' yang membawa maksud juga harus ditulis secara terpisah. Hanya perkataan 'adapun, andaipun,biarpun, mahupun, kalaupun, sekalipun, sungguhpun, ataupun, bagaimanapun, kendatipun, lagipun, meskipun dan walaupun yang ditulis serangkai.Tatabahasa11.12.2006
123

Kembali ke atas